| Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi | |
|---|---|
| Alamat | |
| 81930, Bandar Penawar , Johor | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh,Sekolah Berprestasi Tinggi |
| Moto | Ilmu Bakti Kualiti |
| Ditubuhkan | 12 Ogos 1996 |
| Pengetua | Tn Hj Md Zin Bin Dekan |
| Guru Penolong Kanan Pentadbiran | Rosdi Bin Basar |
| Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Dr. Mazlena Binti Murshed |
| Guru Penolong Kanan Kokurikulum | Herman Bin Sirat |
| GKMP Bahasa | Noorihsham Bin A. Rahim |
| GKMP Teknik & Vokasional | Mohd Ahir Bin Samsuri |
| GKMP Sains & Matematik | Siti Rodziah Binti Mastor |
| GKMP Sains Kemanusiaan | Norhisham Bin Noh |
| Slogan | MELESTARI TEKNOLOGI, MEMACU INOVASI, SAKTI MENERAJUI |
![]() | |
| Kali terakhir dikemaskinikan: 12/06/2025 | |
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (atau nama ringkasnya SAKTI) merupakan ahli keluarga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-34.[1] Terletak di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Kira-kira 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi menghala ke pusat pelancongan Desaru dan 90 km dari Johor Bahru.
Sejarah Sekolah
Kerja-kerja untuk pengukuran tapak sekolah telah dimulakan pada bulan Februari 1994. Pada bulan Mac tahun yang sama kerja-kerja meratakan tapak telah dijalankan.Pada bulan Mei 1994,dimulakan kerja-kerja membina bangunan. Bangunan yang mula-mula didirikan ialah empat blok asrama empat tingkat setiap satu.
Dua blok untuk Asrama Putera dan dua blok untuk puteri, kemudian diikuti pula dengan pembinaan dewan makan, surau, blok pentadbiran dan akademik, dewan, rumah kediaman dan sebagainya.
Keseluruhan projek telah dapat disiapkan pada bulan Julai 1996. Ini semakan kerja-kerja pembinaan mengambil masa dua tahun dua bulan. Majlis penyerahan Bangunan SAKTI kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Johor oleh JKR KEJORA telah dilangsungkan pada Ogos 1996.
Kumpulan pertama tingkatan satu seramai 179 orang telah melapor diri pda 12 Ogos 1996. Pengetua pertama Tn. Hj. Ahmad b. Wagiman dibantu oleh En. Nasuha b. Paiman sebagai Penolong Kanan Akademik dan Tn. Hj. Osman b. Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Lagu Sekolah
sms kota tinggi
ia suatu destinasi
menjadi pilihan kami
untuk terus berbakti
sakti nama pilihan
menjulang suatu perjuangan
untuk menjana wawasan
demi bangsa dan watan
ilmu bakti kualiti
kecemerlangan sahsiah
tunggak perjuangan kami
kepimpinan patriotisme
penggerak semangat sejati
duhai putera puteri
pada tuhan berserah
pendidik nan bestari
kejayaan kan terserlah
- ^ "EMPAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH DIBINA DALAM RM6". Bernama (dalam bahasa Malay). 16 November 1991. Dicapai pada 19 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)










