"Oh my pumpkin!" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh AKB48 | ||||
Sisi B | "Ishi no Taiboku Idol da yo, Jinsei wa... Smartphone, Miteru Baai Janai" | |||
Dilancarkan | 13 Ogos 2025 | |||
Format | Single | |||
Genre | J-pop | |||
Syarikat | EMI Records | |||
Penggubah | ShinQ, Kenta Kurashima | |||
Penulis seni kata | Yasushi Akimoto | |||
Penerbit | Yasushi Akimoto | |||
Kronologi single AKB48 | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Oh my pumpkin!" (オーマイパンプキン!) ialah single utama ke-66 oleh kumpulan gadis idola Jepun, AKB48, diterbitkan di bawah syarikat rakaman EMI Music yang bernaung di bawah Universal Music Japan. Lirik ditulis oleh Yasushi Akimoto, manakala muzik digubah oleh ShinQ dan Kenta Kurashima. Lagu ini dikeluarkan pada 13 Ogos 2025 dan merupakan rilis kedua sempena ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut. Yui Oguri memegang posisi tengah (center) untuk lagu ini[1].
Latar belakang
Single terbaharu AKB48 berjudul "Oh my pumpkin!" dilancarkan kira-kira empat bulan selepas penerbitan single terdahulu, "Masaka no Confession". Rilisan ini hadir dalam tiga bentuk, iaitu Edisi Terhad, Edisi Biasa, dan Edisi Kedai Rasmi.
Frasa “my pumpkin” dalam judul lagu membawa maksud “insan yang saya kasihi” [2].
Pengumuman mengenai barisan 22 orang anggota terpilih di sisi-A (senbatsu) serta penentuan Yui Oguri sebagai pusat (center) lagu ini dibuat pada 31 Mei 2025, semasa acara jabat tangan memperingati pelancaran Masaka no Confession yang diadakan di Makuhari Messe (en), Tokyo. Sebagai single peringatan ulang tahun ke-20 AKB48, lagu ini turut menampilkan penyertaan empat orang bekas anggota (OG) dan tujuh orang wakil daripada kumpulan adik luar negara[1]. Penyertaan bekas anggota dalam lagu utama merupakan yang pertama sejak single ulang tahun ke-10, Kimi wa Melody, iaitu selepas sembilan tahun lima bulan. Manakala penglibatan anggota dari kumpulan adik luar Jepun terlibat dalam sisi-A (senbatsu) pula merupakan yang pertama dalam sejarah AKB48.
Yui Oguri kembali memegang peranan sebagai pusat selepas hampir dua tahun, menjadikan ini kali ketiga beliau menerima penghormatan tersebut sejak single Idol Nanka Janakattara. Jumlah anggota senbatsu yang melebihi 16 orang merupakan yang pertama dalam tujuh rilisan terakhir, dengan kali terakhir melibatkan 22 orang anggota dalam single Jiwaru Days.
Daripada kalangan anggota aktif AKB48, Sae Arai terpilih buat pertama kali sebagai senbatsu. Wakil kumpulan adik luar negara yang pertama kali menyertai ialah Shania Gracia (JKT48), Patalee Prasertteerachai (BNK48), Christine Joyce Dela Cruz (MNL48), Gui ChuChu (AKB48 Team SH), Lin Yu-hsin (AKB48 Team TP), Pimlapas Suwannoi (CGM48) dan Foo Yi Shyan (KLP48). Sementara itu, enam orang anggota yang sebelum ini tersenarai dalam Masaka no Confession iaitu Maho Omori, Hiyuka Sakagawa, Yuki Hirata, Miyu Mizushima dan Sora Yamazaki juga Yuiri Murayama (yang telah graduasi pada Jun 2025) tidak lagi tersenarai dalam rilisan kali ini.
Selain itu, satu edisi khas digital turut diterbitkan di bawah judul "Oh my pumpkin! (AKB48 Members Ver.)". Dalam edisi ini, sebelas orang anggota aktif AKB48 menggantikan posisi yang asalnya diisi oleh bekas anggota serta wakil kumpulan adik luar negara.
Sebagai sebahagian daripada projek global, setiap kumpulan adik luar negara turut melancarkan versi lagu ini dalam bahasa masing-masing[3][4].
Lagu Oh my pumpkin! buat julung kalinya dipersembahkan secara langsung pada 19 Julai 2025 melalui rancangan televisyen terbitan rangkaian TBS berjudul ONGAKUNOHI 2025 (ja)[5].
