Pada September 2025, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan denda dan penggantungan ke atas tujuh pemain yang bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Badan induk dunia itu mendakwa bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan dokumen palsu untuk tujuh pemain kelahiran asing yang kemudiannya bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[1] FAM menafikan salah laku dan merayu agar sekatannya digugurkan. Namun, pada 3 November, FIFA menolak rayuan Malaysia.
Latar belakang
Pada 2018, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia jatuh ke tempat ke-178 dalam kedudukan FIFA, ranking terendah pernah berlaku.[2] Perkara ini mendorong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mula mencari "pemain warisan" atau pemain asal asing yang diminta menukar kewarganegaraan sukan untuk bermain untuk pasukan kebangsaan sama ada melalui residensi atau keturunan Malaysia.[3]
Antara 2018 dan Oktober 2025, 23 pemain bola sepak telah diberikan Kewarganegaraan Malaysia.[3][4]
Naturalisasi tujuh pemain pada tahun 2025
HRH Crown Prince of Johor @HRHJohorII Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif. @FAM_Malaysia @anwaribrahim @KBSMalaysia
11 Januari 2025
Pada Januari 2025, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa enam hingga tujuh "pemain warisan" telah dikenal pasti untuk kemungkinan dimasukkan ke dalam pasukan bola sepak kebangsaan. Baginda menyatakan harapan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu mereka mendapatkan pasport Malaysia bagi membolehkan mereka menyertai kelayakan Piala Asia AFC 2027.[5][6][7]
Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga memiliki Johor Darul Ta'zim F.C. (JDT), sebuah kelab yang banyak dibiayainya untuk meluaskan kekuasannya ke atas bola sepak di Malaysia selama lebih sedekad.[2] Dari Mac hingga Jun 2025, FAM memproses peraturan kelayakan kelahiran FIFA oleh tujuh pemain itu daripada datuk nenek mereka. Pada awalnya, FIFA telah membersihkan pemain dari semua kesalahan dan mereka layak bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.[2][8]
Tujuh pemain itu ialah:
| Nama pemain | Warganegara asal pemain | Tempat asal kelahiran pemain | Nama datuk / nenek pemain | Tempat asal kelahiran datuk / nenek pemain | Dakwaan tempat asal kelahiran datuk / nenek pemain [nota 1] |
Tarikh permohonan kewarganegaraan Malaysia | Tarikh pengeluaran pasport Malaysia |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Facundo Garcés | Santa Fe, Argentina | Carlos Rogelio Fernandez | Villa María Selva, Santa Fé de la Cruz, Argentina | 1 Jun 2025 | 3 Jun 2025 | ||
| Imanol Machuca | Rosario, Argentina | Concepción Agueda Alaniz | Roldán, Argentina | 3 Jun 2025 | |||
| Rodrigo Holgado | Buenos Aires, Argentina | Omar Eli Holgado Gardon | Caseros, Buenos Aires, Argentina | ||||
| João Figueiredo | São Paulo, Brazil | Nair de Oliveira | Abre Campo, Brazil | ||||
| Jon Irazabal | Bilbao, Sepanyol | Gregorio Irazabal y Lamiquiz | Villa de Guernica y Luno, Viscaya, Sepanyol | ||||
| Gabriel Palmero | Santa Cruz de la Palma, Sepanyol | María Belen Concepción Martín | Santa Cruz de la Palma, Sepanyol | 17 Mac 2025 | 18 Mac 2025 | ||
| Hector Hevel | Leidschendam, Belanda | Hendrik Jan Hevel | The Hague, Belanda | 18 Mac 2025 |
Kesemuanya ditampilkan dalam kemenangan 4–0 Malaysia menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Asia AFC 2027 pusingan ketiga perlawanan Kumpulan F pada 10 Jun 2025. Selain itu, Hector Hevel juga tampil dalam kemenangan 2–0 awal ke atas Nepal dalam kelayakan yang sama.[3]
Siasatan dan sekatan FIFA
FIFA menerima aduan tanpa nama sehari selepas perlawanan Vietnam mempertikaikan kelayakan tujuh pemain itu.[9] Pada Ogos 2025, FIFA membuka prosiding tatatertib terhadap FAM. Tindakan ini tidak diketahui umum.[2]
Pada 26 September, FIFA mengenakan denda CHF 350,000 (kira-kira RM 1.9 juta) ke atas FAM, manakala tujuh pemain itu menerima denda individu sebanyak CHF 2,000 (kira-kira RM 10,560) dan penggantungan 12 bulan yang berkaitan dengan aktiviti bola sepak.[10] This was when the scandal became known to the public.[2]
FIFA mengeluarkan laporan rasmi pada 6 Oktober yang memperincikan pemalsuan mengenai kelayakan pemain, termasuk tempat kelahiran datuk dan nenek mereka yang didakwa. Walaupun FAM mendakwa tujuh pemain itu mempunyai datuk dan nenek yang dilahirkan di Malaysia, FIFA mendapati datuk nenek mereka sebenarnya dilahirkan di Argentina, Brazil, Sepanyol dan Belanda.[11][12] Selain itu, FIFA mengembangkan penyiasatannya untuk menentukan sama ada ini adalah sistemik di kalangan penaturalisasian lain; jika terbukti, kemenangan Malaysia menentang Nepal dan Vietnam berpotensi bertukar menjadi dua kekalahan automatik 3–0.[13]
