
Lolongan ialah satu bentuk suara bagi komunikasi haiwan yang terlihat pada kebanyakan kanin, khususnya serigala, koyote, rubah, dan anjing, serta kucing dan sesetengah spesies monyet.[1][2] Lolongan ialah bunyi berpanjangan, lantang, dan dapat didengar di sepanjang jarak jauh, kerap dengan sesetengah variasi dari segi nada mengikut panjang bunyi. Lolongan pada umumnya digunakan oleh haiwan yang terlibat dalam tingkah laku ini untuk mengisyaratkan kedudukannya sesama satu sama lain, untuk memanggil kawanan untuk berhimpun, atau untuk mencatatkan wilayahnya.[3] Tingkah laku ini kadang-kadang ditiru oleh manusia dan telah diperhatikan mempunyai tahap berbeza-beza bagi kepentingan dalam budaya manusia.[4][5]
Pada kanin
| |||||
| Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. | |||||
| |||||
| Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. | |||||
| |||||
| Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. | |||||
| |||||
| Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. | |||||
Lolongan jarak jauh daripada serigala[6] dan koyote[7][8][9] ialah salah satu cara yang dengannya kanin berkomunikasi. Panggilan perhubungan jarak jauh adalah lazim dalam Canidae, biasanya dalam bentuk sama ada salakan (diistilahi "deretan denyut") atau lolongan (diistilahi "aliran akustik panjang").[10][11]
Serigala melolong untuk menghimpunkan kawanan biasanya sebelum dan selepas perburuan, untuk menyampaikan kecemasan khususnya di tapak sarang, untuk menentukan lokasi satu sama lain semasa ribut, semasa menyeberangi wilayah yang tidak dikenali, dan untuk berkomunikasi merentasi jarak jauh.[12] Dalam keadaan tertentu, lolongan serigala dapat didengari merentasi kawasan seluas sehingga 130 km2 (50 bt2).[13][14] Fasa-fasa Bulan tidak mempunyai kesan terhadap penyuaraan serigala dan, walaupun terdapat kepercayaan popular, serigala tidak melolong ke Bulan.[15]
Lolongan serigala pada umumnya tidak dapat dibezakan daripada lolongan anjing besar.[16] Serigala jantan mengeluarkan suara melalui oktaf, melepasi bes dalam dengan tekanan pada "O", sementara betina menghasilkan bariton sengau termodulat dengan tekanan pada "U". Anak serigala hampir tidak langsung melolong, sementara serigala tahun satu menghasilkan lolongan yang berakhir dengan satu siri yelp mirip anjing.[17]
Lolongan terdiri daripada frekuensi asas yang mungkin terletak antara 150 dengan 780 Hz dan terdiri daripada sehingga 12 nada lampau berkaitan secara harmoni. Nada biasanya kekal malar atau berubah dengan lancar dan mungkin bertukar arah sebanyak empat atau lima kali.[18] Lolongan yang digunakan untuk memanggil rakan sekawanan ke arah bunuhan ialah bunyi panjang dan lancar yang serupa dengan permulaan teriakan burung hantu bertanduk besar. Apabila mengejar mangsa, ia memancarkan lolongan bernada lebih tinggi, yang bergetar pada dua not. Apabila mengepung mangsanya, ia memancarkan gabungan salakan singkat dan lolongan.[16] Apabila melolong bersama-sama, serigala berharmoni dan tidak pula berkorus pada not sama, lantas mewujudkan ilusi bahawa terdapat lebih banyak serigala daripada yang sebenarnya.[19] Serigala tunggal biasanya mengelak daripada melolong di kawasan yang mempunyai kawanan lain.[20] Serigala dari lokasi geografi berlainan mungkin melolong dalam gaya berlainan: lolongan daripada serigala Eropah adalah jauh lebih berlarutan dan merdu berbanding dengan yang daripada serigala Amerika Utara, yang lolongannya adalah lebih lantang dan mempunyai lebih penegasan pada suku kata pertama.[21]
Satu variasi lolongan diiringi oleh rengekan bernada tinggi, yang mendahului serangan merodok.[19] Penandaan bau adalah lebih berkesan dalam pemberitahuan tentang wilayah berbanding dengan lolongan dan kerap digunakan dalam gabungan dengan kesan calar.
