Sungai Empang | |
---|---|
Anak sungai kepada Sungai Gigis | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 3.2 km (2.0 bt) ke timur laut dari Rumah Usah |
• koordinat | 2°33′31″N 112°12′29″E / 2.558635°N 112.208035°E |
• ketinggian | kira-kira 45–55 m (148–180 ka) |
Muara | Sungai Gigis |
• lokasi | kira-kira 0.6 km (0.4 bt) ke barat daya dari Rumah Jimbau |
• koordinat | 2°34′09″N 112°14′36″E / 2.56911°N 112.24341°E |
• ketinggian | kira-kira 25–35 m (82–115 ka) |
Panjang | 4.5 km (2.8 bt)[1][2] |
Aliran | |
• lokasi | Batang Mukah |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Gigis → Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Mukah[3] |
Peta topografi | JUPEM Nanga Tamin (DNMM5201) |
Sungai Empang merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai Empang merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Daerah Selangau, satu daripada tiga daerah yang membentuk Bahagian Sibu. Sungai Empang juga merupakan anak sungai kepada Sungai Gigis dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Latar belakang
Nama sungai ini telah didokumentasikan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 berskala satu nisbah 50, 000 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Empang".[3] Sungai Empang turut mempuyai nama lain iaitu Sungei Empang. Perkataan sungei telah digantikan kepada sungai disebabkan oleh perubahan dalam sistem ejaan Bahasa Melayu menjelang tahun 1972.
Ciri-ciri fizikal
Sungai Empang berpunca di perbatasan antara Daerah Dalat, Daerah Mukah dan Daerah Selangau, Sarawak. Kawasan punca sungai ini terletak kira-kira 3.2 km (2.0 bt) ke arah timur laut dari kawasan perkampungan Rumah Usah. Ketinggian di punca bagi Sungai Empang adalah di antara 45 dan 55 m (147.6 dan 180.4 ka) dari atas permukaan laut. Terdapat sumber sungai yang lain berpunca berhampiran dengan Sungai Empang iaitu Hulu Sungai Baoh Chelam dan Hulu Sungai Sebakong. Aliran sungai ini membentang panjang ke timur dalam beberapa meter, sebelum berliku ke arah timur laut di 2 km (1.2 bt) dari puncanya. Terdapat beberapa liku sungai yang terbentuk secara semula jadi dan anak sungai di sepanjang lembah Sungai Empang yang kebanyakkan tidak mempunyai nama tersendiri.[1][2]
Seterusnya, Sungai Empang akan bersambung dengan Sungai Gigis sebagai penamat, kemudian mengalir ke Batang Mukah dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan di Kuala Mukah. Muara sungai ini terletak kira-kira 0.5 km (0.3 bt) ke arah barat daya jika diukur daripada kawasan perkampungan Rumah Jimbau dalam daerah yang sama. Ketinggiannya pula terletak di antara 25 dan 35 m (82.0 dan 114.8 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Aliran sungai ini merentang sejauh 4.5 km (2.8 bt) dari barat ke timur secara puratanya.[1][2]
Ciri-ciri lembangan
Sungai Empang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Gigis terletak di antara Sungai Dano dan Sungai Meruan.[2][4]
Guna tanah
Data pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Empang.[5] Daripada data yang sama, kebanyakan kawasan lembah Sungai Empang dilitupi dengan kawasan perhutanan, semak belukar, dan pertanian.[5]
Dalam peta bertajuk Nanga Tamin (lembaran 186) siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pula, lembah sungai ini dilitupi oleh sebahagian besar hutan sekunder yang berbukit-bukit. Sebahagian kecil lembah Sungai Empang dilitupi oleh Ladang Meruan yang mana merupakan kawasan pertanian yang menjalankan industri getah dan kelapa sawit. Terdapat juga satu bangunan rumah yang dibina di sepanjang lembah sungai ini.[2] Dalam peta Malaysia siri T735 pula, lembah Sungai Empang dilitupi oleh sebahagian besar kawasan hutan dipterokarpa pamah. Terdapat juga sebahagian kawasan lembah dijadikan sebagai kawasan penanaman pokok getah. Rumah Minggat hanya satu-satunya kawasan petempatan manusia yang berada di lembah sungai ini.[3]
Lihat juga
- Sungai Dano, anak sungai Sungai Gigis berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Meruan, anak sungai Sungai Gigis berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
- ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ a b c d e f g Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Nanga Tamin (186). Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2004. Diperolehi pada 28 April 2025.
- ^ a b c d Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960. Diperolehi pada 28 April 2025.
- ^ a b "Sungai Empang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 28 April 2025. Dicapai pada 28 April 2025.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.