Pada 3 November, FIFA menolak rayuan FAM, dengan FAM serta-merta mengumumkan bahawa ia akan membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa.[14] Pada 18 November, FIFA secara rasmi telah membuka siasatan jenayah yang juga akan melibatkan pihak berkuasa negara masing-masing dan juga persatuan bola sepak daripada Brazil, Sepanyol, Belanda dan Argentina untuk menyiasat skandal naturalisasi ini.[15][16]
Reaksi
Skandal itu meletakkan FAM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta beberapa agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab mengendalikan kewarganegaraan Malaysia di bawah pengawasan peminat dan penggubal undang-undang bola sepak Malaysia.[17][18] FAM mengakui bahawa terdapat "kesilapan teknikal" pada penyerahan dokumen, tetapi mengekalkan status tujuh pemain itu adalah masih kekal warganegara Malaysia.[19]
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bahawa isu itu adalah mengenai pematuhan tujuh pemain di bawah peraturan kelayakan FIFA dan bukannya bawah kewarganegaraan mereka, sambil menambah bahawa sijil kelahiran tidak diperlukan untuk penaturalisasian di bawah Perlembagaan Malaysia. Beliau juga mengekalkan bahawa pemain memenuhi prasyarat yang diperlukan untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia, termasuk kelakuan baik dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu asas (dalam pertuturan) serta tempoh kerakyatan Malaysia. Budi bicara menteri juga digunakan bagi proses kerakyatan Malaysia ke atas tujuh pemain ini.[18][20]
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempersoalkan sekatan yang dibuat oleh FIFA. Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mendakwa bahawa ada pihak luar yang mungkin telah mempengaruhi badan bola sepak dunia itu. Kedua-duanya mempersoalkan FIFA menterbalikkan keputusan sebelum ini dan membernarkan tujuh pemain itu untuk beraksi dalam pasukan Harimau Malaya.[19] JPN menafikan terlibat dalam dakwaan pemalsuan dokumen.[21]
Peranan Vietnam dalam bantahan
Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) membuat kenyataan neutral berhubung isu itu, manakala Persatuan Bola Sepak Nepal dilaporkan meminta FIFA membatalkan kekalahan 2–0 mereka kepada Malaysia sebelum ini.[22][23]
Sementara itu, media Vietnam mendakwa bahawa VFF tidak memfailkan aduan secara rasmi, memetik sumber dalaman dan tanpa nama, bercanggah dengan pelbagai tuduhan Malaysia bahawa orang Vietnam yang pertama kali mengadu kepada FIFA.[24] Jawatankuasa Rayuan FIFA pada November 2025 melaporkan bahawa semua pemain juga percaya VFF adalah pihak yang memfailkan aduan terhadap dakwaan ketidaklayakan mereka. Bagaimanapun, jawatankuasa itu mengatakan bahawa dakwaan itu tidak tepat, merujuk bahawa aduan yang dikemukakan kepada FIFA tidak difailkan oleh pihak berkuasa Vietnam.[25]
Kesunyian yang pelik dan aneh berlaku di Vietnam, tidak seperti Nepal yang memainkan peranan yang amat aktif dalam bantahan skandal ini, telah diperdebatkan secara meluas. Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh Vietnam, laporan FIFA pada 7 Oktober 2025 secara diam-diam menyebut Vietnam sebagai salah sebuah negara berpotensi yang telah memfailkan bantahan itu.[26] Tunku Ismail Sultan Ibrahim kemudian mendakwa bahawa baginda dimaklumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai aduan itu adalah "seorang dari Vietnam, tetapi bukan dari persekutuan" dan mempersoalkan mengapa FIFA mengambil serius laporan daripada "individu biasa".[27][28]
Kritikan keutamaan kerajaan
Skandal ini juga telah menarik perhatian nasib individu tanpa kewarganegaraan di negeri-negeri Malaysia seperti Sabah,[29] serta status kewarganegaraan kompleks anak-anak yang terbiar (tiada ibubapa yang sah) yang dilahirkan di Malaysia dan anak-anak yang dilahirkan oleh ibu Malaysia yang belum berkahwin. Pengkritik menegaskan proses kewarganegaraan yang tidak jelas di Malaysia, dengan menyatakan bahawa individu yang mempunyai hubungan tulen dengan negara ini sering dinafikan kewarganegaraan. Sebaliknya, kerakyatan telah diberikan kepada warga asing dalam keadaan yang meragukan, termasuk apa yang berlaku di skandal ini. Ini menimbulkan kebimbangan mengenai keutamaan kerajaan yang salah.[3]
Pautan luar, surat rasmi FIFA dan kenyataan rasmi FAM
Surat rasmi FIFA
Semua artikel berikut dipetik dalam Bahasa Inggeris:
- FIFA sanctions Football Association of Malaysia and seven players (Arkib) – Pengumuman pada 26 September 2025 di portal Inside FIFA.
