![]() Stesen kereta api antarabandar | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Nama lain | ڤالوه (Tulisan Jawi) | ||||||||||
Lokasi | Kampung Muhibbah 85400 Paloh Johor, Malaysia | ||||||||||
Dimiliki oleh | Perbadanan Aset Keretapi | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||
Laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ada ![]() | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Julai 1909 | ||||||||||
Ditutup | 15 Oktober 2019 (stesen lama) | ||||||||||
Dielektrikkan | 23 Oktober 2024 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen keretapi Paloh ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di pekan Paloh, Kluang, Johor. Stesen ini menyediakan perkhidmatan tren KTM Antarabandar iaitu Ekspres Selatan antara Gemas dan JB Sentral.
Stesen ini menjadi tumpuan para penumpang dari pekan Yong Peng dan Kangkar Bharu. Penduduk dari Chamek dan Kampung Melayu Niyor juga bergantung kepada stesen ini berikutan penutupan stesen kereta api di kedua-dua kawasan tersebut.
Sejarah
Pembinaan awal
Stesen ini telah dibuka pada 1 Julai 1909, serentak dengan stesen-stesen pada jajaran kereta api antara Gemas dan Johor Bahru yang dikenali sebagai Keretapi Negeri Johor (Johor State Railway). Jajaran ini kemudiannya digabungkan dengan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railways) menghubungkan Padang Besar dengan Singapura.
Stesen terletak di antara stesen Bekok di utara dan Chamek di selatan.
Dinaik taraf
Bagi memberi laluan kepada projek landasan berkembar elektrik (PLBE) antara Gemas dan Johor Bahru, stesen ini telah ditutup dan berpindah operasi ke sebuah lokasi berdekatan bermula 15 Oktober 2019.[1] Stesen sementara ini juga dijadikan stesen alternatif kepada penduduk Chamek apabila stesen di sana ditamatkan perkhidmatan pada 7 September 2020.[2][3]
Pada 23 Oktober 2024, stesen baharu yang lebih besar dan canggih telah dibuka, meneruskan perkhidmatan kereta api seperti biasa.[4]
Perkhidmatan
(Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2022):[5]
Ekspres Selatan (Gemas-JB Sentral)
- Arah selatan: ES41 03:57, ES43 11:45, ES45 17:17
- Arah utara: ES42 11:14, ES44 17:06, ES46 20:47
Rujukan
- ^ "INFO: Pemindahan Stesen Paloh ke lokasi yang baru bermula 15 Oktober 2019". Facebook KTM Berhad. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 20 Julai 2025.
- ^ "Penutupan Stesen Chamek". Facebook KTM Berhad. 10 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Julai 2025.
- ^ "Untuk makluman warga Paloh. Khususnya mereka yang tinggal di Chamek dan pengguna keretapi menerusi Stesen Chamek". Facebook Sheikh Omar Ali. 28 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Julai 2025.
- ^ "Pemindahan Operasi Stesen Sementara Paloh Ke Stesen Paloh (Baharu) Bagi Migrasi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru Pada 23.10.2024 Jam 3.00 Petang". Facebook KTM Berhad. 21 Oktober 2024. Dicapai pada 20 Julai 2025.
- ^ "01 Website Jadual Tren 51 Intercity 1 Mac 2024 (Intercity)" (PDF). Portal Rasmi KTM Berhad. 28 September 2021. Dicapai pada 19 Julai 2025.