KTM Antarabandar KTM Intercity (Inggeris) | |
---|---|
![]() | |
![]() Sebuah kereta api KTM Antarabandar di stesen kereta api Kuala Lipis, Pahang (sekitar tahun 2004) | |
Umum | |
Nama lain | ک.ت.م. انتاراباندر (Jawi) KTM 城际铁路 (Cina) கேடிஎம் இண்டர்சிட்டி (Tamil) |
Status | Beroperasi |
Lokasi | Semenanjung Malaysia |
Stesen | 60 (Laluan Pantai Timur), 12 (Laluan Pantai Barat), 2 (Shuttle Tebrau) |
Perkhidmatan | Ekspres Rakyat Timuran Ekspres Selatan Shuttle Tebrau Shuttle Timuran |
Laman sesawang | https://www.ktmb.com.my/Intercity.html |
Operasi | |
Bermula | Sekitar 1960-an |
Pengendali | Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) |
Teknikal | |
Tolok landasan | 1,000 mm tolok meter |
Kelajuan operasi | 110 km/j (68 mph) |
KTM Antarabandar (bahasa Inggeris: KTM Intercity) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel di Semenanjung Malaysia dan Singapura dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Terkini setakat tahun 2025, terdapat 4 jenis perkhidmatan yang disediakan iaitu Ekspres Rakyat Timuran antara JB Sentral dan Tumpat, Ekspres Selatan antara JB Sentral dan Gemas, Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woodlands, Singapura, dan Shuttle Timuran antara Gemas dan Tumpat.
Sejarah
Awal perkhidmatan
Perkhidmatan KTM Antarabandar merupakan kesinambungan kepada perkhidmatan kereta api sejak zaman pengoperasian Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railways; FMSR) pada hujung abad ke-19 (1890-an). Pada waktu itu, FMSR telah berjaya menggabungkan beberapa jajaran kereta api sedia ada dan baharu sehingga meliputi hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali negeri Terengganu. Rangkaian keseluruhannya merangkumi dua laluan utama iaitu laluan kereta api Pantai Barat dan juga Pantai Timur, yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Di sebelah pantai barat, jajaran bermula dari arah utara di stesen Padang Besar di negeri Perlis yang bersambung secara terus dengan rangkaian Kereta Api Negara Thailand, menuju ke arah selatan semenanjung di stesen Johor Bahru, Johor dan menyeberangi Selat Tebrau menggunakan Tambak Johor terus ke stesen Tanjong Pagar, Singapura (turut dikenali sebagai stesen Singapura sahaja).
Manakala di sebelah pantai timur pula, jajaran bermula dari stesen Gemas, Negeri Sembilan yang menjadi titik persimpangan dan pertemuan kedua-dua laluan kereta api tersebut. Jajaran ini telah dibina menembusi hutan tebal tropika serta kawasan pedalaman negeri Pahang dan Kelantan yang berakhir di stesen Tumpat, Kelantan.
Kedua-dua laluan utama ini telah dikendalikan oleh Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu atau Malayan Railway Administration (MRA) sebelum ditukar namanya pada tahun 1948 kepada Malayan Railway (MR) dan seterusnya Keretapi Tanah Melayu (KTM) pascamerdeka. KTM kemudiannya telah diperbadankan pada tahun 1992 menjadi KTM Berhad, dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
Ejaan Rumi telah diseragamkan pada tahun 1972 hasil persetujuan antara negara Malaysia, Singapura dan Indonesia, dan antara salah satu penyempurnaan ejaan tersebut ialah perkataan "keretapi" yang kini dieja sebagai "kereta api". Namun, terdapat pengecualian penggunaan ejaan "keretapi" untuk nama-nama khas seperti nama syarikat pengendali tren, Keretapi Tanah Melayu Berhad serta nama stesen-stesennya.
