6°20′27″N 99°52′06″E / 6.34081°N 99.86835°E
Maktab Rendah Sains MARA Langkawi مكتب رنده ساءين س مارا لڠكاوي | |
---|---|
![]() | |
Alamat | |
KM 4 Jalan Ayer Hangat Langkawi, 07000, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Langkawi |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Februari 1999 |
Status | Aktif |
Pengetua | Ustaz Lokman Annas Bin Othman |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Annies Yus Umaimah binti Yusof |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar/Perkhidmatan | En. Muhd Nor Khusyairy bin Muhammad Khariri |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Ustaz Mohd Rasdi bin Muda |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Be One to be Number One |
Nama alumni | ANSARA Langkawi |
Laman sesawang | langkawi |
![]() Pintu depan MRSM Langkawi | |
![]() | |
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022 |
Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (singkatan: MRSM Langkawi) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di pulau Langkawi, Kedah. MRSM Langkawi merupakan MRSM yang ke-25 ditubuhkan di Malaysia. Pembinaan MRSM ini telah dilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Mahathir Mohamad. Kedudukan MRSM Langkawi yang terletak di pinggir hilir bukit, memberikan susana yang aman, selesa, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini terletak di Jalan Ayer Hangat dan juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Kuah (bandar utama di Langkawi) meletakkan MRSM Langkawi di kedudukan yang strategik di Pulau Langkawi ini.
Sejarah
Penubuhan maktab
MRSM Bitara Langkawi merupakan antara MRSM yang terbesar dan termahal di Malaysia dengan kos pembinaannya sebanyak RM 60 juta. MRSM ini dirancang dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).
MRSM Langkawi telah mula beroperasi pada bulan Februari 1999. Sesi pertama bermula pada 14 Mac 1999 dengan 350 pelajar dalam Tingkatan 1 (154 orang) dan Tingkatan 4 (198 orang). Program Minggu Suai Kenal pelajar pertama ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mustapa bin Mohamed. Perasmian MRSM Langkawi pula disempurnakan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Oktober 2000 bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.
Pada tahun 2008, taraf BITARA yang dipegang oleh MRSM Langkawi telahpun ditarik semula. Namun, pada tahun 2010, taraf berkenaan telahpun diberikan semula. Untuk keputusan SPM 2009 yang mana calon merupakan pelajar bukan BITARA, MRSM Langkawi berjaya merangkul tempat ke-7 antara MRSM dan juga tempat ke-13 bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Batch
SPM (2000-2006), Dynasty Chi (SPM 2007), Infinite (SPM 2008), Uninety (SPM 2009), Tenacious (SPM 2010), Elevation (SPM 2011), Veace (SPM 2012), Salvation (SPM 2013), BCUBE (SPM 2014), CLASSIXTEEN (SPM 2015), Extreature Vintell (SPM 2016), Loistava (SPM 2017), X-VIVACIOUS (SPM 2018), Estrella (SPM 2019), Faxto (SPM 2020), Xanthrons (SPM 2021),
Al-Falah (SPM 2022)
Nama 'Al-Falah' membawa maksud kejayaan dalam bahasa Arab.
Ia juga merupakan perkataan yang disebut dalam laungan azan, menyeru umat Islam menuju kejayaan dunia dan akhirat—“حَيَّ عَلَىٰ ٱلْفَلَاحِ” (Marilah menuju kejayaan). Nama ini dipilih sebagai simbol harapan agar setiap ahli batch mencapai kejayaan menyeluruh, bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dari segi sahsiah dan rohani.
Batch Al-Falah telah mencipta sejarah apabila meraih Gred Purata Maktab (GPM) <1.656[1], sekaligus dinobatkan sebagai nombor 1 dalam ranking antara 55 MRSM seluruh Malaysia bagi keputusan SPM 2024.
Pencapaian ini menjadi simbol kejayaan menyeluruh yang mereka perjuangkan—selari dengan nama yang mereka junjung.

