Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak | |
---|---|
فرهش وفا سلۏدور ريزل مبارق | |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak | |
Dalam jawatan September 2018 – 12 Februari 2022 [1] | |
Presiden | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan September 2018 – 2022 | |
Presiden | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak 5 Julai 1982 Ipoh, Perak, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2004–kini)[nota 1] |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (2016–kini)[nota 1] |
Pasangan | Livonia Ricky Guing |
Tempat belajar | Universiti Portsmouth (BA, MSc) |
Pekerjaan | Ahli politik, ahli perniagaan |
Dato' Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Jawi: فرهسه وفا السلفادور ريزل مبارك; lahir 5 Julai 1982) ialah seorang ahli perniagaan dan bekas ahli politik Malaysia yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dari September 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak dari September 2018 hingga perletakkan jawatannya pada Februari 2022. [2]
Kehidupan awal dan pendidikan
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia pada 5 Julai 1982. [3] Farhash Wafa Salvador menerima Ijazah Sarjana Muda Seni (BA) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam bidang Kewangan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom. Beliau juga mempunyai Sijil Eksekutif dalam Kepimpinan Awam dari Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Kerjaya perniagaan
Farhash Wafa Salvador memulakan kerjaya dalam dunia perniagaan dengan terlibat dalam beberapa sektor utama termasuk pembinaan, teknologi dan perkhidmatan.
Pada tahun 2014, Farhash Wafa Salvador memulakan syarikat Swag Technologies. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Bluemont Group Limited, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Awam Singapura (SGX) dan kini dikenali sebagai Southern Archipelago Limited. [4]
Kerjaya politik
Farhash Wafa Salvador mula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar tahun 2004 dan aktif dalam gerakan reformasi parti tersebut. Beliau dikenali sebagai tokoh muda yang rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sering terlibat dalam perbincangan strategik parti. [5]
Pada September 2018, selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum 2018, Farhash Wafa Salvador dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [6] Beliau turut memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak dari September 2018 hingga Februari 2022 sebelum meletak jawatan bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu. [6]
Pada pilihan raya umum 2022, Farhash Wafa Salvador dilantik sebagai Pengerusi Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Tambun. [7] Beliau berjaya memberi kemenangan pertama buat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding buat kali pertama di kawasan Tambun, walaupun menang dengan majoriti yang agak tipis, dengan hanya 3,736 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari parti BERSATU, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dari parti UMNO dan Abdul Rahim Tahir dari parti PEJUANG.
Pada Mac 2024, Farhash Wafa Salvador mengesahkan beliau tidak lagi terlibat dalam dunia politik atau kerajaan, sebaliknya memilih untuk fokus kepada dunia korporat dan keusahawanan. [5]
Kontroversi dan isu
Pemilikan saham HeiTech Padu
Pada Mac 2024, syarikat milik Farhash Wafa Salvador, Rosetta Partners, dilaporkan membeli 15.9% saham dalam HeiTech Padu Berhad, menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat tersebut. [8] Perkara ini mencetuskan kontroversi kerana HeiTech Padu pada ketika itu memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM190 juta. Laporan Bloomberg mendakwa Perdana Menteri telah campur tangan bagi menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian saham tersebut. [9] Farhash Wafa Salvador kemudiannya melepaskan pegangan saham berkenaan sebulan kemudian.
Tuduhan kelulusan lesen arang batu di Sabah
Pada Julai 2025, Farhash Wafa Salvador sekali lagi menjadi perhatian selepas laporan media mendakwa sebuah syarikat yang dikaitkan dengannya, Bumi Suria Sdn Bhd, diberikan lesen eksplorasi arang batu seluas 70,000 hektar di Sabah. [10] Farhash Wafa Salvador menafikan dakwaan ini dan menuntut permohonan maaf daripada media yang menyiarkan laporan berkenaan, selain membuat laporan polis. [11] Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor turut menjelaskan bahawa tiada lesen dikeluarkan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. [10]
Kehidupan peribadi
Farhash Wafa Salvador telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, model dan bekas ratu cantik Malaysia, iaitu Datin Seri Livonia Ricky Guing.
Anugerah
Anugerah di Malaysia
Kelantan :
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) – Dato' (2024) [12]
Jaksa Pendamai (JP) (2023)
Melaka :
Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) – Datuk Wira (2023) [13]
Sabah :
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2023) [14]
Pulau Pinang :
Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) – Dato' Seri (2025) [15]
Nota
Rujukan
- ^ "Dr Lee Boon Chye dilantik Pengerusi Interim PKR Perak". Astro Awani. 12 Februari 2022. Dicapai pada 25 Julai 2025.
- ^ "Kepimpinan baharu PKR Perak sedia bantu MB". Sinar Harian. 10 Januari 2019. Dicapai pada 25 Julai 2025.
- ^ "'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa". Astro Awani. 9 Disember 2019. Dicapai pada 25 Julai 2025.
- ^ "Blumont Group Ltd. Appoints Farhash Wafa Salvador as Independent Non-Executive Director, Member of Audit Committee, Nominating Committee and Remuneration Committee". Marketsceener.com (dalam bahasa Inggeris). 18 Julai 2014. Dicapai pada 25 Julai 2025.
- ^ a b "I'm no longer involved in politics or govt, says Farhash" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 19 Mac 2024. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ a b "Farhash quits as Perak PKR chief, to focus on business" (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. 12 Februari 202. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ "PRU15: Tambun bukan mudah, Anwar sendiri mahu keluar dari zon selesa - Farhash". Astro Awani. 21 Oktober 2022. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ "Farhash-linked firm now Heitech Padu largest shareholder" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 19 Mac 2024. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ "Silence by PM, multiple agencies in Farhash controversy lends credibility to Bloomberg report, lawyer warns" (dalam bahasa Inggeris). MalaysiaNow. 1 Oktober 2024. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ a b "The Sabah coal controversy: What we know about the Farhash-linked licence claims" (dalam bahasa Inggeris). Sinar Daily. 21 Julai 2025. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ "Farhash denies news report, demands apology" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 21 Julai 2025. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ "PM heads list of 763 recipients for Sultan of Kelantan's birthday" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 29 September 2024. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ Nuraliawati Sabri (26 Ogos 2023). "Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia dianugerah Datuk". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sabah Tahun 2023" (PDF). www.sabah.gov.my. Dicapai pada 27 Julai 2025.
- ^ Audrey Dermawan (25 Julai 2025). "Tengku Zafrul, Farhash Wafa among recipients of Penang's highest state honours" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 Julai 2025.