ڤرتي رعيت سراوق Parti Rakyat Sarawak Sarawak People's Party | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | PRS |
Presiden | Datuk Joseph Salang Gandum |
Setiausaha agung | Joseph Salang Gandum ![]() |
Timbalan Presiden | Dato Majang Renggi |
Ketua Pemuda | Datuk Snowdan Lawan |
Ketua Wanita | Dato' Sri Doris Sophia Brodi |
Setiausaha Agung | Datuk Malcom Mussen Lamoh |
Pengasas | Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing |
Diasaskan | 2004 |
Ibu pejabat | |
Akhbar | • Utusan Borneo • The Borneo Post • Media GPS (Tiktok) |
Sayap belia/pemuda | Pergerakan Pemuda PRS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PRS |
Keanggotaan | 40,899 (Julai 2025) |
Ideologi | • Nasionalisme Sarawak • Hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) • Perpaduan kaum dan agama • Hal ehwal pembangunan wilayah • Hak budaya Dayak Sarawak • Reformisme wilayah |
Kedudukan politik | Berhaluan tengah |
Hubungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2004–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (rakan gabungan) |
Warna | Hijau, Putih, Merah & Kuning |
Slogan | • Berjuang untuk Sarawak • Bersatu Menuju Sarawak Baharu |
Tapak sesawang | PRS Official Website PRS Facebook |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 5 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 11 / 82 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
Simbol pilihan raya | |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
Politik Malaysia |
---|
![]() |
![]() |
Portal Malaysia |
Parti Rakyat Sarawak (Jawi: ڤرتي رعيت سراوق) atau lebih dikenali sebagai PRS, merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Parti politik tempatan Sarawak ini adalah salah satu daripada empat parti politik tempatan yang membentuk dalam Komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sejarah asal Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Parti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.
Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 800 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.
Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.
Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.
Jumlah keanggotaan parti dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) kini berjumlah 40,318 ahli, setakat bulan Mei 2025.
Barisan kepimpinan PRS (2025)
Jawatan | Nama | Nota |
---|---|---|
Pengerusi | Tuan Jetli Jelian | |
Timbalan Pengerusi | Encik Andrew Kalom | |
Presiden | Datuk Joseph Salang Gandum | |
Timbalan Presiden | Dato' Majang Renggi | ADUN/T.MENTERI |
Naib Presiden (Kanan) | Dato' Sri John Sikie Tayai | ADUN/MENTERI |
Naib Presiden | Dato' Sri Aaron Ago Dagang | AHLI PARLIMEN/MENTERI |
Datuk Liwan Dagang | ADUN/T.MENTERI | |
Datuk Wilson Ugak Kumbong | AHLI PARLIMEN/T.MENTERI | |
Datuk Mong Dagang | ADUN | |
Ketua Wanita PRS | Dato' Sri Doris Sophia Brodie | AHLI PARLIMEN |
Ketua Pemuda PRS | Datuk Snowdan Lawan | ADUN/T.MENTERI |
Setiausaha | Datuk Malcom Mussen Lamoh | ADUN/T.MENTERI |
Timbalan Setiausaha | Puan Senator Rita Sarimah Patrick Insol | SENATOR |
Bendahari | Tuan Edwin Banta | AHLI PARLIMEN |
Timbalan Bendahari | Tuan Roy Angau Gingkoi | AHLI PARLIMEN |
Ketua Penerangan Umum | Datuk Wilfred Rata Nissom | |
Timbalan Ketua Penerangan Umum | Encik Andy Lawrence | |
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat | Tuan Kennedy Chukpai Ugon | ADUN |
Tuan Wilson Nyabong Ijang | ADUN | |
Tuan Christopher Gira Sambang | ADUN | |
Tuan Nicholas Kudi Juntai | ADUN | |
Tuan Anyie Jana | ADUN | |
Dato' Philemon Nuing | ||
Alexander Vincent | ||
Lau Ting Ping | ||
Dato Azizi Morni | ||
Thomas Balan | ||
Pandang Semat | ||
Alexander Donald | ||
Jackson Melintang | ||
Petrus Ngelai | ||
Rosalind Neging |
Wakil Rakyat
Ahli Dewan Negara
Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|
![]() |
20 November 2023-19 November 2026 | Rita Sarimah Patrick Insol, YB Senator Puan |
Ahli Dewan Rakyat
PRS kini mempunyai 5 Ahli Parlimen:
Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
![]() |
P202 | Sri Aman | Doris Sophia Brodi, YB Dato' Sri | |
P203 | Lubok Antu | Roy Angau Gingkoi, YB Tuan | ||
P210 | Kanowit | Aaron Ago Dagang,YB Dato' | Menteri Perpaduan Negara Malaysia | |
P214 | Selangau | Edwin Banta, YB Tuan | ||
P216 | Hulu Rajang | Wilson Ugak Kumbong, YB Datuk | Timbalan Menteri Digital Malaysia |
Ahli Dewan Undangan Negeri
No. | Kawasan DUN | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
N30 | Balai Ringin | Snowdan Lawan | Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Pembangunan Sarawak |
N31 | Bukit Begunan | Mong Dagang | |
N34 | Batang Ai | Malcolm Mussen Lamoh | |
N49 | Ngemah | Anyi Jana | |
N59 | Tamin | Christopher Gira Sambang | |
N60 | Kakus | John Sikie Tayai | Menteri Jabatan Premier Sarawak |
N61 | Pelagus | Wilson Nyabong Ijang | |
N63 | Bukit Goram | Jefferson Jamit Unyat | Timbalan Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak |
N64 | Baleh | Nicholas Kudi Jantai Masing | |
N65 | Belaga | Liwan Lagang | Timbalan Menteri Komunikasi Sarawak |
N66 | Murum | Kennedy Chukpai Ugon | |
N70 | Samalaju | Majang Renggi |
Pilihan raya kecil Batang Ai 2009
Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]
Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021
Parti Rakyat Sarawak (PRS) berjaya memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12. PRS bertanding di bawah logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kebanyakan kemenangan diperoleh di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini membuktikan bahawa PRS kekal relevan dan mendapat sokongan ramai terutamanya dari masyarakat Dayak.
Logo Parti
PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]
-
Lambang PRS masa ditubuhkan, 2004.
-
Lambang PBDS, asalnya parti serpihan PRS tertubuh.
Lihat juga
- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Barisan Nasional
- Gabungan Parti Sarawak
- Pakatan Harapan
Pautan Luar
- PRS Official Website Diarkibkan 2018-08-16 di Wayback Machine
- PRS Facebook
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
- Khoo, Phillip (Jun, 2004) The Taming of the Dayak. Aliran Monthly