Parti Bansa Dayak Sarawak Sarawak Native People's Party | |
---|---|
Singkatan | PBDS |
Presiden | Dr. John Brian Anthony |
Setiausaha agung | Sanjan Daik |
Timbalan Presiden | Dr. Bernard Tahim Bael |
Ketua Pemuda | Jerry Robert |
Ketua Wanita | Marilyn Mitsui anak Sogep |
Pengasas |
|
Diasaskan | 28 Ogos 2013 |
Didahului oleh | Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) |
Ibu pejabat | Tingkat 1, Lot 1192, S/L 5855, Sibu Jaya New Township, 96000, Sibu, Sarawak |
Ideologi | |
Kedudukan politik | Berhaluan tengah kanan |
Hubungan kebangsaan | Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) (2025 – kini) |
Warna | Biru Merah Putih |
Slogan |
|
Tapak sesawang | Laman sesawang[pautan mati] |
Pautan lain | ![]() |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 99 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
Catatan kaki | |
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru di Facebook″ | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party, singkatan PBDS, atau dulu dikenali sebagai PBDS Baru) merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah kanan yang berpangkalan di Sibu, Sarawak. Ia merupakan sebuah parti politik tempatan yang diaktifkan semula serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas 9 tahun dibubarkan. Sepanjang tempoh pembubaran parti lamanya, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), terdapat 2 buah parti politik tempatan yang didominasi oleh kaum Dayak, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pernah wujud pada awal 2000-an tetapi gagal didaftarkan oleh RoS atas sebab isu sensitiviti yang melibatkan seluruh masyarakat Dayak.
Perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.
Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013. Pada 2020, Resolusi Kapit telah diadakan dan mencadangkan agar nama parti ini dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak. Usul ini telah dipersetujui semasa TDC 2022. Pada September 2022, ROS telah meluluskan pendaftaran parti sebagai PBDS Dan logo parti menggunakan logo asal 1983 ~ 2004. [1] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[2][3]
Pada 27 September 2022, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secara rasminya meluluskan pendaftaran nama parti baharu PBDSB, dengan menggunakan nama asal parti iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)[4].
Organisasi kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PBDS (2025 – 2028)
- Pengerusi Tetap PBDS:
- Leighton anak Manjah
- Timbalan Pengerusi:
- Sivorman @ Solomon @ Riggang anak Nayup
- Presiden:
- Dr. John Brian Anthony
- Timbalan Presiden:
- Dr. Bernard Tahim Bael
- Naib Presiden:
- Dr. Bego Sepop @ Bego Sapok
- Peter Asut
- Puso bin Bujang
- Dr. Muhammad Syafiq Thomas Abdullah @ Thomas Buan
- Dr. Bayang Teron
- Kipli anak Ayom
- Setiausaha Agung:
- Sanjan Daik
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Saging anak Alut
- Ketua Penerangan:
- Sigie Badang
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Lee Ramsey Richard Wil
- Bendahari Agung:
- Kembi Rigong
- Timbalan Bendahari Agung:
- Petrus Simon Awan
- Juruaudit Dalaman:
- Nicholas Ayu anak Dominic
- Penasihat Undang-Undang:
- Alpha anak Dragam
- Ketua Pemuda PBDS:
- Jerry Robert
- Ketua Wanita PBDS:
- Marilyn Mitsui anak Sogep
- Ahli Majlis Tertinggi (Supreme Council Members):
- Lemada anak Ungrol
- Lalai anak Kawang
- Lansanda Alik
- Muking anak Amut
- Ambun anak Nyanggah
- Arundi anak Ganjoh
- Aina anak Duod
- Norfadzillah Abdullah @ Mimi Stephen
- Elia anak Ungak