-Barisan BWP-
"Your vision, our future"

Memegang jawatan dari tahun 2021 hingga 2022
Jawatan | Nama pelajar | |
---|---|---|
Presiden | " | Adam Hakimi |
Timbalan Presiden | " | Ara Marisa |
Naib Presiden I | Presiden LDP | Azril Aizal |
Naib Presiden II | Presiden BADAR | Aiman Daniel |
Setiausaha | Presiden EMC | Damia Amani |
Bendahari | " | Efferul Mifzal |
Exco Putera | Presiden LPA | Zafri Haziq |
Exco Puteri | Timbalan Presiden LPA | Hamraa' As-Sakinah |
Exco Akademik | " | Iman Deeba |
Exco Kebajikan | Presiden Peers | Falisya Adeeba |
Exco Makanan & Kesihatan | " | Aida Nabilah |
Exco Mascom | Presiden REDAX | Kharil Adeeb |
Exco Koperat | " | Yasmin Rania |
Exco Tugas-tugas Khas | Presiden RCA | Raja Syahmir |
Exco Sukan & Rekreasi | " | 'Ulyaa |
Exco Seni & Budaya | " | Najiha Humairah |
Exco Keusahawanan | Presiden ALK | Haziq Aimar |
Exco Menengah Rendah (L) | " | Haikal Hakimi |
Exco Menengah Rendah (P) | " | Kyra Nuha Chiang |
Instagram: @falahpeeps
Invictus (SPM 2023)
Nama 'INVICTUS' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'tidak dapat dikalahkan'.

Sebagai generasi INVICTUS, mereka membawa jiwa yang kental dan semangat yang tidak mudah goyah. Nama ini melambangkan kekuatan mental, keteguhan hati dan keazaman untuk bangkit walau berdepan pelbagai rintangan. Mereka percaya bahawa kegagalan bukan titik noktah, tetapi langkah pertama menuju kejayaan. INVICTUS bukan sekadar nama – ia adalah simbol keberanian, ketabahan, dan keyakinan bahawa mereka akan terus berdiri teguh, walau apa jua cabaran mendatang. Bersama sebagai satu, mereka melangkah ke hadapan — tidak terkalahkan.
Mereka mampu mencapai Gred Purata Maktab (GPM) 2.120[1] dalam keputusan SPM 2023, dan meletakan MRSM Langkawi di tangga ke-11 daripada 55 MRSM se-Malaysia.
-Barisan BWP-
"Together we pave the way"

Memegang jawatan dari tahun 2022 hingga 2023
Jawatan | Nama pelajar | |
---|---|---|
Presiden | " | Haikal Najmi |
Timbalan Presiden | " | Batrisyia Yasmin |
Naib Presiden I | Presiden LDP | Muhammad Imran |
Naib Presiden II | Presiden BADAR | Tengku Muhammad Harith |
Setiausaha | Presiden EMC | Wan Rania Azillah |
Bendahari | " | Wafiy Amsyar |
Exco Putera | Presiden LPA | Muhammad Adib Shah |
Exco Puteri | Timbalan Presiden LPA | Syafiqah Izzati |
Exco Akademik | " | Ruhil Syuhada |
Exco Kebajikan | Presiden Peers | Dalily Nabihah |
Exco Makanan & Kesihatan | " | Sukainah Ooi |
Exco Mascom | Presiden REDAX | Wan Muhammad Danish |
Exco Tugas-tugas Khas | Presiden RCA | Danysh Hakiem |
Exco Sukan & Rekreasi | " | Sofea Lana |
Exco Seni & Budaya | " | Natasha Sophea |
Exco Keusahawanan | Presiden ALK | Awal Rahimi |
Exco Menengah Rendah (L) | " | Danial Aqil |
Exco Menengah Rendah (P) | " | Aimi Amelda |
Instagram: @invictus.https
GENOFEX (SPM 2024)
Nama 'GENOFEX' merupakan singkatan kepada 'Generation of Excellence'.