Lolongan serigala dan lolongan koyote adalah serupa, lalu mendorong penjelajah Eropah awal di Benua Amerika untuk mengelirukan kedua-dua haiwan. Satu catatan dari tahun 1750 di Kaskaskia, Illinois, yang ditulis oleh seorang paderi tempatan, menyatakan bahawa "serigala" yang ditemukan di sana adalah lebih kecil dan kurang berani berbanding dengan serigala Eropah. Satu lagi keterangan dari awal tahun 1800-an di Kaunti Edwards menyebut serigala yang melolong pada waktu malam, walaupun ini berkemungkinan merupakan koyote.[22]
Pada koyote, "lolongan salakan" mungkin berfungsi sebagai penyuaraan ancaman jarak jauh dan panggilan kecemasan. Bunyi yang dikenali sebagai 'wau-u-wau' telah diperihalkan sebagai "lagu sapa". Lolongan yip kelompok dipancarkan apabila dua atau lebih anggota kawanan bersatu semula dan mungkin merupakan tindakan terakhir bagi upacara sapaan kompleks. Panggilan perhubungan termasuk lolongan bersendirian dan lolongan kelompok, serta lolongan yip kelompok yang tersebut. Lolongan bersendirian ialah bunyi paling ikonik bagi koyote dan mungkin memenuhi tujuan pengumuman kehadiran individu bersendirian yang terpisah daripada kawanannya. Lolongan kelompok digunakan sebagai lolongan yip ganti dan sebagai gerak balas kepada lolongan bersendirian, lolongan kelompok, atau lolongan yip kelompok.[23]
Komunikasi anjing termasuk jenis lolongan spesifik yang telah dikenal pasti pada anjing, termasuk:
- Lolongan yip – kesepian, memerlukan pendampingan.[24]
- Lolongan – menunjukkan kehadiran anjing pelolong atau menunjukkan bahawa ini ialah wilayahnya.[24]
- Lolongan salakan – 2–3 salakan yang diikuti oleh lolongan dukacita – anjing agak terasing, terkunci tanpa pendampingan, memanggil teman atau gerak balas daripada anjing lain.[25]
- Baying – dapat didengar semasa penjejakan untuk memanggil rakan sekawanan ke arah buruan.[26]
Repertoir suara bagi rubah, walaupun besar, termasuk kurang tingkah laku lolongan. Pada usia kira-kira satu bulan, anak rubah dapat memancarkan lolongan bernada tinggi sebagai panggilan ledakan yang diniatkan untuk mengancam penceroboh atau anak lain.[27][28]
Pada monyet pelolong

Selain kanin, monyet pelolong juga terkenal kerana tingkah laku yang dicirikan sebagai lolongan. Sebagaimana namanya, komunikasi suara membentuk bahagian penting dalam tingkah laku sosialnya. Setiap individu mempunyai tulang basihial atau tulang hioid diperbesar, yang membantunya membuat penyuaraan lantangnya. Jantan kawanan pada umumnya memanggil pada waktu subuh dan waktu senja, serta waktu berselang-seli sepanjang hari. Vokal utamanya terdiri daripada geraman lantang, mendalam, dan garau atau "lolongan". Monyet pelolong dianggap secara meluas sebagai haiwan darat terlantang. Menurut Guinness Book of World Records, penyuaraannya dapat didengari dengan jelas sejauh 3 bt (4.8 km).[29] Fungsi lolongan dianggap berkaitan dengan jarak antara kelompok dan perlindungan wilayah, serta mungkin juga dengan pengawalan pasangan.
