Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
![]() | Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. |
Tokong Sin Sze Si Ya 仙四師爺廟 | |
---|---|
![]() Rupa tokong pada tahun 2022 | |
Info asas | |
Lokasi | ![]() |
Agama | Taoisme |
Negara | ![]() |
Laman web | www.sytemple.org |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Tokong Cina |
Pengasas | Yap Ah Loy |
Disiapkan pada | 1883[2] |
Tokong Sin Sze Si Ya (Bahasa Cina: 仙四師爺廟) (juga dikenali sebagai Tokong Sze Yah)[3] ialah sebuah tokong Cina yang terletak di 14A Lebuh Pudu, berhampiran dengan Pasar Besar, di Bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Tokong ini dibina oleh Yap Ah Loy untuk dua dewa yang membantu membimbingnya semasa Perang Saudara Selangor. Tokong ini adalah tokong Tao tertua di bandar ini. [4]
Sejarah
Pada tahun 1859, terdapat dua kumpulan yang bersaing untuk merebut hak mengutip bayaran perlindungan dan cukai dari kegiatan perlombongan bijih timahdi Seremban. Pada ketika itu, Kapitan Seng Meng Lee (盛明利) amat memerlukan sokongan, lalu beliau telah melantik Yap Ah Loy (叶亚来) sebagai Timbalan Ketua.
Pada tahun 1860, peperangan tercetus. Kapitan Seng Meng Lee telah tewas dan terkorban. Darah yang memercik dari lehernya berwarna putih, sesuatu yang dianggap luar biasa dan menimbulkan rasa kagum. Selepas kematiannya, beliau dihormati sebagai seorang dewa. Pada tahun 1861, para pengikutnya telah mendirikan sebuah tokong yang dinamakan Rumah Berhala Cheng Koo (千古庙) di Bukit Rasah (亚沙), Seremban, bagi memperingati jasa beliau. Ketika itu, Yap Ah Loy telah mengambil alih kedudukan Seng Meng Lee sebagai Kapitan.
Pada tahun 1862, Yap Ah Loy dikatakan telah menerima mimpi petunjuk daripada roh Seng Meng Lee, yang telah dianggap sebagai “Dewa Guru” (仙师爷). Susulan itu, beliau meletakkan jawatan sebagai Kapitan di Seremban dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan perniagaan dan pengaruhnya. Dalam tempoh dua tahun, beliau berjaya membangunkan Kuala Lumpur dengan baik. Sebagai tanda penghargaan kepada Dewa Seng Meng Lee, pada tahun 1864 beliau sendiri telah pergi ke tokong di Seremban untuk membawa pulang patung dewa tersebut ke Kuala Lumpur bagi disembah. Menjelang tahun 1873, beliau merasakan tempat sedia ada tidak lagi sesuai. Oleh itu, beliau telah menyumbangkan sebahagian tanah di belakang rumahnya untuk membina tokong yang lebih sempurna. Tokong tersebut dirasmikan dengan upacara pemasangan roh (开光进香) pada tahun 1875.
Tokoh yang dikenali sebagai “Dewa Keempat” pula merujuk kepada salah seorang panglima perang di bawah pimpinan Kapitan Yap Ah Loy, iaitu Chung Ping Lai (钟炳来). Beliau berasal dari wilayah Guangdong, China, dan amat mahir dalam bidang perubatan serta seni mempertahankan diri. Pada awal kedatangannya ke Tanah Melayu, beliau menetap di negeri Perak dan bekerja sebagai tabib. Kemudian, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyertai pasukan Yap Ah Loy dan dilantik sebagai Panglima Tertinggi. Disebabkan kebijaksanaan dan kehebatannya dalam peperangan, beliau digelar sebagai “Jeneral Sentiasa Menang” (长胜将军). Selepas beliau meninggal dunia, Kapitan Yap Ah Loy telah mengarahkan agar patungnya diukir dan diletakkan bersama patung Dewa Seng Meng Lee di Tokong Sien Sze Ya (仙四师爷庙) untuk disembah dan dihormati.
Rujukan
- ^ "Sze Ya Temple". VisitKL. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2019. Dicapai pada 8 Mac 2019.
- ^ Ewe Paik Leong (26 Januari 2017). "Where tradition and old beliefs abound". New Straits Times. Dicapai pada 8 Mac 2019.
- ^ Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet Publications. 2004. ISBN 9781740593571.
- ^ "Sin Sze Si Ya temple". TimeOut Kuala Lumpur. 23 April 2014. Dicapai pada 29 May 2017.