Sebagai Generation of Excellence, mereka bukan sahaja ingin berjaya dalam peperiksaan, tetapi juga berazam untuk menjadi individu yang berintegriti tinggi dan mampu memberi impak positif kepada masyarakat. Nama ini menjadi lambang kebanggaan, penyatu semangat, dan dorongan untuk terus mara ke hadapan walau apa jua cabaran yang dihadapi.

Kumpulan pelajar cemerlang ini telah mencatat kejayaan membanggakan dengan memperoleh Gred Purata Maktab (GPM) 1.556[1] dalam keputusan SPM 2024. Dengan pencapaian ini, mereka berjaya meletakkan diri di tangga ke-13 daripada 55 MRSM se-Malaysia.
-Barisan BWP-
"The catalyst for change"

Memegang jawatan dari tahun 2023 hingga 2024
Jawatan | Nama pelajar | |
---|---|---|
Presiden | " | Armin Danish |
Timbalan Presiden I | " | Haikal Hakimi |
Timbalan Presiden II | " | Kyra Nuha Chiang |
Naib Presiden I | Presiden LDP | Aliff Sofi |
Naib Presiden II | Presiden BADAR | Harris Daniel |
Setiausaha | Presiden EMC | Ruhil Syuhada |
Bendahari | " | Awal Rahimi |
Exco Putera | Presiden LPA | Hazman Zakaria |
Exco Puteri | Timbalan Presiden LPA | Khaireen Kamilia |
Exco Akademik | " | Nur Intessar Izzati |
Exco Kebajikan | Presiden Peers | Diya Aretha |
Exco Makanan & Kesihatan | " | A'isha Norlynn |
Exco Mascom | Presiden REDAX | Has Rauhah Zahira |
Exco Koperat | " | Qafley Badrulhisham |
Exco Tugas-tugas Khas | Presiden RCA | Adam Imran |
Exco Sukan & Rekreasi | " | Tan Yu Xuan |
Exco Seni & Budaya | " | Aina Zulaikha |
Exco Keusahawanan | Presiden ALK | Delisha Aisy |
Exco Menengah Rendah | " | Ahmad Syafiq |
Instagram: @genofex_lgk
Zenith (SPM 2025)
-Barisan BWP-
"Turning visions into reality
Memegang jawatan dari tahun 2024 hingga 2025
Jawatan | Nama pelajar | |
---|---|---|
Presiden | " | Aqil Arif |
Timbalan Presiden | " | Deliha Aisy |
Naib Presiden I | Presiden LDP | Ameer Rizalman |
Naib Presiden II | " | Aniq Irfan |
Naib Presiden III | Presiden BADAR | Arif Irsyad |
Setiausaha | " | Aimi Amelda |
Bendahari | " | Arisya Hasreena |
Exco Putera | Presiden LPA | Tuah Izznur |
Exco Puteri | Timbalan Presiden LPA | Hilda Nur Zaira |
Exco Akademik | Presiden RCA | Fahim Muhriz |
Exco Kebajikan | Presiden Peers | Alya Rizal |
Exco Makanan & Kesihatan | " | Qaseeh Qarllisa |
Exco Mascom | Presiden REDAX | Danial Aqil |
Exco Koperat | Presiden EMC | Aara Alvina |
Exco Sukan & Rekreasi | " | Irene Zafyra |
Exco Seni & Budaya | " | Hannah Zahra |
Exco Keusahawanan | Presiden ALK | Abidin Azman |
Exco Menengah Rendah | " | Adam Darwish |
Instagram: @zenith_lgk
Karisma (SPM 2026)
Batch ini ditubuhkan pada tarikh 11 April 2022 untuk pelajar tingkatan 1, sesi yang pertama. Nama yang unik ini diasaskan oleh Encik Amar bin Ahmad, iaitu bekas ketua guru asrama, dan guru mata pelajaran Sejarah
Senarai Ketua Batch
Nama | Sesi | ||
---|---|---|---|
Ahmad Syafiq | 22/23 | ||
Mohammad Ammar | 23/24 | ||
Izz Hazim | 24/25 |
Sejarah
22/23 Tingkatan 1
25/26 Tingkatan 4
DInamik (SPM 2027)
Synergy (SPM 2028)
N.O.V.A (SPM 2029)
Minggu Aktiviti
Minggu aktiviti merupakan minggu istimewa di mana para pelajar tidak mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas, sebaliknya terlibat dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan di luar blok akademik. Ia diadakan dua kali setahun dengan tujuan utama untuk membantu pelajar melepaskan stres setelah peperiksaan mereka.

