Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak atau sering digunakan sebagai Kabinet Kerajaan Sarawak ialah cabang eksekutif bagi kerajaan Sarawak, Malaysia. Majlis ini terdiri daripada Premier dan beberapa anggota Dewan Undangan Sarawak (DUS) yang terpilih.
Majlis ini adalah serupa dalam struktur dan peranan Kabinet di peringkat persekutuan, cuma saiznya lebih sederhana dan menyeluruh. Oleh kerana tanggungjawab persekutuan dan wilayah Sarawak berbeza, terdapat beberapa portfolio yang berbeza antara kerajaan Persekutuan (Malaysia) dan kerajaan Sarawak.
Portfolio di wilayah Sarawak digelar sebagai kementerian (ministry), manakala anggota Majlis ini dipanggil sebagai Menteri (Minister). Menteri-menteri dibantu oleh seorang atau dua orang penolong menggunakan gelaran Timbalan Menteri (Deputy Minister). Timbalan Menteri bukan anggota Majlis.
Sejarah
Senarai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak
Berikut merupakan barisan Kabinet Sarawak yang mula ditubuhkan pada 30 Disember 2021[1] dan mengangkat sumpah pada 4 Januari 2022.
Menteri
Sejak itu, ahli Kabinet ialah:[2]
Premier | ||
---|---|---|
Timbalan Premier | ||
YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (PBB) YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian (SUPP) | ||
Menteri | ||
Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu | YAB Tan Sri Abang Johari Tun Openg | GPS (PBB) |
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas | GPS (PBB) | |
Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli | YAB Tan Sri Abang Johari Tun Openg | GPS (PBB) |
YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan | GPS (PBB) | |
Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar | YAB Tan Sri Abang Johari Tun Openg | GPS (PBB) |
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan | YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas | GPS (PBB) |
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan | YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan | GPS (PBB) |
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan | YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian | GPS (SUPP) |
Kementerian Pertanian Moden dan Pembangunan Wilayah | YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom | GPS (PBB) |
Kementerian Pengangkutan | YB Datuk Lee Kim Shin | GPS (SUPP) |
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi | YB Datuk Julaihi Narawi | GPS (PBB) |
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan | YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah | GPS (PBB) |
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan | ||
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Komuniti | YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah | GPS (PBB) |
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat | YB Datuk Roland Sagah Wee Inn | GPS (PBB) |
Jabatan Premier Sarawak | YB Datuk John Sikie Tayai | GPS (PRS) |
Timbalan Menteri
Nama Kementerian | Portfolio | Penyandang | Parti |
---|---|---|---|
Timbalan Menteri | |||
Jabatan Premier | Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri–Persekutuan | YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali | GPS (PBB) |
Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek | YB Datuk Gerawat Gala | GPS (PBB) | |
Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak | YB Datuk Abdullah Saidol | GPS (PBB) | |
Integriti dan Ombudsman | YB Datuk Juanda Jaya | GPS (PBB) | |
Undang-Undang dan Adat Bumiputera | YB Encik Jefferson Jamit Unyat | GPS (PRS) | |
Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli | YB Datuk Haji Len Talif Salleh | GPS (PBB) | |
Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar | YB Dr. Hazland Abang Hipni | GPS (PBB) | |
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan | Pembangunan Infrastruktur | YB Aidel Lariwoo | GPS (PBB) |
Pembangunan Pelabuhan | YB Dato Majang Renggi | GPS (PBB) | |
