Chew Chong Sin | |
|---|---|
周忠信 | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Mengkibol | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Tan Hong Pin (PR–DAP) |
| Majoriti | 19,226 (2018) 10,107 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Chew Chong Sin 9 Ogos 1973 |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
| Tempat belajar | SJK(C) Chung Hwa 3 SMK Sultan Abdul Jalil Sekolah Tinggi Kluang Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Malaya |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Chew Chong Sin | |
|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |
| Tulisan Cina Tradisional | 周忠信 |
| Tulisan Cina Ringkas | 周忠信 |
| Hanyu Pinyin | Zhōu Zhōngxìn |
| Pha̍k-fa-sṳ | Chiû Chûng-sin |
| Jyutping | Zau1 Zung1 Seon3 |
| POJ Bahasa Hokkien | Chiu Tiong-sìn |
| Tâi-lô | Tsiu Tiong-sìn |
Chew Chong Sin merupakan seorang ahli politik Malaysia daripada DAP. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Mengkibol sejak 2018.
Kerjaya awal
Chew pernah berkhidmat sebagai pengurus bank di Kuala Lumpur, pengurus rantau Asia Pasifik bagi sebuah syarikat Jerman dan Pengarah BPP Professional Education (United Kingdom) cawangan China. Beliau juga pernah menjadi ahli perniagaan di Shanghai.
Beliau turut merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Cina di UKM serta Setiausaha Jawatankuasa Hak Sivil bagi Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor.[1]
Kerjaya politik
Semasa berada di Shanghai, Chew menubuhkan “Bersih Shanghai” pada 2012, yang aktif menggerakkan kempen “Jom Balik Undi” di negara-negara lain. Bersih Shanghai turut menganjurkan beberapa forum bersama NGO lain, aktivis dan pemimpin politik Malaysia untuk berkongsi pandangan dengan rakyat Malaysia di Shanghai.
Beliau juga merupakan seorang kolumnis yang berkongsi pandangan mengenai isu semasa dan isu ekonomi dalam ruangan “Mirror of Shanghai” untuk Oriental Daily.
Pada Julai 2013, beliau kembali ke Malaysia dan mula berkempen bersama DAP dalam pilihan raya umum 2013. Sebelum itu, beliau turut membantu pihak pembangkang berkempen dalam pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2004.
Pada 2018, beliau menyertai DAP dan bertanding dalam pilihan raya umum 2018 sebagai calon Pakatan Harapan. Beliau berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kerusi Mengkibol.[1]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N28 Mengkibol | Chew Chong Sin (DAP) | 29,559 | 72.80% | Chin Sim Lai (MCA) | 10,333 | 25.42% | 40,657 | 19,226 | 84.06% | ||
| 2022 | Chew Chong Sin (DAP) | 19,813 | 57.50% | Kelly Chye Pei Yee (MCA) | 9,706 | 28.17% | 34,455 | 10,107 | 51.92% | |||
| Wong Chan Giap (BERSATU) | 4,116 | 11.95% | ||||||||||
Kontroversi
Pada 15 Mac 2019, Chew Chong Sin menyatakan bahawa insiden penembakan di masjid Christchurch seharusnya menjadi pengajaran kepada Malaysia dalam menangani isu perkauman dan keagamaan, termasuk kerjasama antara UMNO dan PAS.[4] Selepas itu, beliau menarik balik kenyataan tersebut berikutan berlaku salah tafsir terhadap maksud yang ingin disampaikan.[5]
Rujukan
- ^ a b "CHEW CHONG SIN". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-05-26.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES". Dicapai pada 2022-05-26.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2022-05-26.
- ^ "DAP rebukes Chew for insensitive remarks about Christchurch massacre". Malaysiakini. 2019-03-16.
- ^ "DAP man shares thought on Christchurch massacre, then retracts it". Malaysiakini. 2019-03-15.