Terdapat dua jenis perkhidmatan KTM Antarabandar: kereta api ekspres dan kereta api mel. Kereta api ekspres biasanya berhenti di stesen-stesen utama sahaja. Manakala, kereta api mel pula berhenti di setiap stesen dan perhentian di sepanjang landasannya. Kereta api mel juga turut dikenali sebagai kereta api tempatan.
Penamatan perkhidmatan di Singapura
Sejak pembukaan Tambak Johor merentasi Selat Tebrau pada tahun 1920, perkhidmatan tren antarabandar telah berjaya menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu dengan pulau Singapura yang turut mempunyai rangkaian kereta apinya tersendiri. Jajaran tersebut bermula dari Woodlands menuju ke Bukit Timah, kemudian bercabang ke pelabuhan barangan di Jurong manakala perjalanan penumpang lazimnya tamat di stesen Tanjong Pagar. Servis ini diteruskan dari zaman pentadbiran British hingga ke zaman kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu serta penubuhan negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dipisahkan dari Malaysia dan membentuk sebuah negara bebas. Ini bermakna perkhidmatan tren antara Johor Bahru dan Singapura telah bertukar daripada antara negeri kepada rentas negara. Pihak KTMB dan kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan pusat kawalan kastam di stesen Tanjong Pagar yang ketika itu menjadi pintu sempadan kedua-dua negara tersebut.
Perselisihan faham mengenai pengoperasian KTMB di Singapura pasca-1965 turut menjadi salah satu pertikaian dan perbualan hangat antara Malaysia dan Singapura. Pada tahun 1990, sebuah Perjanjian Titik Persetujuan (Points of Agreement) telah dimeterai di mana kerajaan Malaysia bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan KTMB di negara Singapura. Namun, masih terdapat kebuntuan tentang butiran pelaksanaan perjanjian tersebut.
Akhirnya, ini telah dimuktamadkan pada tahun 2010 melalui satu lagi perjanjian di mana Malaysia bersetuju untuk mengalihkan stesen akhir laluan KTM dari Tanjong Pagar ke Woodlands, termasuklah pengoperasian kawalan kastam dan sempadan pada 1 Julai 2011. Tambahan lagi, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk bersama-sama membina sebuah laluan alihan laju antara Tanjung Puteri di Johor dan Singapura. Projek yang sedang dalam pembinaan itu kini dikenali sebagai RTS Link, menghubungkan stesen Bukit Chagar di Malaysia dan stesen Woodlands North di Singapura yang dijangka beroperasi pada tahun 2027.
Pada 1 Julai 2011, berikutan penamatan operasi KTMB di Tanjong Pagar, perjalanan KTM Antarabandar ke selatan Semenanjung Malaysia kini ditamatkan di Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands terletak kira-kira 2 kilometer dari Johor Bahru dan merupakan satu-satunya stesen kereta api di negara tersebut yang masih dikendalikan oleh KTMB. 4 tahun kemudian pula pada 1 Julai 2015, semua perkhidmatan KTM Antarabandar telah berakhir di JB Sentral, manakala perkhidmatan tren ulang-alik Shuttle Tebrau diperkenal antara JB Sentral dan Woodlands.
Perkhidmatan KTM ETS
Pada tahun 2010, perjalanan KTM Antarabandar yang menggunakan bahan api diesel telah digantikan dengan pengenalan perkhidmatan tren elektrik (ETS), bermula dengan perjalanan antara Ipoh dan Kuala Lumpur, dan seterusnya dilanjutkan kepada perjalanan dari Padang Besar serta Butterworth ke Gemas dan sebaliknya.
Malah, perkhidmatan ETS ini bakal dilanjutkan sehingga ke JB Sentral menjelang tahun 2026 sejurus selesai projek landasan berkembar elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB). Tambahan pula, projek RTS Link Johor Bahru–Singapura yang bakal beroperasi sepenuhnya menjelang 2027 bermakna perkhidmatan Shuttle Tebrau juga akan ditamatkan kelak.