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan | YB Datuk Malcom Mussen Lamoh | GPS (PRS) | |
Kementerian Pertanian Moden dan Pembangunan Wilayah | Pertanian Moden | YB Dato' Dr. Abdul Rahman Ismail | GPS (PBB) |
Pembangunan Wilayah | YB Maclaine @ Martin Ben | GPS (PBB) | |
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat | Pendidikan dan Inovasi | YB Datuk Dr. Haji Annuar Rapaee | GPS (PBB) |
Pembangunan Bakat | YB Datuk Francis Harden Hollis | GPS (SUPP) | |
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Komuniti | Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak | YB Datuk Hajah Rosey Yunus | GPS (PBB) |
Pembangunan Kebajikan Komuniti | YB Mohamad Razi Sitam | GPS (PBB) | |
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi | Telekomunikasi | YB Datuk Liwan Lagang | GPS (PRS) |
Utiliti | YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi[3] | GPS (PBB) | |
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Kerajaan Tempatan | YB Datuk Dr. Penguang Manggil | GPS (PDP) |
Kesihatan Awam dan Perumahan | YB Michael Tiang Ming Tee | GPS (SUPP) | |
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan | Pelancongan | YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew | GPS (SUPP) |
Industri Kreatif dan Seni Persembahan | YB Datuk Snowdan Lawan | GPS (PRS) | |
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan | Pembangunan Belia dan Sukan | YB Dato' Gerald Rentap Jabu | GPS (PBB) |
Pembangunan Usahawan | YB Dr. Ripin Lamat | GPS (PBB) | |
Kementerian Pengangkutan | YB Datuk Dr. Jerip Susil | GPS (PBB) | |
YB Dato' Henry Harry Jinep | GPS (PDP) |
Ahli Rasmi
Kedudukan | Pemegang jawatan |
---|---|
Setiausaha Kerajaan Sarawak | Yang Berhormat. Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki |
Peguam Besar Sarawak | Yang Arif. Dato' Sri Saferi Ali |
Setiausaha Kewangan Sarawak | YBhg. Datu Dr. Haji Wan Lizozman Wan Omar |
Senarai kementerian kerajaan Sarawak
Berikut adalah senarai kementerian yang ada di wilayah Sarawak :
- Jabatan Premier Sarawak
- Kementerian Kewangan dan Pelaburan Sarawak
- Kementerian Ekonomi dan Perindustrian Sarawak
- Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Sarawak
- Kementerian Komoditi, Penternakan dan Agroteknologi Sarawak
- Kementerian Hal Ehwal Wilayah, Perundangan dan Pertahanan Sarawak
- Kementerian Tenaga Kerja, Kemahiran dan Integriti Sarawak
- Kementerian Alam Sekitar dan Ekonomi Hijau Sarawak
- Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Bakat Sarawak
- Kementerian Perpaduan Rakyat dan Keharmonian Agama Sarawak
- Kementerian Kesihatan Awam dan Keselamatan Pekerjaan Sarawak
- Kementerian Perumahan, Perbandaran dan Kerajaan Tempatan Sarawak
- Kementerian Pengangkutan Sarawak
- Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
- Kementerian Multimedia dan Industri Kreatif Sarawak
- Kementerian Perdagangan, Pelabuhan dan Keusahawanan Sarawak
- Kementerian Pelancongan, Tradisi dan Seni Persembahan Sarawak
- Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
Implikasi positif kepada Sarawak
Penubuhan Kabinet Kerajaan Sarawak ini banyak memberi implikasi yang lebih positif kepada masyarakat yang berbilang kaum serta seluruh wilayah Sarawak secara amnya. Antaranya ialah :
- Meningkatkan sepenuhnya hasil pendapatan utama dan keuntungan bersih wilayah Sarawak, sekaligus mencapai status wilayah berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
- Mengutamakan hal ehwal ekonomi yang berasaskan sektor perbankan, kewangan, perindustrian, perlombongan, pembinaan, pendidikan, perubatan, perhotelan, dan sektor komersial di Sarawak.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan awam Sarawak, sektor swasta, syarikat-syarikat korporat, syarikat-syarikat multinasional, dan sektor perusahaan mikro, kecil & sederhana (PMKS).
- Meningkatkan kerjasama strategik dan kerjasama diplomatik antara Kerajaan Sarawak dengan negara-negara yang lebih maju serta memupuk semangat kebersamaan antara negara serantau dalam ASEAN.