Senarai di bawah adalah aktiviti yang hampir selalu ditetapkan di dalam jadual minggu aktiviti.
Homeroom Picnic
Homeroom picnic dijalankan antara homeroom, di mana setiap homeroom perlu menyediakan booth makanan yang paling menarik berdasarkan tema dan jenis hidangan yang ditetapkan, yang berbeza mengikut tingkatan. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mengasah kreativiti mereka dalam aspek hiasan, persembahan serta kemahiran memasak. Pengalaman ini bukan sahaja menyeronokkan, malah bermanfaat untuk pembangunan sahsiah diri mereka.

KEJORA
KEJORA, singkatan kepada Kejohanan Olahraga, merupakan salah satu acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh warga sekolah. Ia menghimpunkan semua pelajar mengikut rumah sukan masing-masing dalam semangat persaingan sihat dan kekitaan. Sepanjang kejohanan ini, pelajar berpeluang untuk menyerlahkan bakat dalam pelbagai acara sukan seperti larian (4x100m relay, 4x400m relay,1500m, dll.) lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, dan rejam lembing.

Tetapi kejora bukan hanya memandang kepada aspek larian dan bersukan, tetapi juga terdapat kategori-kategori yang lain untuk memberi rumah sukan lain peluang untuk menang. Salah satunya ialah perhiasan kemah, di mana semua pelajar diberi kebebasan untuk menghias kemah rumah sukan mengikut kreativiti dan tema masing-masing. Hasilnya dapat memberi suasana yang meriah dan warna-warni, di setiap kemah. Selain itu, juga terdapat kategori pembarisan, di mana ia menilai pasukan pembarisan setiap rumah sukan dari aspek pergerakan, kekemasan dan sebagainya.
Sport's night

Sport’s Night merupakan aktiviti istimewa yang membezakan maktab ini daripada maktab-maktab lain. Ia diadakan pada waktu malam dan menonjolkan semangat kesukanan serta kekitaan dalam kalangan ahli rumah sukan. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah gimik persembahan, cheers dan pelbagai persembahan lain, semuanya berlangsung meriah di Dewan Besar.
Menariknya, Sport’s Night diadakan mengikut tema tahunan. Sebagai contoh, ketika bertemakan Marvel (Sport's Night '25), rumah sukan Venus tampil hebat sebagai Captain America, lengkap dengan kostum, persembahan dan sorakan yang menggambarkan semangat kepahlawanan dan keberanian. Persembahan dari semua rumah sukan, termasuklah Jupiter, Mars dan Uranus, bukan sahaja memukau, malah menyerlahkan kreativiti serta komitmen tinggi setiap ahlinya.
Jawatankuasa
Di MRSM Langkawi, terdapat sembilan jawatan yang berlainan untuk sesiapa yang ingin menyandang. Kesemua jawatan ini boleh disandang oleh semua pelajar MRSM Langkawi mulai pertengahan tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Jawatan yang tertinggi ialah Badan Wakil Pelajar (BWP) dan lapan jawatan berbeza di bawah yang mengikutinya.
Badan Wakil Pelajar (BWP)
Jawatan dalam BWP dianggap sebagai kedudukan pelajar yang paling tinggi dalam hierarki kepimpinan pelajar di MRSM Langkawi.

