Abdul Rahman Junaidi | |
---|---|
![]() | |
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam, Kemajuan Wilayah dan DBKU) | |
Menyandang jawatan 18 Mac 2025 | |
Premier | Abang Johari Tun Openg |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Pantai Damai | |
Menyandang jawatan 27 September 2001 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Hal Ehwal Islam dan DBKU) | |
Dalam jawatan 19 Januari 2017 – 3 Januari 2022 | |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Timbalan Menteri Utiliti Sarawak | |
Dalam jawatan 16 januari 2017 – 17 Mac 2025 | |
Menteri | Julaihi Narawi |
Premier | Abang Johari Openg |
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (Bumiputera) | |
Dalam jawatan 2017–2025 | |
Premier | Abang Johari Openg |
Digantikan oleh | Ibrahim Baki |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Seberang Hilir, Kuching, Koloni Sarawak, Empayar British | 26 Januari 1961
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | BN-PBB (1994-2018) GPS-PBB (2018-kini) |
Pasangan | Datin Hajah Siti Shorgayah Ahmad Zaidin |
Kediaman | Matang Jaya, Kuching, Sarawak |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor perubatan |
YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi (lahir 26 Januari 1961) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang aktif di Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras projek agensi pembangunan wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal ehwal islam) Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Pantai Damai sejak 2001. Di peringkat akar umbi parti, Abdul Rahman adalah Bendahari Agung bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) berkuatkuasa 11 mac 2025 kerana gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti.
Darjah Kebesaran
Sarawak :
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) – Datuk (2021)
Pingat Ahli Bintang Sarawak (ABS)
Latar Belakang
- Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1961 di Kampung Sourabaya Hilir, Kuching. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padungan, Kuching. Selepas menamatkan persekolahan darjah 6, beliau dipilih oleh Yayasan Sarawak untuk menuntut di Sekolah Menengah Sains Pahang yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
- Setelah menamatkan sesi persekolahan, beliau menyambungkan pelajaran ke menara gading, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Oleh kerana beliau cemerlang dalam pelajaran, lebih-lebih lagi di dalam subjek biologi, beliau memilih untuk mendalami bidang perubatan.
- Dr Abdul Rahman Junaidi mula menceburi bidang politik pada tahun 1994 dengan menyertai PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak). Selepas sebulan kemudian, beliau ditawarkan menjadi Ketua Pemuda PBB Cawangan Kampung Sourabaya Hilir. Beberapa tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua Pemuda PBB Bahagian Pantai Damai.
- Pada tahun 2001, Dr Abdul Rahman Junaidi diberi kepercayaan untuk bertanding pilihanraya kawasan N.4 Pantai Damai dan memenangi kerusi tersebut.
- Alamat: 206, Lorong 6, Taman Matang Jaya, Petra Jaya, 93050 Bandar Kuching.
- Sebagai wakil rakyat, beliau sedia menerima sebarang aduan dan rayuran daripada penduduk kawasan pilihan rayanya dan kawasan-kawasan lain di talian tertera;-
- Telefon Pejabat: 082 - 233206/413124
- Tel Rumah: 082 - 646604
- No. Faks: 082 - 236206
- Beliau bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak - PBB (Barisan Nasional).
Pautan luar
- Kelahiran 1961
- Anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-16
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19