Sekolah Menengah Sains Teluk Intan | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan |
Moto | Di sini Lahirnya Seorang Pemimpin "Ilmu Teras Hidup" |
Ditubuhkan | 1980 |
Nombor sekolah | 6056411137 |
Kod sekolah | AEAB003[1] |
Pengetua | Tuan Hi Mohd Saharuddin Bin Sadali |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Feizatul Akmar Nor Binti Nurbi |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mohd Norazmin bin Mohd Abdul Aziz |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Kamaruddin bin Johor |
Faks | 6056411155 |
Laman sesawang | semesti.net |
Team Semesti Awesome | |
![]() |
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan atau SM Sains Teluk Intan (singkatan: SEMESTI) merupakan salah satu sekolah menengah sains berasrama penuh yang terletak di Batu 8 Jalan Hutan Melintang. Sekolah ini terletak kira-kira 13 km dari bandar Teluk Intan, Perak dan mempunyai keluasan 21.5 hektar. SEMESTI dibina pada tahun 1980. Sekolah ini mula menerima pelajar pada tahun 1984.Sehingga kini,sekolah ini mendekati usia 42 tahun pada tahun 2025
Pengetua
- Tn Hj Noor Bakar (1984 - 1991)
- Tn Hj Ahamad Zabidi Shansuddin (1991 - 1995)
- En. Alimuddin Hj Mohd. Dom (1995 - 1996)
- Tn Hj Hussain Hj Harun (1996 - 2001)
- Tn Hj Shaharudin Hj Mydin (2001 - 2007)
- En. Ahmad Rosidi Ramley (2008 - 2010)
- En. Ahmat Bin Mahmud..(2011 - 2014)
- Tn. Hj Shabaruddin Bin Hamzah (2014-2017)
- Tn. Hamzani Bin Suein (2017- Julai 2017)
- Tn. Naharudeen bin Othman (Oktober 2017 - Julai 2020)
- En. Azmi bin Jimat (September 2020 - 2022)
- Tn. Hj. Mohd Saharuddin Bin Sadali(2023-2024)
- En.Mohd Norazmin bin Mohd Abdul Aziz(2024-2025)
- Pn.Hjh Samsiah Binti Mokhtar@Hamzah(2025-kini)
Logo
Warna
- Merah: Kecemerlangan, Keberanian, Keperihatinan
- Putih: Bersih, Amanah, Jujur, Keikhlasan, Kebijaksanaan
- Hitan: Kegigihan, Kesetiaan, Kecekalan
- Kuning: Ketaatan, Kenegaraan, Ketaqwaan, Keriangan
Simbol
- Buku : Ilmu pengetahuan sejagat
- Kelapa Sawit: Persekitaran sekolah dikelilingi ladang kelapa sawit
- Menara Condong: Mercu tanda Teluk Intan
- Kelalang kon dan atom: Sekolah beraliran sains
- Bulatan besar: Fokus sekolah kepada teknologi dan industri
- 5 bulatan kecil bergabung: Fokus sekolah kepada sukan dan kokurikulum
- Pena: Fokus sekolah kepada bakal cendekiawan, sumber rujuk kesusasteraan dan kepimpinan yang jitu.
Lagu
Membina Insan Harmoni Membawa Bahagia Sejati Berusaha Bersama Menempuh Cabaran Menuju Kecermelangan Semesti Berusaha Semesti Berjaya Jadikan Ilmu Teras Hidup Kecemerlangan Hasrat Bersama Keunggullan Cita-Cita Dengan Azam Mulia Gerakkan Bangsa Padukan Tenaga Bersatu Berusaha Berjaya ~semesti
Alamat
- Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
- Batu 8 Jalan Hutan Melintang
- 36000, Teluk Intan
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6056411711
- Faks = 6056411155