Nga Kor Ming | |
|---|---|
倪可敏 | |
Nga pada tahun 2023 | |
| Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
| Menyandang jawatan 13 Disember 2023 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Aiman Athirah Sabu |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Kawasan pilihan raya | Teluk Intan |
| Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan | |
| Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 13 Disember 2023 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Akmal Nasrullah Mohd Nasir (2022–2023) Aiman Athirah Sabu (12–13 Disember 2023) |
| Didahului oleh | Reezal Merican Naina Merican (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) |
| Digantikan oleh | Sendiri (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) |
| Kawasan pilihan raya | Teluk Intan |
| Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 13 Julai 2020 Berkhidmat with Mohd Rashid Hasnon | |
| Raja | Sultan Muhammad V (2018–2019) Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019–2020) |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad (2018–2020) Muhyiddin Yassin (2020) |
| Speaker | Mohamad Ariff Md Yusof |
| Didahului oleh | Ismail Mohamed Said |
| Digantikan oleh | Azalina Othman Said |
| Kawasan pilihan raya | Teluk Intan |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam) | |
| Dalam jawatan 28 Mac 2008 – 10 Februari 2009 | |
| Raja | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
| Menteri Besar | Mohammad Nizar Jamaluddin |
| Didahului oleh | Zambry Abdul Kadir (Pendidikan) Chang Ko Youn (Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam) |
| Digantikan oleh | Mohamad Zahir Abdul Khalid (Pendidikan) Mah Hang Soon (Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam) Zambry Abdul Kadir (Perumahan) |
| Kawasan pilihan raya | Pantai Remis |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Teluk Intan | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Mah Siew Keong (BN–GERAKAN) |
| Majoriti | 11,179 (2018) 15,169 (2022) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Taiping | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | M. Kayveas (BN–PPP) |
| Digantikan oleh | Teh Kok Lim (PH–DAP) |
| Majoriti | 11,298 (2008) 11,745 (2013) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Kepayang | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Ko Chung Sen (PH–DAP) |
| Majoriti | 9,491 (2022) |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Loke Chee Yan (PR–DAP) |
| Digantikan oleh | Ko Chung Sen (PH–DAP) |
| Majoriti | 4,604 (2013) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Aulong | |
| Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Leow Thye Yih (PH–DAP) |
| Digantikan oleh | Teh Kok Lim (PH–DAP) |
| Majoriti | 12,064 (2018) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Pantai Remis | |
| Dalam jawatan 29 November 1999 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Wong Chong Sang (BN–MCA) |
| Digantikan oleh | Wong May Ing (PR–DAP) |
| Majoriti | 2,447 (1999) 2,303 (2004) 5,706 (2008) |
| Timbalan Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
| Menyandang jawatan 16 Mac 2025 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Pengerusi Kebangsaan | Gobind Singh Deo |
| Didahului oleh | Gobind Singh Deo |
| Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 20 Mac 2022 – 16 Mac 2025 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Pengerusi Kebangsaan | Lim Guan Eng |
| Ketua Parlimen ke-3 dari Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 20 Mac 2022 – 23 Jun 2025 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Pengerusi Kebangsaan | Lim Guan Eng (2022–2025) Gobind Singh Deo (since 16 Mac 2025) |
| Didahului oleh | Anthony Loke Siew Fook |
| Digantikan oleh | Chong Chieng Jen |
| Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 12 November 2017 – 20 Mac 2022 | |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
| Pengerusi Kebangsaan | Tan Kok Wai |
| Didahului oleh | Ngeh Koo Ham |
| Digantikan oleh | Liew Chin Tong |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | David Nga Kor Ming 11 November 1972 |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 1999) |
| Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Pasangan | Wong Seow Ching |
| Pertalian | Ngeh Koo Ham (sepupu) |
| Anak | 3 |
| Kediaman | |
| Tempat belajar | Universiti Malaya |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
| Laman web | Laman rasmi Nga Kor Ming |
| Nga Kor Ming di Facebook | |
| Nga Kor Ming | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bahasa Cina | 倪可敏 | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Yang Berhormat Tuan David Nga Kor Ming (lahir 11 November 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Kepayang.