Runut lagu
Edisi Terhad
CD | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "Oh my pumpkin!" | Yasushi Akimoto | ShinQ, Kenta Kurashima | ShinQ | 5:02 | |||||
2. | "Ishi no Taiboku (意思の大木)" (Under Girls) | Yasushi Akimoto | Hidemi Yanagisawa | Hidemi Yanagisawa | 4:20 | |||||
3. | "Idol da yo, Jinsei wa... (アイドルだよ、人生は…)" | Yasushi Akimoto | TAKAROT, Shoma Yamamoto, Funk Uchino | TAKAROT, Shoma Yamamoto | 3:56 | |||||
4. | "Oh my pumpkin!(Instrumental)" | ShinQ, Kenta Kurashima | ShinQ | 5:02 | ||||||
5. | "Ishi no Taiboku (Instrumental) (意思の大木(Instrumental))" | Hidemi Yanagisawa | Hidemi Yanagisawa | 4:20 | ||||||
6. | "Idol da yo, Jinsei wa... (Instrumental) (アイドルだよ、人生は…(Instrumental))" | TAKAROT, Shoma Yamamoto, Funk Uchino | TAKAROT, Shoma Yamamoto | 3:56 | ||||||
Jumlah masa: 26:36 |
Blu-ray AKB48 20th Year Spring Concert 2025 (AKB48 20th Year 春コンサート2025) | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Skipping stone" | |||||||||
2. | "Harewataru (晴れ渡る)" | |||||||||
3. | "Time Machine Fuyōrun (タイムマシン不要論)" | |||||||||
4. | "Masaka no Confession (まさかのConfession)" | |||||||||
5. | "Sakura no Hanabiratachi 2025 (桜の花びらたち2025)" | |||||||||
6. | "Yuiri (ゆいりー)" | |||||||||
7. | "Shōjo Tachi you (少女たちよ)" | |||||||||
Anggota terlibat
Oh my pumpkin!
- Anggota tetap: Yuna Akiyama, Sae Arai, Yui Oguri, Narumi Kuranoo, Airi Sato, Erii Chiba, Mion Mukaichi, Azuki Yagi, Mizuki Yamauchi
- Anggota pelatih (Kenkyuusei): Momoka Ito, Mei Hanada
- Anggota luar negara: Shania Gracia (JKT48), Patalee Prasertteerachai (BNK48), Christine Joyce Dela Cruz (MNL48), Gui ChuChu (AKB48 Team SH), Lin Yu-hsin (AKB48 Team TP), Pimlapas Suwannoi (CGM48), Foo Yi Shyan (KLP48)
- Bekas anggota (OG): Haruna Kojima, Rino Sashihara, Minami Takahashi, Atsuko Maeda
Rujukan
- ^ a b "AKB48、20周年記念シングル発売決定 前田敦子らレジェンドOG参加、初の海外姉妹グループメンバーも初参戦 (AKB48 umum keluaran single ulang tahun ke-20, menampilkan Atsuko Maeda dan legenda OG lain, serta penyertaan pertama ahli kumpulan saudara di luar negara.)". ENCOUNT (dalam bahasa Jepun). Creative2. 2025-05-31. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ "前田敦子ら参加のAKB48最新シングルタイトル「Oh my pumpkin!」収録内容解禁 (Kandungan single terbaharu AKB48 bertajuk "Oh my pumpkin!" yang menampilkan Atsuko Maeda dan lain-lain didedahkan.)". nikkansports.com (dalam bahasa Jepun). 日刊スポーツNEWS. 2025-07-11. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ "BNK48&CGM48、新曲「Oh my pumpkin!」タイ語2バージョン同時配信〜AKB48 66th記念シングル (BNK48 & CGM48, lagu baharu "Oh my pumpkin!" dilancarkan serentak dalam 2 versi bahasa Thai – Single ke-66 peringatan AKB48.)". Thailand Hyperlinks (dalam bahasa Jepun). Thailand Hyperlinks. 2025-08-13. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ "AKB48 GROUP Launches "Oh My Pumpkin!" in 7 Language Versions Worldwide". overseasidol (dalam bahasa Inggeris). Overseas idol. 2025-08-13. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ "「音楽の日2025」タイムテーブル発表!Snow Man、XG、ミセス、超特急ら出演者の登場時間・歌唱曲は". Natalie. Natasha. 2025-07-18. Dicapai pada 2025-08-16.
Pautan luar
- Universal Music Japan