| Aya | |
|---|---|
| Aya (dari atas): aya sirip panjang, aya sirip biru Atlantik, aya jepun, aya sirip kuning, aya semambu | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Scombriformes |
| Keluarga: | Scombridae |
| Subkeluarga: | Scombrinae |
| Tribus: | Thunnini Starks, 1910[1] |
| Genus | |
Aya atau tuna[2] ialah sejenis ikan pelagik yang tergolong dalam suku Thunnini keluarga Scombridae; kelompok tersebut terdiri daripada 15 spesies dan lima genus.[3] Ikan-ikan aya pemangsa yang aktif dan tangkas kerana pantas berenang – spesies aya sirip kuning mampu berenang mencapai kelajuan 75 km/j (47 mph).[4]
Di perairan lautan tropika, aya ditangkap secara komersial khususnya sebagai sumber makanan dan untuk tujuan rekreasi di laut. Penangkapan berlebihan ikan-ikan ini menyebabkan beberapa spesies ikan jenis ini diancam kepupusan.[5] Aya tersebar luas di lautan-lautan beriklim sederhana dunia.[6]
Etimologi
Dalam bahasa Melayu, ikan dalam kelompok ini dikenali sebagai aya, tongkol, kayu, bakulan dan sebagainya.
Istilah Inggeris tuna dipinjamkan daripada bahasa Sepanyol atún daripada bahasa Arab Andalusia at-tūn yang diserap daripada التون al-tūn [التن dalam bahasa Arab Moden] daripada kata Latin thunnus.[7] Perkataan thunnus dipinjam daripada Bahasa Yunani Kuno: θύννος, thýnnos yang dipakai pada spesies aya sirip biru selatan,[8][9] nama ini terbit daripada kata θύνω thýnō "meluru".[10] Nama suku Thunnini juga dijejak daripada perkataan Thunnus.
Taksonomi
Suku Thunnini mempunyai satu cabang monofiletik yang merangkumi 15 spesies dalam lima genus:
- Keluarga Scombridae
- suku Thunnini: aya
- genus Allothunnus: aya ramping
- genus Auxis: aya selasih
- genus Euthynnus: aya kecil
- genus Katsuwonus: aya jepun
- genus Thunnus: albakor dan aya sebenar
- subgenus Thunnus (Thunnus): kumpulan sirip biru
- subgenus Thunnus (Neothunnus): kumpulan sirip kuning
- suku Thunnini: aya
- Keluarga Scombridae
Kladogram berikut menggambarkan hubungan evolusi antara takson-takson ikan aya dan suku lain dalam keluarga Scombridae yang mencabang, rajah ini dibaca dari kiri ke kanan mengikut garis masa. Contohnya, cabang aya jepun sedahan dengan cabang suku Thunnus, cabang suku ikan aya ramping Allothunnus yang paling primitif lebih jauh; suku aya Thunnus sedahan dengan cabang suku Sardini.[3]
| Aya: suku Thunnini, dalam keluarga Scombridae | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kladogram: Aya dikelaskan kepada suku Thunnini (di bawah-tengah dalam kladogram di atas) – satu daripada empat suku yang ada dalam keluarga Scombridae.[3] |
Ciri
Badan ikan-ikan jenis ini ramping. Ukuran ikan jenis aya sangat berubah-ubah, aya peluru paling kecil dengan panjang maksimum 0.5 meter dan berat 1.8 kilogram, manakala aya sirip biru Atlantik ikan yang paling besar dengan panjang maksimum 4.6 m dab berat: 684 kg) yang puratanya 2 m (6.6 ka) dan dipercayai hidup sampai 50 tahun.[perlu rujukan]
Badan ikan aya bergaris arus untuk membantunya berenang dengan laju. Ia mempunyai dua sirip terpisah di belakang. Sirip belakang boleh direndahkan dan disokong oleh duri-duri badan.[11] Sirip pinggul terletak di bawah sirip dada. Sirip belakang dan sirip pinggul ini boleh disentap kembali apabila aya berenang laju.[11]
Ekornya berbentuk bulan sabit. Bahagian atas badan berwarna biru gelap manakala bahagian bawah berwarna keputihan untuk membantunya menyamar.[12] Aya dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi berbanding air di sekelilingnya.
