Sinar (sebelum tahun 2018, dikenali sebagai Sinar FM) ialah stesen radio Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh Astro Audio sejak 1 Mac 2004. Stesen ini menerapkan dengan memainkan muzik retro dari era 80-an dan 90-an, memainkan sedikit lagu-lagu di era 2000-an hingga kini (tempatan dan antarabangsa) serta merangkumi rancangan bual bicara terbaik dan topik kehidupan sebenar yang memberi inspirasi yang penuh dengan temu bual eksklusif sama ada selebriti mahupun tokoh terkenal.
Ia juga merupakan salah satu stesen radio kedua dengan jumlah pendengar terbanyak, sebanyak 3.5 juta pendengar sejak tahun 2013. Sinar juga merupakan stesen radio bahasa Melayu dengan jumlah pendengar terbanyak diantara tahun 2010 dan 2011, bersama stesen saudaranya, ERA yang juga merupakan stesen radio nombor satu di Malaysia.
Pada Januari 2015, sinar menukar logo buat kali pertama selepas lebih 10 tahun menggunakan logo asal. Cogankata stesen radio ini juga ditukarkan kepada Menyinari Hidupmu.
Golongan sasarannya adalah untuk pendengar yang lebih dewasa seperti radio Lite (Inggeris) dan MELODY (Cina) dan membawakan lagu-lagu Melayu.