Dalam kebudayaan manusia

Kisah manusia tentang tingkah laku serigala dilambangkan oleh gambaran lolongan dan ini telah disematkan ke dalam perwakilan cereka dan perwakilan mitos, seperti serigala jadian. Virgil, dalam karya puisinya Eclogae, menulis tentang seorang lelaki bernama Moeris, yang menggunakan herba dan racun yang dipetik di tanah airnya Pontus untuk mengubah dirinya menjadi serigala.[30] Pemeriksaan terhadap karya Virgil mencatatkan bahawa "lolongan serigala adalah amat penting; ini dikupas antara petanda buruk pada pembunuhan Julius Caesar dan kemunculan persengketaan awam yang diperbaharui".[31] Dalam prosa, Satyricon, yang dikarang pada sekitar tahun 60 M oleh Gaius Petronius Arbiter, salah seorang watak, Niceros, menceritakan kisah dalam sebuah jamuan tentang seorang sahabat yang bertukar menjadi serigala (bab 61–62). Dia menerangkan kejadian itu seperti yang berikut, "Apabila aku mencari kawanku, aku melihatnya telah menanggalkan dan menimbunkan pakaiannya di tepi jalan... Dia kencing di dalam bulatan mengelilingi pakaiannya dan kemudian, begitu sahaja, bertukar menjadi serigala!... selepas dia bertukar menjadi serigala, dia mula melolong dan kemudian berlari ke dalam hutan."[32] Gambaran sedemikian telah menjadi perkara pokok bagi gambaran moden bagi serigala jadian dan anjing raksasa lain, yang membawa kepada kedudukan pusatnya dalam media seperti francais media The Howling, filem Korea tahun 2012, Howling, dan filem British tahun 2015, Howl. Lolongan oleh manusia dari segi sejarah telah dikaitkan dengan keliaran dan kegilaan.
Lolongan daripada serigala telah diperihalkan sebagai "mungkin bunyi paling membangkitkan antara mana-mana makhluk liar", bergantian indah dan suram, dan akibatnya rakaman lolongan telah kadang-kadang disematkan ke dalam muzik.[33] Walaupun lolongan serigala ke Bulan ialah mitos, ini juga merupakan salah satu yang telah memasuki imejan manusia tentang serigala, seperti meme baju T Three Wolf Moon.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Faragó, Tamás; Townsend, Simon William; Range, Friederike (18 November 2013). "The Information Content of Wolf (and Dog) Social Communication" [Kandungan Maklumat Komunikasi Sosial Serigala (dan Anjing)]. Dalam Witzany, Günther (penyunting). Biocommunication of Animals [Biokomunikasi Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Dordrecht, Belanda: Springer Science+Business Media. m/s. 41–62. doi:10.1007/978-94-007-7414-8_4. ISBN 9789400774131. OCLC 869428750.
- ^ Colley, Bill (29 April 2022). "Hunting is Altering the Evolution of Yellowstone Wolves" [Perburuan Sedang Ubah Evolusi Serigala Yellowstone] (dalam bahasa Inggeris). KLIX. Dicapai pada 24 Oktober 2025.
- ^ Majlis Penyelidikan Kebangsaan (1996). "2: Animal Environment, Housing, and Management" [2: Persekitaran, Perumahan, dan Pengurusan Haiwan]. Guide for the Care and Use of Laboratory Animals [Panduan untuk Penjagaan dan Penggunaan Haiwan Makmal] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-7). Washington, D.C., Amerika Syarikat: National Academies Press. m/s. 21–55. doi:10.17226/5140. ISBN 9780309053778. OCLC 36352944.
- ^ "Why people in the US have started howling at night during the coronavirus pandemic" [Sebabnya orang di Amerika Syarikat telah mula lolong malam-malam semasa pandemik koronavirus] (dalam bahasa Inggeris). The Indian Express. 10 April 2020. Dicapai pada 24 Oktober 2025.
- ^ Levine, Allison (25 April 2020). "Why do we howl? An expert explains" [Mengapa kita lolong? Pakar jelaskan] (dalam bahasa Inggeris). KUSA. Dicapai pada 24 Oktober 2025.
- ^ Theberge, John B.; Falls, James Bruce (Mei 1967). "Howling as a Means of Communication in Timber Wolves" [Lolongan sebagai Cara Komunikasi pada Serigala Balak]. American Zoologist (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 7 (2): 331–338. doi:10.1093/icb/7.2.331. ISSN 1557-7023. JSTOR 3881437. S2CID 84716478.
- ^ Lehner, Philip Nelson (Ogos 1978). "Coyote vocalizations: A lexicon and comparisons with other canids" [Penyuaraan koyote: Leksikon dan perbandingan dengan kanid lain]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 26, Part 3: 712–722. Bibcode:1978AnBeh..26..712L. doi:10.1016/0003-3472(78)90138-0. ISSN 1095-8282. S2CID 53185718.