Rujukan
- ^ a b "Tribe Thunnini Starks 1910". The Paleobiology Database. n.d. Dicapai pada 17 Disember 2022.
- ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). "Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan". Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 199-202. ISBN 9789834603755.
- ^ a b c Graham, Jeffrey B.; Dickson, Kathryn A. (2004). "Tuna Comparative Physiology". The Journal of Experimental Biology. 207 (23): 4015–4024. doi:10.1242/jeb.01267. PMID 15498947.
- ^ Block, Barbara A.; Booth, David; Carey, Francis G. (1992). "Direct measurement of swimming speeds and depth of blue marlin" (PDF). Journal of Experimental Biology. 166: 267–284. ISSN 0022-0949. Dicapai pada 19 September 2012.
- ^ Collette, B.B.; Boustany, A.; Fox, W.; Graves, J.; Juan Jorda, M.; Restrepo, V. (2011). "Thunnus maccoyii". Senarai Merah IUCN Versi 2014.3. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 7 Jun 2019.
This species has been intensively fished since the early 1950s. Its generation length is conservatively estimated to be 12 years. Estimated spawning stock biomass has declined approximately 85% over the past 36 years (1973–2009) and there is no sign that the spawning stock is rebuilding. It is therefore listed as Critically Endangered. Implementation of effective conservation and management measures are urgently needed.
- ^ "Status of the World Fisheries for Tuna". Yayasan Kelestarian Makanan Laut Antarabangsa. November 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022. Cite journal requires
|journal=(bantuan) - ^ "tuna". American Heritage Dictionary. Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company. 2015. Dicapai pada 7 Jun 2019. Check date values in:
|access-date=(bantuan) - ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "thunnus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "θύννος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
- ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "θύνω". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
- ^ a b Biological characteristics of tuna. Jabatan Perikanan dan Penternakan Ikan, Pertubuhan Makanan dan Pertanian. n.d. Dicapai pada 17 Disember 2022.
- ^ Gibbs, Elizabeth (n.d.). "Fact Sheet: Tuna #P1412". Rhode Island Sea Grant. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2012. Dicapai pada 20 September 2012.
Bibliografi
- Clover, Charles. 2004. The End of the Line: How Overfishing Is Changing the World and What We Eat. Ebury Press, London. ISBN 0-09-189780-7
- FAO: Species Catalog Vol. 2 Scombrids of the World. FAO Fisheries Synopsis No. 125, Volume 2. FIR/S125 Vol. 2.ISBN 92-5-101381-0
- FAO: Review of the state of world marine fishery resources: Tuna and tuna-like species – Global, 2005 Rome.
- Majkowski, Jacek (1995) "Tuna and tuna-like species" In: Review of the state of world marine fishery resources, FAO Fisheries technical paper 457, FAO, Rome. ISBN 978-92-5-107023-9.
- Majkowski J, Arrizabalaga H, Carocci F and Murua H (2011) "Tuna and tuna-like species" In: Review of the state of world marine fishery resources, pages 227–244, FAO Fisheries technical paper 569, FAO, Rome. ISBN 978-92-5-107023-9.
- Standard of Identity for Canned Tuna (United States), Code of Federal Regulations: 21 CFR 161.190 – Canned tuna.
- Viñas J and Tudela S (2009) "A validated methodology for genetic identification of tuna species (genus Thunnus)" PLoS One, 4(10): e7606.
Bacaan lanjut
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aya |
- Bluefin Tuna, Chinese Cobra and Others Added to Red List of Threatened Species, Scientific American, 18 November 2014
- How Hot Tuna (and Some Sharks) Stay Warm National Science Foundation, 27 Oktober 2005