Setakat tahun 2025, perkhidmatan KTM Antarabandar berjalan seperti biasa bagi laluan Pantai Timur (Ekspres yang masih mempunyai landasan tunggal dan tidak dielektrikkan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan terkini
No. keretapi | Nama perkhidmatan | Stesen permulaan | Stesen akhir | Kekerapan | Catatan | Tarikh pengenalan |
---|---|---|---|---|---|---|
Kereta api ekspres | ||||||
26 | Ekspres Rakyat Timuran (ERT) | JB Sentral | Tumpat | Harian | Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023 |
|
27 | Tumpat | JB Sentral | ||||
42, 44, 46 | Ekspres Selatan (ES) | JB Sentral | Gemas | Harian | Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2022 |
|
41, 43, 45 | Gemas | JB Sentral | ||||
Railway to See Malaysia (RTSM) | Bermusim | |||||
RTSM Edisi Pantai Timur | Bermusim | |||||
Ekspres MySawasdee | Bermusim | |||||
Lambaian Aidilfitri | Bermusim; sempena Hari Raya Aidilfitri | |||||
Lambaian Aidiladha | Bermusim; sempena Hari Raya Aidiladha | |||||
Kereta api tempatan | ||||||
34, 36 | Shuttle Timuran (Gemas – Kuala Lipis) | Gemas | Kuala Lipis | Harian | Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023 |
|
35, 37 | Kuala Lipis | Gemas | Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024 | |||
50 | Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Gua Musang) | Kuala Lipis | Gua Musang | Harian | Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023 |
|
59 | Gua Musang | Kuala Lipis | Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024 | |||
51 | Shuttle Timuran (Tumpat – Kuala Lipis) | Tumpat | Kuala Lipis | Harian | Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024 |
|
60 | Kuala Lipis | Tumpat | Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023 | |||
52, 58 | Shuttle Timuran (Gua Musang – Tumpat) | Gua Musang | Tumpat | Harian | Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023 |
|
53, 57 | Tumpat | Gua Musang | Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024 | |||
55 | Shuttle Timuran (Tumpat – Dabong) | Tumpat | Dabong | Harian | Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024 |
|
56 | Dabong | Tumpat | Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023 | |||
61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77, 79, 81, 83, 85, 87, 89, 91, 93, 95 | Shuttle Tebrau | JB Sentral | Woodlands | Harian | Jadual berkuat kuasa 19 Jun 2022 | 1 Julai 2015;
|
72, 74, 76, 78, 80, 82, 84, 86, 88, 90, 92, 94, 96 | Woodlands | JB Sentral |
Perkhidmatan dahulu
No. keretapi | Nama perkhidmatan | Stesen permulaan | Stesen akhir | Kekerapan | Catatan | Tarikh ditamatkan |
---|---|---|---|---|---|---|
01 | Ekspres Rakyat (ER) | Butterworth | Singapura | Harian | Penamatan perkhidmatan KTMB di Singapura, hanya beroperasi sehingga ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands |
|
02 | Singapura | Butterworth | ||||
03 | Ekspres Sinaran Petang (XSP) | Butterworth | Sentral Kuala Lumpur | Sabtu dan Ahad | Digantikan dengan ETS | |
04 | Ekspres Sinaran Pagi (XSP) | Kuala Lumpur Sentral | Butterworth | |||
05 | Ekspres Sinaran Pagi (XSP) | Sentral Kuala Lumpur | Singapura | Harian | Ditamatkan untuk memberi laluan kepada PLBE Seremban–Gemas dan Gemas–Johor | |
06 | Ekspres Sinaran Petang (XSP) | Singapura | Sentral Kuala Lumpur | |||