- ^ McCarley, Howard (18 November 1975). "Long-Distance Vocalizations of Coyotes (Canis latrans)" [Penyuaraan Jarak Jauh bagi Koyote (Canis latrans)]. Journal of Mammalogy (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 56 (4): 847–856. doi:10.2307/1379656. ISSN 1545-1542. JSTOR 1379656. S2CID 83621189.
- ^ Fergus, Charles (14 Januari 2007). "Probing Question: Why do coyotes howl?" [Pertanyaan Mendalam: Mengapa koyote melolong?] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Pennsylvania. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2021. Dicapai pada 24 Oktober 2025.
- ^ Robbins, Robert L. (1 Januari 2000). "VOCAL COMMUNICATION IN FREE-RANGING AFRICAN WILD DOGS (LYCAON PICTUS)" [KOMUNIKASI SUARA PADA ANJING LIAR AFRIKA (LYCAON PICTUS) BEBAS MERANTAU]. Behaviour (dalam bahasa Inggeris). Brill Publishers. 137 (10): 1271–1298. doi:10.1163/156853900501926. ISSN 1568-539X. JSTOR 4535774. S2CID 84288587.
- ^ Cohen, J. A.; Fox, Michael Wilson (Julai 1976). "Vocalizations in wild canids and possible effects of domestication" [Penyuaraan pada kanid liar dan kesan mungkin daripada pembelajinakan]. Behavioural Processes (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 1 (1): 77–92. Bibcode:1976BehPr...1...77C. doi:10.1016/0376-6357(76)90008-5. ISSN 1872-8308. PMID 24923546. S2CID 35037680.
- ^ Van Horn, Gavin (2008). HOWLING ABOUT THE LAND: RELIGION, SOCIAL SPACE, AND WOLF REINTRODUCTION IN THE SOUTHWESTERN UNITED STATES [MELOLONG TENTANG TANAH: AGAMA, RUANG SOSIAL, DAN PENGENALAN SEMULA SERIGALA DI AMERIKA SYARIKAT BARAT DAYA] (PDF) (PhD) (dalam bahasa Inggeris). Gainesville, Florida, Amerika Syarikat: Universiti Florida.
- ^ Paquet, Paul Charles Francis Xavier; Carbyn, Ludwig N. (19 November 2003). "23: Gray Wolf: Canis lupus and Allies" [23: Serigala Kelabu: Canis lupus dan Sekutu]. Dalam Feldhamer, George A.; Thompson, Bruce Carlyle; Chapman, Joseph A. (penyunting). Wild Mammals of North America: Biology, Management, and Conservation [Mamalia Liar di Amerika Utara: Biologi, Pengurusan, dan Pemuliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 482–510. ISBN 9780801874161. OCLC 51969059.
- ^ "Ojkanje - Wolf Singing" [Ojkanje - Nyanyian Serigala] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Oktober 2025.
- ^ Busch (2007), m/s. 59.
- ^ a b Seton, Ernest Thompson (1909). "XXXIII. Gray-wolf, Buffalo-wolf or Buffalo-runner." [XXXIII. Serigala kelabu, serigala Buffalo, atau pelari Buffalo.]. Life-histories of Northern Animals: An Account of the Mammals of Manitoba [Sejarah Hidupan Haiwan Utara: Keterangan Mamalia di Manitoba] (dalam bahasa Inggeris). 2. New York, New York, Amerika Syarikat: Scribner. m/s. 749–788. OCLC 850000.
- ^ Geptner, Vladimir Georgiyevich; Naumov, Nikolay Pavlovich (1988). Mammals of the Soviet Union [Mamalia di Kesatuan Soviet] (dalam bahasa Inggeris). Science Publishers. m/s. 164–270. ISBN 9781886106819. OCLC 17953816.
- ^ Mech, Lucyan David (2 Mei 1974). "Canis lupus" [Canis lupus]. Mammalian Species (dalam bahasa Inggeris). American Society of Mammalogists (37): 1–6. doi:10.2307/3503924. ISSN 1545-1410. JSTOR 3503924.