Barisan ini merupakan satu organisasi pelajar yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan pengurusan aktiviti. Pelajar yang terpilih untuk menganggotai BWP adalah terdiri daripada individu yang menunjukkan kepimpinan yang tinggi dalam kalangan pelajar. BWP bertanggungjawab menganjur, menyelaras, dan mengendalikan pelbagai program utama maktab sepanjang tahun. Antara program yang dikendalikan termasuklah KEJORA, Minggu Aktiviti, program-program kecemerlangan akademik, serta pelbagai acara kokurikulum yang melibatkan pelajar dan warga MRSM Langkawi secara menyeluruh.
Selain daripada itu, BWP juga berfungsi sebagai perantara antara pihak pentadbiran maktab dan para pelajar. Mereka menjadi suara pelajar dalam menyampaikan cadangan, pandangan, serta sebarang isu yang perlu diketengahkan kepada pihak pengurusan. Keanggotaan dalam BWP bukan sahaja mencerminkan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh warga maktab, tetapi juga merupakan satu amanah besar yang memerlukan komitmen, ketekunan, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Sebelum menjadi seorang BWP, pelajar tersebut perlu menerangkan idea-idea yang menyelesaikan masalah maktab atau meningkatkan keseronokan berada dalam maktab. Ini dipanggil sebagai menifesto di mana ia perlu dibentang terhadap semua pelajar. Menjadi BWP perlukan sokongan dan kerjasama dari guru dan pelajar.
Kerja BWP tidak akan lengkap tanpa pertolong guru-guru yang mereka tersayang, termasuklah cikgu Farah (penuh; Farhana Sb Mudi) yang selalu memberi kata-kata, sokongan, dan pertolongan kepada semua BWP yang mereka tidak akan lupakan, dan sentiasa menjadi kenangan terindah.
Instagram: @src.langkawi
Lembaga Disiplin Pelajar (LDP)
Jawatan ini bertanggungjawab dalam memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan maktab. Tugas utama mereka termasuk memantau etika pemakaian pelajar, menyusun jadual pergerakan harian, serta mengawal masa keluar dan masuk ke asrama. LDP berperanan penting dalam menegakkan disiplin dan menjadi contoh kepada pelajar lain dari segi kepatuhan dan tanggungjawab.
Instagram: @ldplangkawi
Lembaga Pengurusan Asrama (LPA)
Jawatan ini pula berperanan membantu dalam mengurus hal ehwal harian di kedua-dua, Aspura (asrama putera) dan Aspuri (asrama puteri. Antara tugas utama mereka ialah mengejutkan pelajar bangun pagi, menyelaras aktiviti gotong-royong pada pagi Jumaat, serta mengawal pergerakan keluar masuk pelajar dari asrama, atau dikenali sebagai 'clear blok', bagi memastikan kebersihan dan keselesaan bukan sahaja di dalam bilik, tetapi juga di sekitar asrama sentiasa terjaga.

Badan Dakwah dah Rohani (BADAR)
Jawatan ini penting dalam hal ehwal kerohanian dan keagamaan. Merekalah yang menggerakkan program di surau Raudhatul Muttaqin, terutamanya di antara Maghrib dan Ishak seperti tazkirah spontan, ceramah, membaca quran, dan Tamhidi Ulul Albab. Selain itu, meraka juga tetap menjaga kebersihan surau, dengan menyusun quran di atas rak dan sebagainya. BADAR juga menjaga solat pelajar-pelaar lain dengan sentiasa mengingatkan dan mengajak mereka ke surau. Surau menjadi tempat yang labih aman dan harmoni dengan kerja yang BADAR lakukan.
Instagram: @badar.mrsmlgk
Pemimpin Rakan Sebaya (PEERS / PRS)

