| Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Bandar Tun Razak, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) |
| Moto | "Kreatif Inovatif Produktif" |
| Nombor sekolah | (+60) 3-9131 5014 |
| Kod sekolah | WEA 0247 |
| Pengetua | En. Atan bin Selamat |
| Tenaga pengajar | ±50 |
| Jantina | Lelaki |
| Jumlah penuntut | ±550 |
| Kelas ditawarkan | Elektif STEM (Sains Tulen Dan Matematik Tambahan) |
| Warna | Kuning; Biru |
| Slogan | "MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA" |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Zuri Afizu bin Mat Jusoh |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Hafiz bin Mahat |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Rohaya binti Bakar |
| Faks | (+60) 3-9131 8119 |
| Laman sesawang | Laman SM Sains Alam Shah |
![]() | |
Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS), juga singkatan ASiS dari nama dalam bahasa Inggeris, Alam Shah Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Cheras, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).
Sejarah
ASiS terdiri daripada 3 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & merupakan antara 6 buah SBP yang hanya menerima pelajar lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini hanya menawarkan aliran Sains Tulen bagi pelajar Tingkatan 4 & Tingkatan 5 sahaja.
Pada awalnya, tapak tersebut merupakan tapak asal Sekolah Alam Shah (kini Sekolah Sultan Alam Shah) sebelum berpindah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 26 April 2003. Kemudian, tapak tersebut diberikan kepada ASiS.
Lokasi kampus ASiS sangat kondusif daripada segi peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan putera. Hal ini kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di atas tapak seluas 34 hektar yang mengandungi 3 blok bangunan sekolah serta pentadbiran, 4 blok asrama, dewan makan, pangsapuri guru, pangsapuri staf sokongan, banglo pengetua & 6 kuarters guru. Sekolah ini juga bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Teknik dan berdekatan dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
ASiS mula menerima pelajar sulung seramai 84 orang dalam tingkatan 4 pada 16 Jun 2003 dimana pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Batch pertama ASiS, PIONEER, telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 dengan calon seramai 83 orang.
Sekolah ini telah dibangunkan oleh 4 orang pentadbir serta 11 orang guru-guru perintis yang mula berkhidmat pada 16 Jun 2003 & telah bertungkus-lumus menggembeleng tenaga & keringat bagi memastikan ASiS dapat melaksanakan proses Pengajaran & Pembelajaran (PdP) walaupun dalam serba kekurangan. Guru lapisan ke-2 mula melaporkan diri pada 16 September 2003 iaitu seramai 12 orang guru. Kehadiran guru-guru ini menambah bilangan ahli keluarga ASiS yang sedia ada.
Dari tahun 2003 hingga 2018, pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) & Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari seluruh negara. Pada ketika itu, ASiS hanya menawarkan pelajaran untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 & 5. Akan tetapi, ASiS telah mula melakukan pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2016. Pada tahun 2018 pula, barisan pelajar ASiS telah lengkap dari Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 & juga merupakan tahun pertama PT3 dijalankan di ASiS.
Kini, warga ASiS semakin bertambah selepas itu. Guru ASiS telah bertambah dengan jumlah seramai 53 orang, manakala staf sokongan pula seramai 19 orang. Bilangan pelajar pula mencecah 600 orang setiap tahun.
Sejak daripada awal lagi juga, ASiS telah mengukir pelbagai kejayaan sehingga bukan sahaja dikenali di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa.
Misi, Visi dan Matlamat
Misi
- Sekolah Menengah Sains Alam Shah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang membangunkan modal insan yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Visi
- Menzahirkan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah bertaraf dunia menjelang tahun 2030.
Matlamat
- Menyediakan pendidikan bertaraf dunia dengan memperkembangkan potensi individu & sumber yang sedia ada untuk membentuk warga Malaysia yang seimbang & harmoni yang mempunyai hala tuju & beraspirasi untuk Malaysia, masyarakat yang taat setia, berdisiplin & bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Senarai Pengetua
| Bil. | Tempoh | Nama Pengetua |
|---|---|---|
| 1 | 2003-2011 | Tn. Hj. Idrus Bin Abdul Hamid |
| 2 | 2011-2015 | Tn. Hj. Baharudin Bin Dato' Wira Hj. Burhan |
| 3 | 2015-2017 | En. Roslie Bin Ahmad |
| 4 | 2017-2021 | En. Norazhar Bin Mohd Shah |
| 5 | 2021-2025 | En. Jasmi Bin Md Isa |
| 6 | 2025-KINI | En. Atan Bin Selamat |
Senarai Pentadbir (semasa)
| Bil | Nama | Jawatan |
|---|---|---|
| 1 | Atan bin Selamat | Pengetua |
| 2 | Zuri Afizu bin Mat Jusoh | Timbalan Pengetua (Pentadbiran) |
| 3 | Hafiz bin Mahat | Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Murid) |
| 4 | Rohaya binti Bakar | Timbalan Pengetua (Kokurikulum) |
| 5 | Hjh Siti Badriyyah binti Megat Mohamed Yusoff | Ketua Bidang Bahasa |
| 6 | Quake Gek Tin | Ketua Bidang Sains |
| 7 | Rohani binti Mustafa | Ketua Bidang Kemanusiaan |
| 8 | Zulkifli bin Hamzah | Ketua Bidang Teknik & Vokasional |
Lagu sekolah - ASiS: Menuju Cita
Marilah pelajar kita semua
Menuntut ilmu amalan mulia
Samalah kita usaha sampai berjaya
Itulah harapan semua
Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Majulah Sains Alam Shah
Dengarlah dan ingatlah
Pesanan semua
Harapan ayah bonda
Semoga berjaya
Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Menuju cita semua
Rujukan
Pautan luar
- Laman web rasmi Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS)
- Peta ASiS
- Blog rasmi The Old Boys Of ASiS (OASiS) - [Dikemas kini sehingga 2013]
3°06′21″N 101°43′24″E / 3.105938°N 101.723310°E










