Nama lain | Anjing gembala Kars | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Turki | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Catatan | berdaftar dengan Institut Piawaian Turki pada tahun 2002 | ||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Kars[a] atau anjing gembala Kars[b] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan Turki. Ia merupakan salah satu daripada tiga baka anjing penjaga kawanan ternakan di Turki, yang lain merupakan akbash dan anjing Kangal.[1]
Ia mendapat namanya daripada bandar Kars di Wilayah Kars dan juga terdapat di serata wilayah Ardahan, Artvin, Erzurum, dan Iğdır di Turki timur.[2][3][4]
Sejarah
Anjing gembala Kars ialah baka tradisional Anatolia Timur dan tertabur secara meluas di wilayah Ağrı, Ardahan, Artvin, Erzurum, Iğdır, Kars, dan Van.[4]:101 Perihal saintifik pertama adalah daripada David Nelson, yang dibentangkan pada Simposium Antarabangsa mengenai Anjing Gembala Turki di Konya pada tahun 1996.[4]:101[5]
Anjing gembala Kars didaftarkan dengan Institut Piawaian Turki pada tahun 2002,[4]:101 tetapi menjelang tahun 2012 belum didaftarkan dengan bekas Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar.[3] Köpek Irkları ve Kinoloji Federasyonu ("Persekutuan Baka Anjing dan Kinologi") menyenaraikannya sesama baka peribumi yang wajib dilindungi.[6]
Ciri
Dari segi penampilan, anjing Kars hampir menyerupai anjing gembala Kaukasus yang asli di negara-negara Kaukasus di sebalah timur laut sempadan Turki.[2][3][4] Ia mempunyai lapis bulu ganda panjang dan berat (contoh berlapis bulu pendek diketahui) yang terdapat dengan sebilangan warna termasuk hitam, putih, kelabu, merah, kuning, dan perang. Ia kerap mempunyai tanda-tanda putih pada dada, leher, dan tungkai hadapan; anjing Kars, yang lebih kecil sedikit daripada baka anjing penjaga haiwan ternakan dari Turki tengah dan barat seperti akbash dan anjing Kangal, mempunyai berat min sebanyak 44.6 kilogram (98 lb) dan ketinggian min sebanyak 72.4 sentimeter (28.5 in).[3]
Kegunaan
Anjing Kars digunakan oleh para gembala tempatan untuk melindungi kawanan ternakan mereka daripada pemangsaan oleh pelbagai pemangsa yang terdapat di rantau itu. Anekdot wujud tentang beberapa anjing yang mengusir dan malah membunuh beruang.[4]
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ کرس; Turki: Kars köpeği; bahasa Inggeris: Kars dog
- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کرس; Turki: Kars çoban köpeği; bahasa Inggeris: Kars shepherd
Rujukan
- ^ Tepeli, Cafer; Çetin, Orhan; Günlü, Aytekin; Kırıkçı, Kemal (28 Ogos 2023). "The native dog breeds of Turkey" [Baka anjing asli Turki]. Dalam Georgoudis, Andreas; Rosati, Andrea; Mosconi, C. (penyunting). Animal Production and Natural Resources Utilisation in the Mediterranean Mountain Areas [Pengeluaran Haiwan dan Penggunaan Sumber Semula Jadi di Kawasan Pergunungan Laut Tengah] (dalam bahasa Inggeris). Wageningen, Belanda: Wageningen Academic Publishers. m/s. 425–431. doi:10.3920/9789086865611_078. ISBN 9789086865611. OCLC 846996324.
- ^ a b Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 396. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c d Yılmaz, Orhan; Ertuğrul, Mehmet; Wilson, Richard Trevor (27 Ogos 2012). "The domestic livestock resources of Turkey: breed descriptions and status of guard and hunting dogs" (dalam bahasa en). Mesyuarat Tahunan Ke-63 Persekutuan Sains Haiwan Eropah. Bratislava, Slovakia. m/s. 27–31. https://www.researchgate.net/publication/282005963_The_domestic_livestock_resources_of_Turkey_breed_descriptions_and_status_of_guard_and_hunting_dogs. Diperolehi 17 Mei 2025.
- ^ a b c d e f Yılmaz, Orhan; Ertuğrul, Mehmet (31 Mac 2012). "Türkiye Yerli Köpek Irk ve Tipleri = Native Dogs Breeds and Types of Turkey" [Baka dan Jenis Anjing Asli Turki]. Iğdır Üniversitesi Fen Bilimleri Enstitüsü Dergisi (dalam bahasa Turki). Institut Sains dan Teknologi Universiti Iğdır. 2 (1): 99–106. ISSN 2536-4618. S2CID 177564583.
- ^ Nelson, D. D. (1996). "A general classification of the native dogs of Turkey" (dalam bahasa en). Simposium Antarabangsa mengenai Anjing Gembala Turki. m/s. 19–96.
- ^ "American Staffordshire Terrier Yasaklandı mı?" [Adakah Terier Staffordshire Amerika Dilarang?] (dalam bahasa Turki). Istanbul, Turki: Köpek Irkları ve Kinoloji Federasyonu. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2024. Dicapai pada 17 Mei 2025.