07 | Ekspres Langkawi | Hat Yai–Sentral Kuala Lumpur | Sentral Kuala Lumpur–Gemas | Harian | ||
08 | Gemas-Sentral Kuala Lumpur | Sentral Kuala Lumpur–Hat Yai | ||||
11 | Ekspres Senandung Malam | Sentral Kuala Lumpur | Singapura | Harian | Kereta api semalaman. Gerabak katil disediakan. | |
12 | Singapura | Sentral Kuala Lumpur | ||||
14 | Ekspres Timuran | Singapura | Tumpat | Harian |
|
|
15 | Tumpat | Singapura | ||||
16 | Ekspres Wau | Sentral Kuala Lumpur–Gemas | Gemas–Tumpat | Harian | Kereta api semalaman. Gerabak katil disediakan. | |
17 | Tumpat–Gemas | Gemas–Sentral Kuala Lumpur | ||||
26 | Lambaian Timur | Singapura | Gua Musang | Harian | Kereta api tempatan | |
27 | Gua Musang | Singapura | ||||
35 | Ekspres Antarabangsa | Bangkok | Butterworth | Harian | Kereta api semalaman. Gerabak katil disediakan. | |
36 | Butterworth | Bangkok | ||||
81, 83 | Mel | Tumpat | Gua Musang | Harian | Digantikan dengan Ekspres Rakyat Timuran | |
82, 84 | Gua Musang | Tumpat | Harian | |||
91 | Tumpat | Kuala Lipis | Harian | |||
92 | Gemas | Gua Musang | Harian | |||
93 | Kuala Lipis | Gemas | Harian | |||
94 | Gua Musang | Tumpat | Harian | |||
1003 | Ekspres Khas Utara | Butterworth | Sentral Kuala Lumpur | Jumaat, Sabtu, Ahad | ||
1004 | Sentral Kuala Lumpur | Butterworth |
Perkhidmatan lain-lain yang pernah dioperasikan:
- Ekspres Langkawi
- Ekspres Kenali
- Ekspres Gading Mas
- Ekspres Sinaran Utara
- Ekspres Senandung Mutiara
- Ekspres Sinaran Timur
- Ekspres Wau
- Ekspres Kembara
Senarai stesen
Setakat tahun 2025, perjalanan KTM Antarabandar antara Padang Besar dan Gemas di sepanjang laluan Pantai Barat telah digantikan dengan KTM ETS. Hanya jajaran selatan dan pantai timur sahaja yang masih mempunyai perkhidmatan lokomotif dikuasakan diesel.
Laluan Selatan
Terdapat perancangan untuk mewujudkan laluan Komuter Sektor Selatan antara Gemas dan Johor Bahru, serta lanjutan perjalanan ETS dari Padang Besar dan Butterworth ke Johor Bahru sejurus selesainya projek landasan berkembar elektrik di jajaran ini. Kedua-dua perkhidmatan tersebut mungkin akan menggantikan Ekspres Selatan pada masa akan datang.
Nama stesen | Perkhidmatan | Catatan | |
---|---|---|---|
Menuju ke Laluan Pantai Barat dan ke Keretapi Negara Thailand | |||
Stesen keretapi Gemas | Titik persimpangan utama laluan kereta api
Stesen pertukaran ke ETS Laluan Pantai Barat dan | ||
Sempadan negeri Johor-Negeri Sembilan | |||
Stesen keretapi Segamat | Stesen utama
Stesen pertukaran ke ETS | ||
Stesen keretapi Genuang | Tiada perkhidmatan penumpang di sini; stesen operasi sahaja | ||
Stesen keretapi Labis | ![]() |
||
Stesen keretapi Bekok | Tarikan menarik:
| ||
Stesen keretapi Paloh | |||
Stesen keretapi Kluang | Stesen utama
Tarikan menarik:
| ||
Stesen keretapi Mengkibol | Tiada perkhidmatan penumpang di sini; stesen operasi sahaja | ||
Stesen keretapi Rengam | ![]() |
||
Stesen keretapi Layang-Layang | |||
Stesen keretapi Kulai | Stesen utama | ||
Stesen keretapi Kempas Baru | Stesen utama | ||
JB Sentral | Stesen utama | ||
Sempadan Malaysia-Singapura (Selat Tebrau / Tambak Johor) | |||
Woodlands | ![]() |
Stesen-stesen MRT berdekatan: |
Laluan Pantai Timur
Laluan ini masih mempunyai landasan tunggal dan tidak dielektrikkan. Laluan ini juga menembusi hutan hujan tebal, terowong dan jambatan besi merentasi sungai-sungai yang lebar.