- Mengutamakan penyampaian perkhidmatan, integriti dan tadbir urus penjawat awam wilayah Sarawak.
- Mengurangkan kadar inflasi serta menurunkan kadar pengangguran di Sarawak.
- Memfokuskan dasar pembangunan ekonomi baharu seperti ekonomi hijau (green economy), sumber tenaga alternatif, kemajuan desa dan bandar, pembangunan infrastruktur asas wilayah, pembangunan bandar pintar, serta Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).
- Kestabilan politik yang lebih kukuh dan keadilan yang lebih saksama untuk rakyat Sarawak.
- Mengembalikan dan mewartakan sepenuhnya hak-hak wilayah Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Memperjuangkan hak kemerdekaan wilayah Sarawak menerusi pelaksanaan menyeluruh hak autonomi pendidikan, autonomi kesihatan, autonomi pentadbiran kerajaan, hal ehwal ekonomi & kewangan wilayah, borneonisasi wilayah, autonomi perairan Sarawak, hak tanah adat wilayah, serta hak kewarganegaraan tetap rakyat Sarawak.
- Mengutamakan hak-hak istimewa untuk golongan muda (belia), golongan wanita, golongan warga emas, gelandangan, dan golongan kurang upaya (OKU) di Sarawak.
- Menyatupadukan seluruh masyarakat Sarawak yang berbeza kaum dan agama masing-masing, sekaligus dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan wilayah Sarawak sebagai sebuah wilayah yang harmoni, sejahtera, aman dan makmur.
- Menghapuskan sepenuhnya kadar kemiskinan tegar dan kemasukan pendatang asing secara haram.
- Menghapuskan semua aktiviti-aktiviti jenayah termasuk kegiatan penyalahgunaan dadah, alkohol & bahan terlarang, jenayah sosial, jenayah gengsterisme & buli, serta kegiatan subversif (aktiviti keganasan melampau) di Sarawak.
- Membanteras sepenuhnya gejala rasuah, politik wang, pengubahan wang haram, dan salah guna kuasa yang semakin berleluasa di Sarawak.
- Mengutamakan hal ehwal pemeliharaan alam sekitar, perlindungan habitat semulajadi, kebersihan persekitaran bandar & luar bandar, pemuliharaan hidupan marin & terumbu karang wilayah, dan kelestarian biodiversiti di Sarawak.
- Memfokuskan sektor kejuruteraan teknologi dan sektor teknikal & vokasional (TVET) di Sarawak, seperti penggunaan teknologi kecerdasan buatan (A.I.), kejuruteraan robotik moden, teknologi kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan awam, teknologi semikonduktor, serta pendidikan berasaskan sains dan teknologi terkini.
- Menggalakkan masyarakat Sarawak memahami sepenuhnya manfaat dan kepentingan penggunaan teknologi digital baharu buatan tempatan, seperti aplikasi S Pay Global (Sarawak Pay), teknologi KETEQ AI, dan banyak lagi.