PEERS ialah kumpulan pelajar yang dilatih untuk menjadi rakan pembimbing dan pendengar dalam kalangan pelajar. Mereka berperanan membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah emosi, dengan memberikan sokongan dan motivasi. PEERS juga menganjurkan aktiviti oriantasi tingkatan 1 untuk mengajar dan mendidik mereka cara hidup di sekolah bersrama MRSM Langkawi. Mereka juga melibatkan diri dalam minggu aktiviti di mana PEERS mengadakan 'Nostalgia Night' di dewan besar dan manayangkan filem yang sesuai setelah minggu peperiksaan.
Instagram: @peerslgk
English Motivational Committee (EMC)
EMC di dalam MRSM Langkawi bertujuan untuk menaikkan semangat dan pengunaan bahasa Inggeris di dalam maktab tidak dikira tempat atau masa. Hal ini kerana semua warga MRSM Langkawi perlu mangambil peperiksaan IGCSE pada tingkatan 4 yang menggunakan dan mementingkan bahasa Inggeris dalam semua kertas termasuklah fizik (physics), kimia (chemistry), dan biologi (biology). Persediaan awal dalam bahasa Inggeris amatlah penting kerana kecekapan bahasa tidak akan datang dalam satu malam.
Instagram: @emclangkawi
Resource Centre Assistant (RCA)
Pelajar yang memegang jawatan ini bertanggungjawab membantu dalam pengurusan Pusat Sumber Pembelajaran (PSP). Tugas mereka merangkumi penyusunan bahan bacaan, memastikan kebersihan dan kekemasan kawasan PSP, serta memantau dan menegur tingkah laku pelajar lain agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa berada di dalam PSP. Mereka juga aktif dalam media sosial Instagram, memberi cadangaan bahan bacaan, seperti novel.
Instagram: @rcamrsmlgk

Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Ahli Lembaga Koperasi memainkan peranan penting dalam pengurusan koperasi maktab. Merekalah yang mengendalikan urusan jual beli harian. Selain itu, mereka turut membantu guru dalam membuka dan menguruskan koperasi, terutamanya pada waktu malam, bagi memastikan kelancaran operasi serta memenuhi keperluan pelajar.
Instagram: @alklangkawi
Sidang Ridaksi (REDAX)
Kerja REDAX penting bagi merekodkan dan menyimpan semua aktiviti yang dilakukan di maktab melalui media gambar dan video. Gambar yang mereka tangkap akan diletakkan dan dicetakkan di dalam majalah sekolah, Minda Bitara untuk disimpan sebagai kenangan untuk semua pelajar. Selalunya, Montage akan dihasilkan setelah selesai dengan apa-apa program maktab seperti sport's night dengan video-video yang ada. Bukan itu sahaja, mereka juga berperanan sebagai pakar komputer di backstage bagi menjaga slide dan audio, selalunya di dewan besar.
Instagram: @redaxlgk
Kemudahan
Akademik dan pentadbiran


Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah
- Dewan Kuliah dengan kapasiti melebihi 150 pelajar
- PSP (Pusat Sumber Pembelajaran)
- Bilik Kaunseling
- Bilik Anggerik
- Dewan Al-Biruni (Dewan Besar)
- Pejabat
- Sick-bay
- Dewan Hijau/Dataran Hijau
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Redax (Sidang Ridaksi)
- Bilik Musik
- Bilik Gamelan
- Bilik BWP (Badan Wakil Pelajar)
- Bilik Lembaga Disiplin Pelajar
- Blok akademik (terdiri daripada blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, makmal sains, makmal matematik dan makmal bahasa)
Penginapan pelajar dan guru