Laluan terdahulu
Laluan Rantau Panjang
KTM Antarabandar pernah disediakan di laluan ini, namun telah digantung sementara akibat kemelut yang melanda di wilayah selatan Thailand. Terdapat usaha untuk menghidupkan semula laluan ini namun belum dimuktamadkan lagi.
Nama stesen | Catatan | ||
---|---|---|---|
Menuju ke Laluan Pantai Timur | |||
Stesen keretapi Pasir Mas | Stesen pertukaran ke Laluan Pantai Timur | ||
Stesen keretapi Rantau Panjang | |||
Bersambung ke Kereta Api Negara Thailand |
Laluan Pantai Barat
KTM Antarabandar pernah disediakan untuk stesen-stesen di laluan ini, tetapi telah digantikan dengan perjalanan KTM ETS.
Nama stesen | Perkhidmatan | Catatan |
---|---|---|
Sempadan Malaysia–Thailand, bersambung ke Kereta Api Negara Thailand | ||
Stesen keretapi Padang Besar | ||
Stesen keretapi Arau | Stesen terdekat untuk ke Pulau Langkawi | |
Sempadan Perlis–Kedah | ||
Stesen keretapi Alor Setar | ![]() |
|
Stesen keretapi Sungai Petani | ||
Sempadan Kedah–Pulau Pinang | ||
Stesen keretapi Butterworth | ![]() |
|
Stesen keretapi Bukit Mertajam | ||
Stesen keretapi Nibong Tebal | ||
Sempadan Pulau Pinang–Perak | ||
Stesen keretapi Taiping | ![]() |
|
Stesen keretapi Tanjung Malim | ||
Sempadan Perak–Selangor | ||
Stesen keretapi Rawang | ![]() |
|
Stesen keretapi Sungai Buloh | ||
Sempadan Selangor–Kuala Lumpur | ||
Stesen keretapi Kuala Lumpur | ![]() |
Telah digantikan dengan stesen Sentral Kuala Lumpur bermula tahun 2001 |
Sentral Kuala Lumpur | Telah mengambil alih peranan stesen Kuala Lumpur setelah ia dibuka pada tahun 2001 | |
Sempadan Kuala Lumpur–Selangor | ||
Stesen keretapi Kajang | ![]() |
|
Sempadan Selangor–Negeri Sembilan | ||
Stesen keretapi Seremban | ![]() |
|
Stesen keretapi Rembau | ||
Sempadan Selangor–Melaka | ||
Stesen keretapi Batang Melaka | ![]() |
|
Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin | ![]() |
|
Sempadan Melaka–Negeri Sembilan | ||
Stesen keretapi Gemas | ![]() |
Stesen pertukaran ke Laluan Pantai Timur |
Sempadan Negeri Sembilan–Johor | ||
Stesen keretapi Segamat | ![]() |
Digantikan dengan Ekspres Selatan (Gemas–Johor Bahru) |
Stesen keretapi Labis | ||
Stesen keretapi Paloh | ||
Stesen keretapi Kluang | ||
Stesen keretapi Kulai | ||
Stesen keretapi Kempas Baru | ||
Stesen keretapi Johor Bahru | ||
Sempadan Malaysia–Singapura (Selat Tebrau / Tambak Johor) | ||
Stesen keretapi Woodlands | ![]() |
Digantikan dengan Shuttle Tebrau (Johor Bahru–Woodlands) bermula 2015 |
Stesen keretapi Tanjong Pagar | Juga dikenali sebagai stesen Singapura
Ditutup pada 1 Julai 2011 |