Aspek Rukun Negara dalam masyarakat Sarawak
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Prinsip pertama ini menekankan bahawa masyarakat Malaysia perlu berpegang kepada kepercayaan terhadap Tuhan sebagai asas dalam kehidupan. Meskipun agama Islam adalah merupakan agama rasmi seluruh Malaysia, tetapi Sarawak berhak untuk tidak menetapkan mana-mana agama rasmi di wilayah ini. Ini kerana Sarawak adalah satu-satunya wilayah yang mengamalkan amalan kebebasan beragama di wilayah ini. Walaupun seseorang individu itu beragama Islam, Kristian, Buddha, Taoisme, Sikh, atau agama-agama lain, tetapi hanya Sarawak sahaja yang membenarkan untuk menganuti mana-mana agama yang ada, selaras dengan undang-undang kerajaan negeri Sarawak.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Prinsip kedua ini amat penting bagi memastikan setiap rakyat teguh mempertahankan kedaulatan negara dan menghormati sistem pemerintahan beraja di Malaysia. Sarawak merupakan wilayah yang tidak mempunyai raja (sultan). Ini kerana wilayah ini hanya mempunyai seorang Yang di-Pertua Negeri Sarawak (atau lebih dikenali sebagai Gabenor Sarawak) yang berperanan sebagai ketua pemerintah tertinggi kerajaan bagi seluruh Sarawak. Walaupun wilayah ini tidak mempunyai raja, namun seluruh rakyat Sarawak amat menyanjungi dan menghargai kewibawaan & kepimpinan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara untuk seluruh Malaysia.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip yang ketiga ini menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Ini termasuk kebebasan bersuara, hak beragama, dan hak untuk mendapat pendidikan – semuanya termaktub dan perlu dihormati oleh semua masyarakat. Dalam aspek wilayah Sarawak pula, kewujudan Perlembagaan Negeri Sarawak amat penting sekaligus berperanan sebagai undang-undang asas wilayah Sarawak. Perlembagaan ini termasuk juga perlindungan khas kepada rakyat Sarawak, kuasa imigresen wilayah, kuasa hak pelantikan Premier Sarawak, hak autonomi pendidikan, hak autonomi kesihatan, hak tanah adat peribumi Sarawak, serta hak perlindungan kawasan perairan wilayah Sarawak.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Prinsip keempat ini sangat penting bagi memastikan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira status atau kedudukan, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Harus ditegaskan bahawa tiada sesiapa pun rakyat boleh bertindak sesuka hati. Dalam sistem pentadbiran kerajaan Sarawak sekarang, kewujudan undang-undang / ordinan-ordinan kerajaan Sarawak penting bagi menjamin sepenuhnya keamanan dan keharmonian masyarakat di wilayah ini. Undang-undang wilayah Sarawak seperti Akta Pengurusan Tanah Negeri, Akta Warisan Budaya Sarawak, Ordinan Buruh Sarawak, Ordinan Pengedaran Gas Sarawak (DGO), serta undang-undang / ordinan-ordinan lain yang masih berkuatkuasa di Sarawak. Terdapat juga undang-undang khusus yang berkaitan dengan hak dan keistimewaan wilayah Sarawak, selaras dengan Perjanjian 18 Perkara Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip kelima ini menjadi tunjang utama pembentukan masyarakat yang berbudi bahasa, saling hormat menghormati, dan beradab dalam pergaulan. Oleh itu, prinsip kelima ini perlu diterapkan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan masyarakat sama ada di rumah, di sekolah, di tempat kerja, malah ketika interaksi dalam talian. Kebanyakan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak, tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, mereka masih lagi mengamalkan semangat bersatu padu antara semua kaum dan agama masing-masing, tingkah laku sosial yang sangat baik, sikap amanah, jujur dan ikhlas yang tinggi, serta sentiasa hormat menghormati di kalangan semua komuniti di wilayah ini.