- Michael Samuel
- Dennis anak Benggau
- Timah anak Unchat
- Robert Siting
- Saligie anak Nyandang
- Derik Wat
- Umie Liau
- Kimchong anak Andrew Jikie
Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016
No. | DUN | Calon | Jumlah undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
N1 | Opar | Patrick Anak Kuren | 524 | Kalah (Hilang deposit) |
N22 | Kudup | Mark Murau Anak Sumon | 168 | Kalah (Hilang deposit) |
N23 | Bukit Simuja | Cobbold Anak Lusoi | 133 | Kalah (Hilang deposit) |
N30 | Balai Ringin | Pok Anak Ungkut | 90 | Kalah (Hilang deposit) |
N75 | Senadin | Philemon Anak John Edon | 329 | Kalah (Hilang deposit) |
Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021
Pada pilihanraya umum negeri Sarawak 2021, sebanyak 11 calon PBDS Baru bertanding. Walau bagaimanapun, malangnya kesemua calon PBDS Baru gagal memenangi pilihan raya disebabkan oleh jumlah undi yang sangat berkurangan, jumlah keahlian yang amat sedikit, sokongan penyokong parti yang agak lemah, serta ketidakadilan sistem pilihan raya & ketidakadilan sistem kempen-kempen pilihan raya yang dilaksanakan, akibat sistem pilihan raya yang didominasi sepenuhnya oleh kerajaan pusat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
No. | DUN | Calon | Jumlah undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
N1 | Opar | Saini anak Kakong | 220 | Kalah (Hilang deposit) |
N31 | Bukit Begunan | Entusa anak Imam | 115 | Kalah (Hilang deposit) |
N49 | Ngemah | Leo anak Bunsu | 354 | Kalah (Hilang deposit) |
N52 | Dudong | Julius Enchana | 893 | Kalah (Hilang deposit) |
N61 | Pelagus | Moses anak Ripai | 76 | Kalah (Hilang deposit) |
N62 | Katibas | Sai anak Malaka | 62 | Kalah (Hilang deposit) |
N63 | Bukit Goram | Robert Saweng | 259 | Kalah (Hilang deposit) |
N66 | Murum | Kenneth Adan Silek | 159 | Kalah (Hilang deposit) |
N70 | Samalaju | Baba anak Emperan | 199 | Kalah (Hilang deposit) |
N75 | Senadin | Bobby William | 511 | Kalah (Hilang deposit) |
N76 | Marudi | Sawing anak Kedit | 124 | Kalah (Hilang deposit) |
Keputusan pilihan raya umum Malaysia
Election | Total seats won | Seats contested | Total votes | Voting Percentage | Outcome of election | Election leader |
---|---|---|---|---|---|---|
1995 | 0 / 192
|
1 | ▬; No representation in Parliament(bn) | Joseph Kurup | ||
1999 | 0 / 193
|
1 | ▬; No representation in Parliament (bn) | Joseph Kurup | ||
2004 | 1 / 219
|
1 | 5,880 | 0.08% | ▲1 seat; Governing coalition (Barisan Nasional) |
Joseph Kurup |
2008 | 1 / 222
|
1 | 0 | 0,00% | ▬; Governing coalition (Barisan Nasional) |
Joseph Kurup |
2013 | 1 / 222
|
1 | 9,467 | 0.09% | ▬; Governing coalition (Barisan Nasional) |
Joseph Kurup |
2018 | 1 / 82
|
11 | 11,783 | 0.10% | ▬; Opposition coalition (Gagasan Anak Sarawak) | Arthur Joseph Kurup |
2022 | 1 / 82
|
19 | 23,877 | 0.15% | ▬; Governing coalition (Gagasan Rakyat Sarawak) | Arthur Joseph Kurup |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "PBDS Baru To Contest Less Than 10 Dayak-Majority Seats". Bernama. 20 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2016. Dicapai pada 28 April 2016. (langganan diperlukan)
- ^ "Former MP Anek to stand in Opar". The Borneo Post. 21 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
- ^ https://www.theborneopost.com/2022/09/28/ros-approves-partys-name-change-to-parti-bansa-dayak-sarawak/
4.https://www.theborneopost.com/2019/05/19/bobby-william-heads-pbds-baru/?amp https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/03/27/pbds-weighing-whether-to-contest-ge15-says-president/2049882