![]() Mastif Kurdi | |
Nama lain | Anjing gembala Asyur Anjing Pshdar |
---|---|
Negara asal | Iraq |
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Mastif Kurdi,[a][1][2][3][4] anjing gembala Asyur,[b][3] atau anjing Pshdar[c][5] ialah satu landrace anjing yang asali di Wilayah Kurdistan yang bergunung-ganang di Iraq, terutamanya rantau Pshdar di Pentadbiran As Sulaymaniyah.[3][5] Anjing ini kerap digunakan sebagai penjaga haiwan ternakan menentang pemangsa dan berjumlah sekitar beberapa ribu ekor.[5] Ia telah dibandingkan dengan anjing Kangal dan akbash.[5]
Perihal
Berat anjing dewasa meningkat dengan usia dan dapat mencapai 80 kg (180 lb).[5] Puratanya ialah 73.5 kg (162 lb) daripada 67 kg (148 lb) di Sangasar kepada 80 kg (180 lb) di Qira Diza.[5] Purata panjang badan ialah kira-kira 75 cm (30 in) dengan panjang belakang pada anjing berusia yang mencecah lebih daripada 88 cm (35 in).[5]
Sejarah
Pada tahun 1892, John Paul Dudley menerbitkan sebuah karangan perubatan tentang anjing dan menyebut mastif Kurdi:
Di Kurdistan di Asia Kecil utara, dan di rantau Asia itu, terdapat anjing yang sangat menyerupai mastif Inggeris, yang merupakan pendamping setia dan sahabat bagi orang Kurdi — anjing gembala dan anjing pengawas yang mengambil sebahagian besar perwatakan tuannya yang separuh gasar, dan tidak akan menanggung perubahan negara dan persekutuan. Tiada apa-apa yang dimiliki oleh orang Kurdi yang lebih dihargai berbanding dengan haiwan garang dan berkuasa ini, yang sebahagian besarnya dianggap suci, sekurang-kurangnya setakat yang dipedulikan oleh orang asing. Dari segi warna, mastif Kurdi terutamanya berwarna kuning keperang-perangan; mempunyai ekor panjang, dan kepala besar, dan badannya tinggi, tegap, dan cukup berperkadaran.[1]
Catatan
- ^ Jawi: مستيف کوردي; Arab: درواس كردي, rumi: dirwās kurdiyy; bahasa Inggeris: Kurdish mastiff
- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا اشور; Arab: كلب الراعي الآشوري, rumi: kalb ar-rāʕī al-ʔāšūrī; bahasa Inggeris: Assyrian shepherd
- ^ Jawi: انجيڠ ڤيشدر; Bahasa Kurdi: سەگی پشدەری; سەگی پشدەر; Arab: كلب بشدر, rumi: kalb bišdar; bahasa Inggeris: Pshdar dog
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mastif Kurdi |
- ^ a b Dudley, John Paul (1892). Townleigh, Thomas Ludwell (penyunting). Homo et Canis: Or, the Autobiography of Old Cato and Some Account of His Race [Manusia dan Anjing: Atau, Autobiografi Cato yang Tua dan Sesetengah Keterangan tentang Rasnya] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Republic Publishing Company. m/s. 143. OCLC 7789298.
- ^ Street, William Sherman (1987). "Road to Paris: Chapter 22 of Iranian Adventure" [Jalan ke Paris: Bab 22 Pengembaraan di Iran]. Field Museum of Natural History Bulletin (dalam bahasa Inggeris). Field Museum of Natural History. m/s. 9.
- ^ a b c Sarkawt, Mohammed (18 Februari 2020). "Saqqez dog breeder raises famed Kurdish Mastiffs" [Pembiak baka anjing Saqqez ternak mastif Kurdi masyhur] (dalam bahasa Inggeris). Rudaw Media Network. Dicapai pada 10 Mei 2025.
- ^ Burton, Isabel (1879). The Inner Life of Syria, Palestine, and the Holy Land [Kehidupan Dalaman Syria, Palestin, dan Tanah Suci] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Charles Kegan Paul. m/s. 500. OCLC 3571228.
- ^ a b c d e f g Abd Alsada Alwaeily, Israa Hameed; Al-Barzinji, Yousif Mohammad Salih Noori; Abbass, Bahjat Taifor (2020). "GENETIC EVALUATION AND FACTORS AFFECTING BODY WEIGHT AND DIMENSIONS OF PISHDAR DOG IN IRAQI, KURDISTAN" [PENILAIAN GENETIK DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT BADAN DAN DIMENSI ANJING PISHDAR DI KURDISTAN IRAQ]. Biochemical and Cellular Archives (dalam bahasa Inggeris). Prahlad Ram Yadav. 20 (1): 2761–2767. doi:10.35124/bca.2020.20.1.2761 (Tidak aktif 10 Mei 2025). ISSN 0976-1772.CS1 maint: DOI inactive as of 2025 (link)