Kumpulan AKB48 | |
---|---|
Maklumat latar belakang | |
Asal | Asia Timur Jepun (6, bekas: 1) Republik Rakyat China (1, bekas: 1) Republik China (1) Asia Selatan India (bekas: 1) Asia Tenggara Indonesia (1) Thailand (2) Filipina (1) Vietnam (bekas: 1) Malaysia (1) |
Genre | |
Tahun aktif | 2008–kini |
Anggota semasa | Kumpulan aktif |
Bekas anggota | Bekas kumpulan |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kumpulan AKB48 atau AKB48 Group (Jepun: AKB48グループ, Hepburn: AKB48 gurūpu), juga sebagai Kumpulan Saudara AKB48 (AKB48 Sister Group) dipendekkan sebagai Saudara 48, 48 Group atau 48G, merujuk kepada kumpulan saudara rasmi bagi kumpulan idola remaja wanita Jepun iaitu AKB48.
Latar belakang
AKB48 berkonsepkan “idola yang boleh ditemui”, di mana konsep ini turut dikekalkan dalam penubuhan kumpulan-kumpulan saudara (sister group)[1]. Setiap kumpulan mempunyai teater tetap (atau kongsi) untuk mengadakan persembahan teater secara berkala, selain turut menganjurkan acara promosi seperti sesi bersalaman (handshake event) dan sesi bergambar bersama peminat. Dengan penubuhan kumpulan di pelbagai kawasan dalam dan luar Jepun, AKB48 juga membawa ciri idola tempatan supaya peminat di luar Tokyo turut dapat merasai konsep “idola yang boleh ditemui”.
Sejak 2011, perkembangan kumpulan ini tidak hanya di Jepun, tetapi turut meluas ke rantau Asia, terutamanya Asia Tenggara dan Asia Timur.
Ciri utama AKB48 Group ialah bilangan ahli yang ramai. Sehingga 17 Ogos 2025, jumlah keseluruhan ahli mencecah 501 orang, terdiri daripada 255 orang di Jepun dan 246 orang di luar negara.
Dari segi nama, istilah “AKB48 Group” mula digunakan sekitar tahun 2011. Pertama kali ia digunakan sebagai tajuk konsert pada siri "Minogashita Kimitachi e " (24 Mei – 12 Jun 2011)[2][3]. Penggunaan nama ini meningkat pesat sekitar 2013. Walau bagaimanapun, istilah “AKB48” dan “AKB48 Group” tidak sentiasa dibezakan dengan ketat, kerana ada kalanya aktiviti di bawah nama AKB48 turut melibatkan ahli kumpulan adik, sekali gus menjadikannya sebahagian daripada aktiviti Kumpulan AKB48.
Secara ringkas, AKB48 dalam erti sempit merujuk kepada kumpulan asal sahaja, manakala dalam erti luas ia merangkumi semua kumpulan saudara di bawah Kumpulan AKB48.
Kumpulan aktif
Peta lokasi kumpulan
AKB48
AKB48 ditubuhkan pada Disember 2005. Kumpulan ini berpusat di Akihabara, Tokyo. Warna tema rasmi mereka ialah merah jambu. AKB48 bernaung di bawah syarikat rakaman EMI Music Japan dan dikendalikan oleh agensi pengurusan DH, Co., Ltd. Pada masa ini, kumpulan ini mempunyai 35 orang anggota tetap serta 8 orang anggota pelatih.
SKE48
SKE48 ditubuhkan pada Ogos 2008. Kumpulan ini berpusat di Sakae, Nagoya. Warna tema rasmi mereka ialah oren. SKE48 bernaung di bawah syarikat rakaman Avex Trax dan diuruskan oleh agensi Zest, Co., Ltd. Kini, kumpulan ini mempunyai 40 anggota rasmi serta 17 anggota pelatih.
NMB48
NMB48 ditubuhkan pada Oktober 2010. Kumpulan ini berpusat di Namba, Osaka. Warna tema mereka ialah coklat dengan corak bintik hitam seperti harimau bintang. NMB48 bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Sigma Japan dan diuruskan oleh agensi Showtitle. Pada masa ini, kumpulan ini mempunyai 37 anggota rasmi serta 13 anggota pelatih.
HKT48
HKT48 ditubuhkan pada Oktober 2011 dan berpusat di Hakata, Fukuoka. Kumpulan ini mempunyai warna tema hitam. Mereka bernaung di bawah syarikat rakaman EMI Music Japan dan diuruskan oleh agensi Mercury. Kini, HKT48 mempunyai 31 anggota rasmi serta 11 anggota pelatih.
JKT48
JKT48 ditubuhkan pada November 2011 dan berpusat di Jakarta, Indonesia. Kumpulan ini menggunakan warna tema merah. Mereka bernaung di bawah syarikat rakaman Indonesia Musik Nusantara serta diuruskan oleh JKT48 Operation Team. JKT48 kini mempunyai 35 anggota rasmi, 22 anggota pelatih dan 2 anggota maya.
NGT48

NGT48 ditubuhkan pada Ogos 2015 dan berpusat di Niigata. Warna tema kumpulan ini ialah putih dan merah. Sejak tahun 2020, mereka bernaung di bawah syarikat rakaman EMI Music Japan serta diuruskan oleh Flora, Co., Ltd. Kini, NGT48 mempunyai 13 anggota rasmi dan 21 anggota pelatih.
BNK48
BNK48 ditubuhkan pada Februari 2017 dan berpusat di Bangkok, Thailand. Warna tema kumpulan ini ialah ungu orkid. Mereka bernaung di bawah agensi pengurusan serta syarikat rakaman Independent Artist Management (iAM). Kini, BNK48 mempunyai 25 anggota rasmi dan 20 anggota pelatih.
STU48

STU48 ditubuhkan pada Mac 2017 dan berpusat di Setouchi. Kumpulan ini menggunakan warna tema biru muda dan putih. Mereka bernaung di bawah syarikat rakaman You, Be Cool / King Records serta diuruskan oleh STU, Co., Ltd. Kini, STU48 mempunyai 26 anggota rasmi dan 3 anggota pelatih.
MNL48
AKB48 Team SH
AKB48 Team TP
CGM48
CGM48 ialah kumpulan saudari rasmi kepada BNK48 yang ditubuhkan pada Oktober 2019 dan berpusat di Chiang Mai, Thailand. Warna tema kumpulan ini ialah hijau mint. Mereka bernaung di bawah agensi pengurusan serta syarikat rakaman Independent Artist Management (iAM). Kini, CGM48 mempunyai 18 anggota rasmi dan 16 anggota pelatih.
KLP48
KLP48 ditubuhkan pada Julai 2024 dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Kumpulan ini menggunakan warna tema hijau. Kumpulan ini dinaung dibawah syarikat rakaman Sony Music Malaysia Sdn. Bhd.. Mereka diuruskan oleh 48 Entertainment Sdn. Bhd. dan kini mempunyai 13 anggota rasmi.
Bekas kumpulan
SDN48
TPE48
SGO48
DEL48
Rujukan
- ^ NHK「AKB48 SHOW!」|スペシャル|今さら聞けないAKB白熱教室|一覧|#3「姉妹グループ」 - "NHK Online (Perbadanan Penyiaran Jepun), dicapai pada 13 September 2017."
- ^ "AKB48グループ全公演リバイバル、全国で映画館生中継". 音楽ナタリー. ナターシャ. 2011-05-19. Dicapai pada 2018-01-23.
- ^ 秋元康(監修) (2018-01-12). AKB48グループ プロフィール名鑑2018. TJMOOK. 宝島社. m/s. 178.