Kehidupan peribadi
Nga Kor Ming dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.[1][2] Keluarganya berasal daripada keturunan Fuzhou (ibunya berasal dari Kelantan) dan menetap di Ayer Tawar selepas berhijrah ke Tanah Melayu. Beliau dan keluarganya beragama Kristian dan merupakan penganut Gereja Methodist, di mana beliau telah dibaptiskan dengan nama David oleh mendiang Rev. Koh Gie Bing. Isterinya juga berasal dari Ayer Tawar, dan mereka dikurniakan tiga orang anak.
Pendidikan dan kerjaya profesional
Nga Kor Ming memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya. Sebelum pelantikannya ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, beliau bekerja sebagai peguam di Ayer Tawar dan juga di Ipoh, Perak.
Pada tahun 2007, beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada Sepuluh Belia Luar Biasa Malaysia oleh Junior Chamber International (JCI) dan Kementerian Belia dan Sukan dalam kategori 'Politik dan Kerajaan'. Anugerah ini dianggap luar biasa kerana jarang diberikan kepada ahli politik pembangkang.[3]
Kerjaya politik
Nga memulakan kerjaya pilihan rayanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bagi kawasan Pantai Remis selama tiga penggal berturut-turut sejak 1999, 2004 dan 2008. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Taiping, Perak selepas menewaskan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas dengan majoriti 11,298 undi dalam Pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac 2008. Pada tahun 2008, dengan pembentukan kerajaan negeri Perak oleh gabungan DAP, PKR dan PAS (dikenali sebagai Pakatan Rakyat – PR), Nga telah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dengan portfolio Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam. Sebelum itu, Perak telah diperintah secara berterusan oleh Barisan Nasional (BN) (atau pendahulunya Perikatan) sejak kemerdekaan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) pada tahun 1957. Dalam Pilihan raya umum 2013, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping dan turut memenangi kerusi DUN Perak bagi kawasan Kepayang. Dalam pilihan raya umum 2018, beliau memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan menewaskan penyandang, Mah Siew Keong dari BN, serta memenangi kerusi DUN Perak bagi kawasan Aulong secara serentak.
Kontroversi dan isu
Kenyataan Berbaur Perkauman
Pada tahun 2011, Nga Kor Ming telah menggunakan istilah "hitam metalik" untuk menggambarkan Menteri Besar Perak ketika itu, Zambry Abdul Kadir, semasa ceramah politik di Kamunting. Nga Kor Ming kemudian memohon maaf atas kenyataannya yang dianggap berunsur perkauman terhadap masyarakat India, apabila merujuk Zambry sebagai seorang "orang hitam metalik". Ia jelas merujuk kepada warna kulit Dr. Zambry yang berketurunan India, sebagaimana dilihat dalam beberapa ucapan beliau yang dirakam dan dimuat naik ke YouTube, walaupun beliau kemudian menafikan perkara tersebut.
Permohonan maaf tersebut diterima oleh Pengerusi Kebangsaan DAP ketika itu, Karpal Singh. Walau bagaimanapun, dipercayai tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap Nga, meskipun DAP dikenali sebagai parti berbilang kaum dan para pemimpinnya tidak pernah dikenali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap mana-mana kaum sehinggalah insiden kenyataan Nga Kor Ming ini.
Skandal Tempahan Pakaian (Tailorgate)
Pada tahun 2012, Nga Kor Ming telah menyaman seorang penulis blog yang dikenali sebagai sekupangdua, yang nama sebenarnya ialah Ahmad Sofian Yahya, di Mahkamah Tinggi Ipoh. Tindakan undang-undang itu bertujuan menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan perintah injunksi bagi menghalang penyiaran lanjut kenyataan fitnah terhadapnya.[4]
Isu ini berpunca daripada pendedahan bahawa syarikat milik isteri Nga sebelum ini telah dianugerahkan kontrak untuk menyiapkan sut rasmi (lounge suit) bagi ahli majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semasa Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri Perak.
