Tokong Cina Lama Johor Bahru | |
---|---|
柔佛古廟 | |
![]() | |
Info asas | |
Lokasi | Johor Bahru |
Koordinat geografi | 1°27′38.0″N 103°45′47.0″E / 1.460556°N 103.763056°E |
Agama | Taoisme |
Kedewaan | Yuan Tian Shang Di (元天上帝) (Dewa utama)
Hong Xian Da Di (洪仙大帝) Gan Tian Da Di (感天大帝) Hua Guang Da Di (华光大帝) Zhao Da Yuan Shuai (赵大元帅) |
Daerah | Daerah Johor Bahru |
Negeri | ![]() |
Negara | ![]() |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Tokong Cina |
Pengasas | Tan Hiok Nee |
Tokong Lama Cina Johor Bahru (Bahasa Cina: 柔佛古廟; pinyin: Róufú Gǔmiào; Pe̍h-ōe-jī: Jiû-hut Kó͘-biō) yang dikenali sebagai Tokong Lama (Bahasa Cina: 古廟; pinyin: Gǔmiào; Pe̍h-ōe-jī: Kó͘-biō) oleh penduduk tempatan, ialah sebuah tokong Cina yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Terletak di Jalan Trus, tokong ini diapit oleh bangunan pencakar langit moden. Tokong ini merupakan salah satu struktur tertua di bandar ini dan menjadi simbol perpaduan antara tujuh kumpulan dialek Cina iaitu Teochew, Hoklo (Hokkien), Kantonis, Hakka, Fuzhou, Henghua dan Hainan.
Pada tahun 2007, sebuah siri dokumentari bertajuk My Roots telah memaparkan tokong ini dalam episod "Grand March with the Deities".[2]
Sejarah
Sejarah tokong ini bermula seawal antara tahun 1870 hingga 1880 dalam abad ke-19.[1] Oleh kerana hubungan yang sangat erat antara masyarakat Cina tempatan dengan pihak monarki Johor, Sultan Abu Bakar menggalakkan masyarakat Cina untuk membina tempat ibadat dan kawasan pengebumian dengan menyediakan tanah kepada mereka.[1] Tokong ini kemudiannya diasaskan oleh Ketua Syarikat Ngee Heng pada ketika itu yang dipimpin oleh Tan Hiok Nee.[1][3] Pada tahun 1981, cadangan untuk pengubahsuaian tokong telah dikemukakan dan permintaan tersebut telah diterima pada tahun 1994 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta.[3] Tokong yang telah diubah suai itu siap pada tahun berikutnya pada Disember 1995 dengan sebahagian besar reka bentuk kebudayaannya dikekalkan dan artifak penting seperti loceng gangsa berusia seabad, pembakar kemenyan dan papan kayu masih dikekalkan.[3]
Ciri-ciri
Dua artifak lama terletak di dalam tokong iaitu plakat dan loceng gangsa.[4] Alkof utama tokong memuatkan imej dewa utama iaitu Yuan Tian Shang Di (元天上帝) (大老爷), dewa yang pertama dimasukkan ke dalam tokong dan disembah oleh masyarakat Teochew. Terdapat lima dewa utama di dalam tokong ini yang setiap satu daripadanya disembah oleh kumpulan etnik Cina utama:
- Yuan Tian Shang Di (元天上帝) (大老爷) – disembah oleh masyarakat Teochew
- Hong Xian Da Di (洪仙大帝) (洪仙公) – disembah oleh masyarakat Hoklo (Hokkien)
- Gan Tian Da Di (感天大帝) – disembah oleh masyarakat Hakka
- Hua Guang Da Di (华光大帝) – disembah oleh masyarakat Kantonis (gabungan "Guang-Zhao")
- Zhao Da Yuan Shuai (赵大元帅) – disembah oleh masyarakat Hainan
Selain lima dewa utama ini, tokong ini turut menempatkan tokoh dewa lain seperti Guan Yin Niang Niang (观音娘娘), Feng Yu Sheng Zhe (风雨圣者), Su Bao Ye (速报爷), Huang Ling Ye (皇令爷) dan papan roh untuk wira-wira terkorban (英烈神主牌).
Tokong ini juga memiliki empat buah plakat bersejarah yang mungkin merujuk kepada tarikh kemasukan dewa ke dalam tokong:
- “福建众弟子” (anak murid dari komuniti Hokkien) – 1873
- “广肇两府众信” (penganut dari dua daerah Guangdong & Zhaoqing) – 1873
- “客社众信” (penganut komuniti Hakka) – 1874
- “琼州府众” (penganut dari wilayah Qiongzhou/Hainan) – 1882
-
Tokong Lama Johor Bahru
-
Bahagian dalam Tokong Lama Johor Bahru
-
Pintu masuk utama Tokong Lama Johor Bahru
-
Pemandangan luar tokong, berasaskan seni bina Teochew
-
Pintu gerbang terkenal Tokong Lama
-
Dewa utama Yuan Tian Shang Di, dikenali sebagai Da Lao Ye oleh orang Teochew dan Shang Di Gong oleh orang Hokkien. Diselia oleh Persatuan Teochew.
-
Patung Zhao Da Yuan Shuai di dalam tokong. Diselia oleh Persatuan Hainan.
-
Patung Hua Guang Da Di di dalam tokong. Diselia oleh Persatuan Guang-Zhao (Kantonis).
-
Hong Xian Gong, dewa tempatan yang disembah. Diselia oleh Persatuan Hokkien.
-
Patung Gan Tian Da Di di dalam tokong. Diselia oleh Persatuan Hakka.
Perarakan Chingay

Setiap tahun pada bulan pertama kalendar lunar dari 20 hingga 23, tokong ini menganjurkan Chingay tahunannya yang dikenali sebagai "Perarakan Dewa" (Bahasa Cina: 古廟游神). Perarakan ini merupakan satu acara besar tahunan di bandaraya Johor Bahru. Ia diadakan bermula pada hari ke-20 bulan lunar pertama, selama tiga hari berturut-turut dan telah menjadi tradisi tetap tahunan masyarakat Cina Johor Bahru.
Perarakan tahunan ini menarik lebih daripada 300,000 orang untuk berarak di sekitar jalan utama bandar bersama lima dewa yang disembah di tokong lama tersebut.[5] Pada tahun 2021, tarikhnya telah diubah kepada 1 hingga 15 bulan kalendar cina pertama.
-
Salah satu adegan dalam perarakan Chingay
-
Persembahan dalam perarakan Chingay
-
Pasukan perarakan berarak di jalan raya
-
Persembahan budaya dalam perarakan
-
Penampilan dewa dalam perarakan malam
Rujukan
- ^ a b c d Peggy Loh (4 April 2016). "Bonded in tradition". New Straits Times. Dicapai pada 8 March 2019.
- ^ "Living in Johor [Johor Old Chinese Temple]". Crescendo International College. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2019. Dicapai pada 8 March 2019.
- ^ a b c "柔佛古庙历史简介" [Introduction to the history of Johor Temple] (dalam bahasa Cina). JB Tiong-Hua. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2007. Dicapai pada 1 October 2007.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatemple history3
- ^ "Johor carves history with 300,000 crowd in Chingay Festival". New Straits Times. 29 February 2016. Dicapai pada 8 March 2019.