- ^ a b Lopez (2004), m/s. 38.
- ^ Mech & Boitani (2003), m/s. 16.
- ^ Zimen (1981), m/s. 73.
- ^ Hoffmeister, Donald Frederick (2002). Mammals of Illinois [Mamalia di Illinois] (dalam bahasa Inggeris). Urbana, Illinois, Amerika Syarikat: University of Illinois Press. m/s. 33–34. ISBN 9780252070839. OCLC 50649299.
- ^ Lehner, Philip Nelson (1 November 2001). "Coyote Communication" [Komunikasi Koyote]. Dalam Bekoff, Marc (penyunting). Coyotes: Biology, Behavior, and Management [Koyote: Biologi, Tingkah Laku, dan Pengurusan] (dalam bahasa Inggeris). Caldwell, New Jersey, Amerika Syarikat: Blackburn Press. m/s. 127–162. ISBN 9781930665422. OCLC 52626838.
- ^ a b Coren (2012), m/s. 86.
- ^ Coren (2012), m/s. 87.
- ^ Coren (2012), m/s. 88.
- ^ Lloyd, Huw Gwyn (1980). The Red Fox [Rubah Merah] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Batsford Books. m/s. 21. ISBN 9780713411904. OCLC 6634367.
- ^ Tembrock, Günter (Julai 1976). "Canid vocalizations" [Penyuaraan kanid]. Behavioural Processes (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 1 (1): 57–75. Bibcode:1976BehPr...1...57T. doi:10.1016/0376-6357(76)90007-3. ISSN 1872-8308. PMID 24923545. S2CID 205107627.
- ^ "Black howler monkey" [Monyet pelolong hitam] (dalam bahasa Inggeris). Taman Zoologi Kebangsaan. Dicapai pada 24 Oktober 2025.
- ^ Publius Vergilius Maro, "viii", Eclogae (dalam bahasa Latin), m/s. 98
- ^ Fratantuono, Lee Michael (2018). "The Wolf in Virgil" [Serigala dalam Karya Virgil]. Revue des Études Anciennes (dalam bahasa Inggeris). Universiti Bordeaux Montaigne. 120 (1): 101–119. doi:10.3406/rea.2018.6870. ISSN 2540-2544. S2CID 217116996.
- ^ Gaius Petronius Arbiter (1996). Kinney, Daniel; Branham, Robert Bracht (penyunting). Satyrica (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Kinney, Daniel; Branham, Robert Bracht. Berkeley, California, Amerika Syarikat: University of California Press. m/s. 56. ISBN 9780520205994. OCLC 33970987.
- ^ Marvin, Garry (15 Mac 2012). Wolf [Serigala] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Reaktion Books. m/s. 167. ISBN 9781861898791. OCLC 714726338.
Bibliografi
- Busch, Robert H. (1 Ogos 2007). The Wolf Almanac: Celebration of Wolves and Their World [Almanak Serigala: Sambutan Serigala dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. baharu dan semakan). Guilford, Connecticut, Amerika Syarikat: The Lyons Press. ISBN 9781599210698. OCLC 162522245.
- Coren, Stanley (11 Disember 2012). How to Speak Dog: Mastering the Art of Dog–Human Communication [Cara untuk Menuturkan Bahasa Anjing: Menguasai Seni Komunikasi Anjing–Manusia] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. ISBN 9781471109416. OCLC 1090990546.
- Lopez, Barry Holstun (18 Mei 2004). Of Wolves and Men [Tentang Serigala dan Manusia] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Scribner. ISBN 9780743249362. OCLC 54857556.
- Mech, Lucyan David; Boitani, Luigi, penyunting (23 November 2003). Wolves: Behavior, Ecology, and Conservation [Serigala: Tingkah Laku, Ekologi, dan Pemuliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. doi:10.7208/chicago/9780226516981.001.0001. ISBN 9780226516967. OCLC 51810720.
- Zimen, Erik (1981). The Wolf: His Place in the Natural World [Serigala: Tempatnya di Dunia Semula Jadi] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Souvenir Press. m/s. 217–218. ISBN 9780285624115. OCLC 7865685.