DAP Perak menegaskan bahawa kontrak tempahan tersebut diberikan oleh lembaga tender MBI melalui kaedah tender terbuka. Ia turut dinyatakan bahawa Nga tidak campur tangan dalam jawatankuasa yang menyelia proses tender terbuka itu. Kontrak tersebut melibatkan penyediaan 24 sut lounge kepada ahli majlis MBI pada harga RM650 sepasang, dengan jumlah keseluruhan RM14,400.00.
Syarikat milik isteri Nga, Ethan and Elton, yang membida pada harga RM650 sepasang, telah dianugerahkan kontrak tersebut pada tahun 2008. Tender terbuka itu melibatkan empat lagi syarikat tukang jahit lain, dan walaupun Ethan and Elton menawarkan harga tertinggi (RM650), mereka tetap diberikan kontrak tersebut. Tawaran terendah adalah daripada Goodman Tailor yang membida pada harga RM450 sepasang.[5]
Namun begitu, Jawatankuasa Disiplin DAP telah membersihkan Nga daripada sebarang salah guna kuasa dalam penganugerahan kontrak tersebut kepada syarikat milik isterinya.[6]
Kontroversi Ucapan
Pada Mei 2018, tindakan Nga Kor Ming yang memperlekehkan Mahathir Mohamad dengan menyentuh isu mengenai usia lanjut dan kematian beliau telah dianggap sebagai biadab, tidak sopan, melampau dan menjijikkan. Tindakan tersebut juga dilihat bertentangan dengan adab dan norma masyarakat Malaysia.[7]
Bangunan Sekolah Dinamakan Sempena Namanya
Pada tahun 2019, penamaan sebuah bangunan tiga tingkat baharu di SJK (C) Sin Min, sebuah sekolah rendah Cina di Simpang, Perak, sempena nama Nga telah mencetuskan kontroversi.[8] Pemasangan huruf Cina cetakan 3D bertulis "Bangunan Nga Kor Ming" pada blok baharu tersebut — sebagai penghormatan kepada Nga kerana membantu mendapatkan geran kerajaan sebanyak RM220,000 untuk sekolah itu — telah dipersoalkan dan dikecam oleh sesetengah pihak.[9] Nga menolak kritikan terhadap isu tersebut dan menjelaskan bahawa keputusan untuk menggunakan namanya dibuat oleh lembaga pengurusan sekolah, dan beliau tidak pernah meminta atau mengarahkan agar namanya digunakan.[10]
Kritikan terhadap Buruh Malaysia di Singapura
Pada 27 Oktober 2022 di Johor, Nga Kor Ming mencetuskan satu lagi kontroversi apabila beliau secara terbuka menyatakan bahawa rakyat Malaysia akan terpaksa bangun awal pagi untuk bekerja di Singapura dan pulang lewat malam sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya. Beliau turut menyatakan bahawa jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum, rakyat Singapura pula yang akan berduyun-duyun datang ke Malaysia sebagai pekerja asing, bukan sebaliknya.[11][12]
Susulan kenyataan tersebut, beliau tampil membuat penjelasan bahawa beliau tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dengan ucapannya. Nga mendakwa bahawa pihak pembangkang telah memutarbelitkan kenyataannya dan menegaskan bahawa maksud sebenar beliau adalah Malaysia perlu mengekalkan hubungan dua hala yang saling menguntungkan dengan Singapura.[13]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1999 | N32 Pantai Remis | Nga Kor Ming (DAP) | 9,896 | 55.86% | Wong Chong Sang (MCA) | 7,449 | 42.05% | 17,716 | 2,447 | 64.09% | ||
| 2004 | N37 Pantai Remis | Nga Kor Ming (DAP) | 9,703 | 55.02% | Wong Chong Sang (MCA) | 7,400 | 41.96% | 17,635 | 2,303 | 66.18% | ||
| 2008 | Nga Kor Ming (DAP) | 12,188 | 61.83% | Ooi Jing Ting (MCA) | 7,112 | 36.08% | 19,712 | 5.076 | 70.37% | |||
| 2013 | N29 Kepayang | Nga Kor Ming (DAP) | 10,948 | 62.32% | Chang Kok Aun (MCA) | 6.344 | 36,12% | 17,566 | 4,604 | 79.50% | ||