- Notification of the grounds of the Decision (FDD-24394) (Arkib) – Keputusan pada 6 Oktober 2025 oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA.
- FIFA Appeal Committee confirms sanctions against Football Association of Malaysia and seven players (Arkib) – Pengumuman pada 3 November 2025 di portal Inside FIFA.
- Decision of the FIFA Appeal Committee (FDD-25550 & FDD-25566 & FDD-25574) (Arkib) – Keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA pada 17 November 2025.
Kenyataan rasmi FAM
Semua artikel berikut dipetik dalam Bahasa Malaysia:
- 27 September 2025 FAM media release (Arkib)
- 07 October 2025 FAM official statement (Arkib)
- 03 November 2025 FAM official statement (Arkib)
- 18 November 2025 FAM official statement (Arkib)
Kontroversi dan isu
Serangan terhadap wartawan sukan
Wartawan veteran, Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol telah diserang oleh dua individu ketika beliau ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar, Kuala Lumpur pada 25 November 2025. Menerusi akaun aplikasi X miliknya, Haresh memaklumkan bahawa beliau telah diserang, di mana salah seorang turut merakam video dirinya telah diserang. Susulan serangan itu, dia tampil membuat laporan polis.[30][31][32] Beliau menambah bahawa tindakan ganas dan cubaan menggertak wartawan atas kapasiti profesional adalah perbuatan tidak bertamadun serta bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dijamin di dalam sistem demokrasi.[33][34]
Lihat juga
Nota
- ^ Dakwaan tempat asal kelahiran melalui keturunan susur jalur datuk atau nenek mereka ketika memohon kewarganegaraan Malaysia untuk beraksi di pasukan Harimau Malaya.
Rujukan
- ^ Koh Ewe (7 Oktober 2025). "Fifa accuses Malaysia of faking players' citizenship records". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ a b c d e "Fans, critics say 'many unanswered questions' on Malaysia football scandal, as minister defends citizenship process". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ a b c d Lopez, Leslie (10 Oktober 2025). "FIFA's fraud findings go beyond football scandal, with political ramifications for Malaysia". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ Azmi, Hadi (9 Oktober 2025). "Fifa claims Malaysia cheated but players are citizens, minister says". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ "Tujuh Pemain Warsan Dikenal Pasti Untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail". Bernama. 11 Januari 2025. Dicapai pada 22 November 2025.
- ^ "Enam hingga tujuh pemain warisan baharu sudah dikenal pasti - TMJ". Harian Metro. 11 Januari 2025. Dicapai pada 22 November 2025.
- ^ "Tujuh pemain warisan baharu bakal perkuat Harimau Malaya". Sinar Harian. 11 Januari 2025. Dicapai pada 22 November 2025.
- ^ "Malaysia to lodge immediate appeal after receiving full FIFA ban report: Timeline in full". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ Bhwana, Petir Garda (8 Oktober 2025). "FIFA Sanctions Seven Naturalized Players and Malaysian Football Association". Tempo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ "FIFA Sanctions On FAM: AFC Awaits Football Tribunal Verdict". bernama.com (dalam bahasa Inggeris). Bernama. 27 September 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ Onyeagwara, Nnamdi (7 Oktober 2025). "Malaysia to appeal FIFA sanction over alleged fake documents for seven players". nytimes.com (dalam bahasa Inggeris). The Athletic. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2025. Dicapai pada 19 November 2025 – melalui The New York Times.