Sejarah keanggotaan Majlis
Kabinet Negeri Sarawak Penggal 12 (2022–kini)
Parti | Kemas kini tahunan | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
2022 | 2023 | 2024 | 2025 | 2026 | ||
Premier | ![]() |
Abang Johari Tun Openg (Gedong) | ||||
Timbalan Premier 1 | ![]() |
Douglas Uggah Embas (Bukit Saban) | ||||
Timbalan Premier 2 | ![]() |
Awang Tengah Ali Hassan (Bukit Sari) | ||||
Timbalan Premier 3 | ![]() |
Sim Kui Hian (Batu Kawah) | ||||
1 | ![]() |
Stephen Rundi Utom (Kemena) | ||||
2 | ![]() |
Julaihi Narawi (Sebuyau) | ||||
3 | ![]() |
Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya) | ||||
4 | ![]() |
Fatimah Abdullah (Dalat) | ||||
5 | ![]() |
Roland Sagah Wee Inn (Tarat) | ||||
6 | ![]() |
Lee Kim Shin (Senadin) | ||||
7 | ![]() |
John Sikie Tayai (Kakus) |
Kabinet Negeri Sarawak Penggal 11 (2016–2021)
Parti | Kemas kini tahunan | Parti | Kemas kini tahunan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2016 | 2017 | 2018 | 2018 | 2019 | 2020 | 2021 | ||||
KM | ![]() ![]() |
Adenan Satem | Abang Johari Tun Openg | ![]() |
Abang Johari Tun Openg | |||||
TKM | ![]() ![]() |
Douglas Uggah Embas | ![]() |
Douglas Uggah Embas | ||||||
TKM | ![]() ![]() |
Abang Johari Tun Openg | Awang Tengah Ali Hassan | ![]() |
Awang Tengah Ali Hassan | |||||
TKM | ![]() ![]() |
James Jemut Masing | ![]() |
James Jemut Masing | ||||||
1 | ![]() ![]() |
Awang Tengah Ali Hassan | Talib Zulpilip | ![]() |
Talib Zulpilip | |||||
2 | ![]() ![]() |
Michael Manyin Jawong | ![]() |
Michael Manyin Jawong | ||||||
3 | ![]() ![]() |
Fatimah Abdullah | ![]() |
Fatimah Abdullah | ||||||
4 | ![]() ![]() |
Stephen Rundi Utom | ![]() |
Stephen Rundi Utom | ||||||
5 | ![]() ![]() |
Kosong | Abdul Karim Rahman Hamzah | ![]() |
Abdul Karim Rahman Hamzah | |||||
6 | ![]() ![]() |
Sim Kui Hian | ![]() |
Sim Kui Hian | ||||||
7 | ![]() |
Wong Soon Koh | PSB | Wong Soon Koh | ||||||
![]() |
Lee Kim Shin |
Kabinet Negeri Sarawak Penggal 10 (2011–2016)
Parti | Kemas kini tahunan | Parti | Kemas kini tahunan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2011 | 2012 | 2013 | 2014 | 2014 | 2015 | 2016 | ||||
KM | ![]() ![]() |
Abdul Taib Mahmud | Adenan Satem | ![]() ![]() |
Adenan Satem | |||||
TKM | ![]() ![]() |
Alfred Jabu Numpang | ![]() ![]() |
Alfred Jabu Numpang | ||||||
1 | ![]() ![]() |
Adenan Satem | Kosong | |||||||
2 | ![]() ![]() |
James Jemut Masing | ![]() ![]() |
James Jemut Masing | ||||||
5 | ![]() ![]() |
Awang Tengah Ali Hassan | ![]() ![]() |
Awang Tengah Ali Hassan | ||||||
4 | ![]() ![]() |
Michael Manyin Jawong | ![]() ![]() |
Michael Manyin Jawong | ||||||
3 | ![]() ![]() |
Abang Johari Tun Openg | ![]() ![]() |
Abang Johari Tun Openg | ||||||
6 | ![]() ![]() |
Fatimah Abdullah | ![]() ![]() |
Fatimah Abdullah | ||||||
7 | ![]() ![]() |
William Mawan Ikom | TERAS | William Mawan Ikom | ||||||
8 | ![]() ![]() |
Wong Soon Koh | ![]() |
Wong Soon Koh |
Lihat juga
- Sarawak
- Yang di-Pertua Negeri Sarawak
- Premier Sarawak
- Kerajaan Negeri Sarawak
- Dewan Undangan Sarawak (DUS)
Rujukan
- ^ "Abang Johari announces his Cabinet line-up". Astro AWANI. 19 January 2017. Dicapai pada 19 January 2017.
- ^ https://www.theborneopost.com/2021/12/30/sarawak-cabinet-full-line-up/
- ^ Juga sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Pembangunan Hal Ehwal Islam Sarawak. Rujuk: "Premier Sarawak Ketuai Khatam Al-Quran Secara Berkumpulan – UKAS" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-11.