| 2018 | N18 Aulong | Nga Kor Ming (DAP) | 18,123 | 56.40% | Soo Kay Ping (Gerakan) | 6,059 | 18.90% | 24,182 | 12,064 | 75.24% | ||
| 2022 | N29 Kepayang | Nga Kor Ming (DAP) | 11,977 | 72.60% | Richard Ng (Gerakan) | 2,486 | 15.67% | 16,498 | 9,491 | 65.49% | ||
| Lim Huey Shan (MCA) | 2,035 | 12.33% | ||||||||||
| Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | P60 Taiping | Nga Kor Ming (DAP) | 28,098 | 59.63% | M. Kayveas (PPP) | 16,800 | 35.65% | 47,123 | 11,298 | 71.52% | ||
| 2013 | Nga Kor Ming (DAP) | 37,275 | 58.32% | Tan Lian Hoe (Gerakan) | 25,530 | 39.94% | 63,913 | 11,745 | 81.80% | |||
| 2018 | P76 Teluk Intan | Nga Kor Ming (DAP) | 29,170 | 54.57% | Mah Siew Keong (Gerakan) | 17,991 | 34.13% | 54,601 | 11,179 | 82.10% | ||
| Ahmad Ramadzan Ahmad Daud (PAS) | 6,494 | 12.10% | ||||||||||
| 2022 | Nga Kor Ming (DAP) | 33,133 | 51.61% | Zainol Fadzi Paharudin (BERSATU) | 17,964 | 27.98% | 64,194 | 15,169 | 73.60% | |||
| Murugiah Thopasamy (MIC) | 12,304 | 19.17% | ||||||||||
| Ahmad Khusyairi Mohamad Tanusi (PEJUANG) | 793 | 1.24% | ||||||||||
Anugerah
Malaysia :
Rujukan
- ^ 倪可敏:心痛发展严重落后.-“重振火箭收服丹州”
- ^ Tan Sze Ming (6 Dis 2012). "Malaysian Representatives alpha : Nga Kor Ming". #MyMP UndiMsia! Sinar Project. Dicapai pada 15 November 2017.
- ^ "Nga kor Ming - About". www.ngakorming.com. Dicapai pada 30 Mac 2014.
- ^ "Nga filed RM10 million Libel suit against pro-umno's Blogger at Ipoh High Court". Nga Kor Ming's Blog. Dicapai pada 3 Januari 2012.
- ^ "Tailored for Abuse of Power". Stop The Lies. Dicapai pada 21 Disember 2011.
- ^ "DAP clear Nga of 'lounge-suit' corruption accusations". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2012. Dicapai pada 16 Februari 2012.
- ^ "Rude, uncouth, disgusting: Nga slammed for Dr M 'death' remarks". 2018-05-08.
- ^ Manjit Kaur (22 May 2019). "Taiping folk baffled over decision". The Star. Dicapai pada 14 Julai 2019.
- ^ Kong See Hoh (22 Mei 2019). "Chinese primary school's name raises controversy". The Sun Daily. Dicapai pada 14 Julai 2019.
- ^ "Nga dismisses criticism over new school block named after him". Malaysiakini. 29 Mei 2019. Dicapai pada 14 Julai 2019.
- ^ "Nga: Harapan can mend economy, S'poreans will come to M'sia for work". Malaysia Kini. Dicapai pada 5 Nov 2022.
- ^ Daud, Sulaiman (2022-11-01). "'No offence', says M'sian politician who claimed S'poreans would find jobs in M'sia if opposition wins election". Mothership. Dicapai pada 5 Nov 2022.
- ^ "Nga clarifies statement, says no intention to offend Singaporeans". Malaysia Kini. Dicapai pada 5 Nov 2022.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the Pilihan raya 2004.
- ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "Malaysia General Election 2018". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 11 May 2018. Results for Pilihan raya 2018.
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nga Kor Ming |
- Kelahiran 1972
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Orang hidup
- Alumni Universiti Malaya
- Peguam Malaysia
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-10
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-11
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-12
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-13
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-14
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-15
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15










