PORTAL MESIR PURBA
Kandungan pilihan tentang Mesir Purba![]()
Kemuncak kuasa Mesir purba dicapai semasa Kerajaan Baru, yang meluaskan pemerintahannya ke sebahagian besar Nubia dan sebahagian besar Levant. Selepas tempoh ini, Mesir perlahan-lahan memasuki era kemerosotan. Sepanjang sejarahnya, ia telah diserang atau ditakluki oleh beberapa tamadun asing, termasuk Hyksos, Kush, Assyria, Parsi, dan yang paling ketara, Yunani dan kemudian Rom. Persoalan bila Mesir purba tamat tidak disepakati: sama ada dengan berakhirnya Zaman Akhir semasa Perang Alexander Agung pada 332 SM atau dengan berakhirnya Kerajaan Ptolemaik yang diperintah Yunani semasa Rom menakluk Mesir pada 30 SM.[3] Pada 642 M, penaklukan Mesir oleh Arab menamatkan tempoh seribu tahun Zaman Yunani-Rom di rantau ini. Kejayaan tamadun Mesir purba sebahagiannya datang daripada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan Sungai Nil untuk pertanian. Banjir Nil yang boleh diramal dan pengairan terkawal di lembah suburnya menghasilkan hasil tanaman yang begitu banyak. Ia menyokong populasi yang lebih padat, seterusnya pembangunan sosial dan budaya yang ketara. Dengan sumber yang mencukupi, pentadbiran pun menaja pelombongan mineral-mineral di lembah dan kawasan gurun sekitarnya, pembangunan awal sistem penulisan sendiri, organisasi projek pembinaan dan pertanian kolektif, perdagangan dengan tamadun lain, dan tentera untuk menegaskan dominasi Mesir di seluruh Timur Dekat. Yang memotivasikan dan mengatur aktiviti-aktiviti ini ialah birokrasi jurutulis-jurutulis elit, ketua-ketua agama, dan pentadbir di bawah kawalan firaun yang memerintah, yang memastikan kerjasama dan perpaduan rakyat Mesir dalam konteks sistem kepercayaan agama yang rumit.[4] Antara banyak pencapaian Mesir purba ialah: teknik-teknik kuari, ukur, dan pembinaan yang menyokong pembinaan piramid, kuil, dan obelisk yang besar; sistem matematik; sistem perubatan praktikal dan berkesan; sistem pengairan dan teknik pengeluaran pertanian; kapal papan pertama yang diketahui;[5] faience Mesir dan teknologi kaca; bentuk baharu kesusasteraan; dan perjanjian damai terawal yang diketahui, yang diratifikasikan dengan Empayar Het yang berpusat di Anatolia.[6] Kesenian dan seni binanya banyak ditiru dan barangan antikuitinya dibawa untuk dikaji, dikagumi, atau direbutkan di seluruh pelosok dunia. Begitu juga, runtuhan monumen-monumennya menginspirasikan imaginasi pelancong dan penulis selama ribuan tahun. Rasa hormat baharu Eropah dan Mesir terhadap barangan purba dan penggalian yang bermula dengan serius pada zaman moden awal telah membawa kepada banyak penyiasatan saintifik tentang Mesir purba dan masyarakatnya, serta penghargaan yang lebih besar terhadap warisan budayanya.[7] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Rencana pilihan -Agama Mesir purba merupakan satu sistem kepercayaan politeistik dan upacara yang rumit, yang merupakan sebahagian penting dalam budaya Mesir purba. Ia tertumpu pada interaksi orang Mesir dengan pelbagai dewa yang dipercayai hadir dan mengawal dunia. Ada kira-kira 1500 dewa yang diketahui. Upacara seperti doa dan persembahan diberikan kepada dewa-dewa untuk mendapatkan keredaan mereka. Amalan keagamaan formal tertumpu pada firaun, pemerintah Mesir, yang dipercayai memiliki kuasa ilahi kerana kedudukan mereka. Mereka bertindak sebagai perantara antara rakyat mereka dan para dewa, dan berkewajipan untuk menjaga dewa-dewa melalui upacara dan persembahan supaya mereka dapat mengekalkan Maat, iaitu keteraturan alam semesta, dan menolak Isfet, iaitu kekacauan. Kerajaan melabur sumber yang besar untuk segala upacara keagamaan dan pembinaan kuil. Individu boleh berinteraksi dengan para dewa untuk tujuan mereka sendiri, memohon bantuan melalui doa atau menarik dewa untuk bertindak melalui sihir. Amalan ini berbeza daripada, tetapi berkait rapat dengan, uoacara dan institusi formal. Tradisi keagamaan rakyat biasa menjadi semakin utama sepanjang sejarah Mesir apabila status firaun merosot. Kepercayaan Mesir tentang kehidupan akhirat dan kepentingan amalan pengebumian terbukti dalam usaha susah payah yang mereka lakukan demi roh mereka untuk terus hidup selepas mati—dengan bekalan di dalam makam, barangan kubur dan persembahan untuk memelihara jasad dan roh si mati. (Rencana penuh...)Gambar pilihanHalaman "Gerbang:Mesir Purba/Gambar pilihan/1" tidak wujud. Tahukah anda...
Berita5hb September 2018. Rock-cut Tomb discovered in a 4,000-year-old Elite Cemetery Ogos 2018: di makam datuk bandar Memphis Ptahmose yang bertarikh sekitar 1300 SM ditemui keju yang dipelihara dengan baik, berusia lebih daripada 3000 tahun. [1] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Biografi pilihan -Darius Agung (riwayat: 549 BC– 486/485 BC; Bahasa Parsi Lama: Dārayawauš, Bahasa Parsi Baru: داریوش (Dâryûsh)), ialah putera Hystaspes. Darius seperti yang tertulis dalam inskripsi beliau merupakan seorang yang berpegang teguh pada agama Zoroaster. Ketika pemerintahan beliau, undang-undang negara sering kali dirujuk dan diubahsuai, terutamanya undang-undang mengenai penghakiman, perhambaan dan rasuah. Seperti Augustus, Darius hanya meluaskan empayar Parsi dengan tujuan menguasai sumber alam kawasan itu dan memastikan puak-puak yang tidak bertamadun sentiasa di luar sempadan Parsi. Pada masa yang sama, beliau turut membuat beberapa perubahan dalam ketenteraan seperti memperkenalkan sistem kerahan, pemberian gaji, latihan ketenteraan dan juga beberapa perubahan dalam tentera darat dan tentera laut. (Rencana penuh...)[{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Imej umumBerikut ialah imej daripada pelbagai rencana berkaitan Mesir Purba di Wikipedia.
Portal berkaitanWikiProjekTopik utama
Firaun yang terkenal
Pakar kaji Mesir KategoriKandungan diiktirafPengguna:JL-Bot/Project content Rencana pilihan
Senarai pilihanRencana baik
Tahukah anda?
Gambar pilihan
Rencana dalam beritaRencana utama laman utama
Senarai utama laman utamaGambar hari ini
Perkara untuk dilakukanWikimediaSumber
Portal
|