Bagi menampung penginapan pelajar-pelajar sepanjang sesi persekolahan, terdapat kemudahan yang disediakan.
- Tiga buah banglo untuk kediaman Senat
- Kediaman guru (Intan, Berlian, Kristal, Nilam, Zamrud, Delima, Mutiara)
- Lima blok asrama (Tanjung Cincin, Tanjung Rhu, Tanjung Malai, Tanjung Lembung, Tanjung Tempuling)
- Dewan selera (Dewan Makan)
- Surau Raudhatul Muttaqin (terbahagi kepada dua tingkat dan penghawa dingin)
- Koperasi (terbahagi kepada empat seksyen ; Pejabat pentadbiran, runcit, dobi dan bahagian aktiviti pelajar)
- Kafeteria
Sukan dan rekreasi
Bagi menampung aktiviti berkaitan program pembangunan bakat[2], kokurikulum dan jasmani, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar dan staf menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
- Gelanggang Tennis
- Gelanggang Bola Keranjang
- Padang A
- Padang Bola Sepak
- Padang Ragbi
- Padang B
- Padang Hoki
- Gelanggang Bola Jaring
- Gimnasium
- Padang Petanque
- Gelanggang Bola Tampar
Outing
Terdapat beberpa lokasi 'outing' untuk membeli kegunaan peribadi pelajar seperti sabun, buku, alat tulis, dan periuk nasi. Anataranya ialah Langkawi Fair, dan Langkawi Parade, semuanya hanya di dalam pekan Kuah. Outing di MRSM ini mengikuti sistem giliran di mana lelaki dan perempuan hanya dibenarkan outing setiap dua minggu.
Pelajar-pelajar di maktab ini mengguna transportasi sama ada van, teksi, ataupun Grab.
Tempoh masa outing: 2:00 sehingga 6:00 petang, pada hari Sabtu, dan jika di terdapat kelas tambahan pada hari tersebut, outing akan digantikan pada hari Jumaat.

Kejayaan
Akademik
MRSM Langkawi telah berjaya mencatat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 yang cemerlang. MRSM Langkawi telah menempah nama sebagai yang terbaik seluruh Malaysia dengan GPS 1.446 dengan sebanyak 156 pelajar mendapat keputusan semua A dan 59 pelajar mendapat semua 1A. Manakala kejayaan diteruskan pada tahun 2008 yang mana, MRSM Langkawi, sekali lagi mendapat tempat pertama dalam Malaysia dengan keputusan GPS dengan keputusan 1.4041. MRSM Langkawi mencatatkan Gred Purata Maktab (GPM) sebanyak 1.7077 bagi peperiksaan SPM tahun 2009, merupakan salah satu daripada sembilan buah MRSM yang mencatatkan GPM di bawah 1.75[3].
Pada tahun 2022, MRSM Langkawi merupakan salah satu daripada empat buah MRSM yang merekodkan GPM di bawah 2.00 bagi keputusan peperiksaan SPM tahun 2021[4]. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2021 ini merupakan kohort pertama yang menggunakan sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), dan juga kohort pertama yang terkesan dengan pandemik COVID-19[4][5], di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dari rumah.
Menjelang tahun 2023, MRSM Langkawi berjaya mendapat tempat kedua di antara MRSM Se-Malaysia dengan GPM 1.657 bagi peperiksaan SPM tahun 2022[6].Namun, setelah calon SPM 2022 membuat penyemakan semula, MRSM Langkawi melakar sejarah semula dengan mendapat tempat pertama MRSM Se-Malaysia dengan GPM 1.643 serta melahirkan pelajar 9A+ seramai 4 orang.
Lagu Maktab
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
- ^ a b c Juhari, Hannani (2025-04-25). "Senarai Ranking MRSM Terbaik 2025 (Keputusan SPM 2024)". eCentral.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-02.
- ^ "MAKTAB RENDAH SAINS MARA". MARA. Dicapai pada 24 November 2022.
- ^ "SPM 2009: MRSM TETAP UNGGUL". eWarta MARA. 10 Mac 2010. Dicapai pada 21 November 2022.
- ^ a b "SPM: 4 MRSM rekod prestasi cemerlang". Malaysia Gazette. 17 Jun 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
- ^ "Pencapaian pelajar MRSM dalam SPM memberangsangkan: Mahdzir". Sinar Harian. 16 Jun 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
- ^ "Senarai MRSM Terbaik Result SPM 2022 (Ranking)". Permohonan.my. Dicapai pada 2023-11-07.