- ^ Ewe, Koh (7 Oktober 2025). "Fifa accuses Malaysia of faking players' citizenship records". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ https://www.theroar.com.au/2025/10/04/the-aussie-coach-caught-in-the-crossfire-of-malaysian-football-scandal/
- ^ "'Shocked' FAM vows to fight for heritage players after FIFA snub". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 4 November 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ "FIFA wants criminal investigations in 5 countries over Malaysian football forgery scandal". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2025. Dicapai pada 20 November 2025.
- ^ "FIFA to probe 'internal operations' of Malaysia FA in twist to foreign-born footballers forgery saga". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 18 November 2025. Dicapai pada 20 November 2025.
- ^ "Malaysia defends naturalization process for banned players as scandal widens". Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 9 Oktober 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ a b "Malaysia defends naturalisation process for banned football players as scandal widens". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ a b "Malaysia's football association admits 'technical error' in document submission for 7 naturalised players banned by FIFA". CNA (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ "Fifa rules not tied to citizenship process, says Saifuddin". The Malaysian Reserve (dalam bahasa Inggeris). 10 Oktober 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ Kumar, B. Nantha (11 Oktober 2025). "Fifa's 'forged document' claims don't involve NRD, source claims". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ "FIFA bác kháng cáo, giữ nguyên án phạt đối với LĐBĐ Malaysia và 7 cầu thủ nhập tịch". Vietnam Football Federation (dalam bahasa Vietnam). 3 November 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ Lomas, Mark (6 Oktober 2025). "Nepal's Australian football coach isn't looking to scale the heights of Asian Cup glory. Just one point would do". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 19 November 2025.
The All Nepal Football Association has filed a complaint against Malaysia, after Hector Hevel, one of the goalscorers in Malaysia’s 2-0 win over Nepal in March, was ruled ineligible by Fifa – meaning the result could be overturned.
- ^ "Malaysian football's president says Vietnam complained to FIFA over its foreign players' eligibility". VnExpress (dalam bahasa Inggeris).
However, according to sources of VnExpress, the Vietnam Football Federation (VFF) has not taken any action regarding FAM's violations and is awaiting the outcome of the appeal against FIFA.
- ^ "FIFA Appeal Committee Decision FDD-25550 & FDD-25566 & FDD-25574" (PDF). FIFA. 17 November 2025 [3 November 2025]. m/s. 17. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 November 2025.
The Players then argued that following day, the Vietnam Football Federation filed a complaint alleging the ineligibility of certain foreign-born players, which triggered FIFA’s disciplinary proceedings...The Committee notes this assertion is inaccurate, as the complaint lodged with FIFA was not filed by the Vietnamese Football Federation.
- ^ "FIFA mentioned Vietnam in the penalty against the Football Federation of Malaysia". Lao Dong (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2025. Dicapai pada 20 November 2025.
- ^ "Tunku Ismail baffled by FIFA report on heritage players coming from non-official source". The Star (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2025. Dicapai pada 19 November 2025.
Johor Regent Tunku Ismail Sultan Ibrahim has expressed surprise that the report lodged with FIFA over the eligibility of seven Malaysian heritage players did not come from any official of the Vietnam Football Federation (VFF), but from an ordinary individual... “It was someone from Vietnam, but not from the federation. So we don’t know who it was. It wasn’t the secretary-general, the president, or anyone from there. That’s what AFC told me,” said Tunku Ismail.
- ^ Mail, Malay (25 Oktober 2025). "Tunku Ismail says Fifa's action on heritage players 'strange' as no complaint came from Vietnam". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2025.
“I was informed by the Asian Football Confederation that it did not come from the VFF, not the secretary-general or the president. That’s quite strange that Fifa would even entertain anyone,” he told NST at a press conference today.
- ^ Augustin, Sean (11 Oktober 2025). "FAM fiasco shows fake glory prioritised over human rights, says activist". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2025.
- ^ "Wartawan Sukan Haresh Deol Diserang Dua Individu Di Bangsar". Bernama. 25 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
- ^ "Polis buru tiga lelaki serang wartawan sukan". Sinar Harian. 25 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
- ^ "Wartawan diserang 2 individu, dirakam video". Berita Harian. 25 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
- ^ "Sports journalist attacked in Bangsar: 'It could be because of what I wrote'". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 25 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
- ^ "Wartawan lantang kritik skandal pemain warisan dipukul individu tidak dikenali, cetus kebimbangan industri bolasepak bertukar menjadi dunia mafia". Suara TV. 25 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.








