Taman Putra Prima | |
---|---|
![]() Jalan Putra Prima Utama membentang ke utara di Taman Putra Prima | |
Koordinat: 2°58′25.2″N 101°35′22.2″E / 2.973667°N 101.589500°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Sepang |
Mukim | Dengkil |
Kawasan parlimen | Sepang |
Kawasan negeri | Dengkil |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Sepang |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak dipratikkan) |
Poskod | 47130 |
Kod kawasan | +603 |
Plat pendaftaran kenderaan | B |
Taman Putra Prima merupakan kawasan perumahan di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Putra Prima merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Dengkil, iaitu satu daripada tiga mukim dalam Daerah Sepang.[1][2] Poskod bagi Taman Putra Prima ialah 47130 Puchong.[3]
Sejarah
Pada tahun 2005, syarikat Plenitude Berhad telah melancarkan sebuah taman rekreasi yang terbesar di Puchong mencakupi keluasan sebanyak 2.8 hektar untuk kemudahan penduduk Taman Putra Prima dan sekitarnya.[4]
Kedudukan
Kedudukan Taman Putra Prima dalam Daerah Sepang boleh didefinisikan terletak di bahagian utara daerah tersebut manakala dalam Mukim Dengkil pula, Taman Putra Prima terletak di bahagian utara.[1]
Petempatan yang terletak serantau dengan Taman Putra Prima ialah Kampung Seri Aman Dalam dan Kampung Seri Aman Tengah di sebelah utara manakala Taman Puchong Tekali, Taman Tasik Prima serta Taman Puchong Utama terletak di sebelah timur laut. Di sebelah timur Taman Putra Prima pula, ia terletak serantau dengan Taman Impiana Putra, Taman Meranti Jaya dan dua buah kawasan perindustrian yang membabitkan Taman Industri Meranti Jaya dan Taman Industri Meranti Permai. Kawasan perumahan D'Island pula terletak di bahagian tenggara. Seterusnya, Taman Putra Prima berkongsi sempadan dengan Taman Desiran Bayu di sebelah selatan manakala Taman Mas Sepang, Kampung Tanah Liat dan Kawasan Industri Taman Mas Sepang pula di sebelah barat.[1] Taman Putra Prima mempunyai poskod tersendiri iaitu 47130 dalam daerah pos Puchong.[3]
Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Taman Putra Prima adalah di latitud Bumi dua darjah 58 minit 25.2 saat Utara dan longitud Bumi 101 darjah 35 minit 22.2 saat Timur (2°58′25.2″N 101°35′22.2″E / 2.973667°N 101.589500°E).[2]
Pengangkutan
Pengangkutan awam
Bagi meningkatkan darjah ketersampaian penduduk setempat ke destinasi lain, syarikat Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas untuk berkhidmat di kawasan Taman Putra Prima. Laluan bas T603 (Stesen LRT Puchong Prima–Taman Mas Sepang) dalam Koridor Puchong diperkenalkan dan berkhidmat di kawasan ini di sepanjang Lingkaran Putra Prima, Jalan Putra Prima Utama, Jalan Putra Prima Utama dan Jalan Taman Mas. Laluan bas ini menyediakan mobiliti penduduk ke stesen LRT Puchong Prima yang mana menyediakan perkhidmatan Laluan Sri Petaling ke terminal Putra Height dan terminal Ampang atau Sentul Timur.[5][6]
Rujukan
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ a b "Taman Putra Prima, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
- ^ Hatipah Ahmad (7 Jun 2005). "Taman rekreasi tervesar di Puchong". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 18 Mei 2025 – melalui KLiK.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T603" [MyRapid - Hentian Bas | T603]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
- ^ Rapid KL (26 Jun 2016). "LRT Line Extension Project – Feeder Bus: T603" [Projek Sambungan Laluan LRT – Bas Perantara: T603]. Facebook (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2025.