Sungai Dano | |
---|---|
Anak sungai kepada Sungai Gigis | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 0.4 km (0.2 bt) ke barat laut dari Rumah Jimbau |
• koordinat | 2°34′31″N 112°14′08″E / 2.575156°N 112.235631°E |
• ketinggian | kira-kira 25–35 m (82–115 ka) |
Muara | Sungai Gigis |
• lokasi | kira-kira 0.5 km (0.3 bt) ke barat laut dari Rumah Jimbau |
• koordinat | 2°34′40″N 112°14′20″E / 2.57771°N 112.23898°E |
• ketinggian | kira-kira 25–35 m (82–115 ka) |
Panjang | 0.5 km (0.31 bt)[1][2] |
Aliran | |
• lokasi | Batang Mukah |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Gigis → Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Mukah[3] |
Peta topografi | JUPEM Nanga Tamin (DNMM5201) |
Sungai Dano merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai Dano merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Daerah Selangau, satu daripada tiga daerah yang membentuk Bahagian Sibu dan Daerah Mukah, satu daripada lima daerah yang membentuk Bahagian Mukah. Sungai Dano juga merupakan anak sungai kepada Sungai Gigis dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Latar belakang
Nama sungai ini telah didokumentasikan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 berskala satu nisbah 50, 000 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Dano".[3] Sungai Dano turut mempuyai nama lain iaitu Sungei Dano. Perkataan sungei telah digantikan kepada sungai disebabkan oleh perubahan dalam sistem ejaan Bahasa Melayu menjelang tahun 1972.
Ciri-ciri fizikal
Sungai Dano berpunca di perbatasan antara Daerah Mukah dan Daerah Selangau, Sarawak. Kawasan punca sungai ini terletak kira-kira 0.4 km (0.2 bt) ke arah barat laut dari kawasan perkampungan Rumah Jimbau. Ketinggian di punca bagi Sungai Dano adalah di antara 25 dan 35 m (82.0 dan 114.8 ka) dari atas permukaan laut. Aliran sungai ini membentang panjang ke timur dalam beberapa meter, sebelum membuat lengkungan ke arah.[1][2]
Seterusnya, Sungai Dano akan bersambung dengan Sungai Gigis sebagai penamat, kemudian mengalir ke Batang Mukah dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan di Kuala Mukah. Muara sungai ini terletak kira-kira 0.5 km (0.3 bt) ke arah barat laut jika diukur daripada kawasan perkampungan Rumah Jimbau dalam daerah yang sama. Ketinggiannya pula terletak di antara 25 dan 35 m (82.0 dan 114.8 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Aliran sungai ini merentang sejauh 0.5 km (0.31 bt) dari barat ke timur secara puratanya.[1][2]
Ciri-ciri lembangan
Sungai Dano merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Gigis terletak di antara Sungai Kerapar dan Sungai Empang.[2][4]
Guna tanah
Data pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Dano.[5] Daripada data yang sama, kebanyakan kawasan lembah Sungai Dano dilitupi dengan kawasan perhutanan, semak belukar, dan pertanian.[5]
Dalam peta bertajuk Nanga Tamin (lembaran 186) siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pula, lembah sungai ini dilitupi oleh sebahagian besar hutan sekunder yang berbukit-bukit. Sebahagian kecil lembah Sungai Dano dilitupi oleh hutan dara. Tiada bangunan rumah yang dibina di sepanjang lembah sungai ini, tetapi Rumah Jimbau merupakan petempatan yang terhampir.[2] Dalam peta Malaysia siri T735 pula, lembah Sungai Dano dilitupi oleh sebahagian besar kawasan hutan dipterokarpa pamah. Rumah Ason hanya satu-satunya kawasan petempatan manusia yang berdekatan dengan sungai ini.[3]
Lihat juga
- Sungai Kerapar, anak sungai Sungai Gigis berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Empang, anak sungai Sungai Gigis berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
- ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ a b c d e f g Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Nanga Tamin (186). Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2004. Diperolehi pada 28 April 2025.
- ^ a b c d Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960. Diperolehi pada 28 April 2025.
- ^ a b "Sungai Dano, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 28 April 2025. Dicapai pada 28 April 2025.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.