Horus | |||
---|---|---|---|
![]() Horus sering kali merupakan dewa penaung kebangsaan orang Mesir purba. Dia biasanya digambarkan sebagai seorang lelaki berkepala helang yang memakai pschent, atau mahkota merah dan putih, sebagai simbol pemerintahan ke atas seluruh kerajaan Mesir. | |||
Nama dalam hieroglif |
| ||
Pusat kultus utama | Nekhen, Edfu[1] | ||
Simbol | Mata Horus | ||
Maklumat peribadi | |||
Ibu bapa | Osiris dan Isis, Osiris dan Nephthys,[2] Hathor[3] | ||
Adik-beradik | Anubis,[a] Bastet[b] | ||
Pasangan | Hathor, Isis, Serket[4] Nephthys[2] Ta-Bitjet[5] | ||
Anak | Ihy, Empat Anak Horus (Horus yang Tua) | ||
Kesetaraan | |||
Kesetaraan Yunani | Apollo | ||
Kesetaraan Nubia | Mandulis |
Horus (Jawi: هوروس),[c] juga dikenali sebagai Heru, Har, Her atau Hor[d][6] Ϩⲱⲣ (Qibti), dalam bahasa Mesir purba, ialah salah satu dewa Mesir purba yang paling penting yang memainkan banyak fungsi, terutamanya sebagai dewa perajaan, penyembuhan, perlindungan, matahari dan langit. Dia disembah dari sekurang-kurangnya akhir Mesir prasejarah sehingga Kerajaan Ptolemaik dan Mesir Rom. Pelbagai rupa bentuk Horus yang berbeza telah dicatatkan dalam sejarah, dan setiap satu dianggap dewa yang berbeza oleh ahli kaji Mesir purba.[7] Bentuk-bentuk ini mungkin manifestasi yang berbeza untuk dewa yang sama, dengan tiap-tiap aspek atau hubungan sinkretik tertentu ditekankan, tidak semestinya bertentangan tetapi saling melengkapi, selaras dengan pandangan sarwa orang Mesir purba.[8] Dia paling sering digambarkan sebagai falkon, kemungkinan besar falkon lanner atau falkon belalang, atau sebagai seorang lelaki dengan kepala falkon.[9][10]
Horus yang paling awal dicatatkan ialah sebagai dewa penaung Nekhen di Mesir Hulu, yang merupakan dewa kebangsaan pertama yang diketahui, khususnya berkaitan dengan firaun yang memerintah yang lambat-laun dianggap sebagai manifestasi Horus semasa hidup dan Osiris selepas mangkat.[7] Hubungan kekeluargaan yang paling biasa diceritakan ialah Horus sebagai anak Isis dan Osiris, dan dia memainkan peranan penting dalam mitos Osiris sebagai pewaris Osiris dan saingan kepada Set, pembunuh dan abang Osiris. Dalam tradisi lain, Hathor dianggap sebagai ibunya dan kadangkala sebagai isterinya.[7]
Mengamalkan interpretatio romana, Claudius Aelianus menulis bahawa orang Mesir memanggil dewa Apollo sebagai "Horus" dalam bahasa mereka sendiri.[11] Walau bagaimanapun, Plutarch, yang memperincikan lagi tradisi yang sama yang dilaporkan oleh orang Yunani, menyatakan bahawa "Horus" yang disamakan oleh orang Mesir dengan Apollo Yunani sebenarnya ialah "Horus yang Lebih Tua", bentuk purbakala Horus yang dibezakan oleh Plutarch daripada Horus dan Harpocrates.[12]
Etimologi
Horus direkodkan dalam hieroglif Mesir sebagai ḥr.w "Falkon", 𓅃; sebutan asal telah dibina semula sebagai /ˈħaːɾuw/ dalam bahasa Mesir purba dan awal bahasa Mesir Pertengahan, /ˈħaːɾəʔ/ dalam bahasa Mesir Pertengahan kemudian, dan /ˈħoːɾ(ə)/ dalam bahasa Mesir Lewat. Makna tambahan dipercayai ialah "yang jauh" atau "yang berada di atas, mengatasi".[13] Semakin bahasa berubah dari masa ke masa, ia muncul dalam varieti Qibti lebih kurang sebagai /hɔr/ atau /ħoːɾ/ (Ϩⲱⲣ) dan diterima ke dalam bahasa Yunani kuno sebagai Ὧρος Hō̂ros (pada masa itu disebut sebagai /hɔ̂ːros/). Ia juga kekal dalam bahasa Mesir Lewat dan Qibti dalam bentuk nama teoforik—nama yang memasukkan nama seorang dewa—seperti Siese "anak Isis" dan Harsiese "Horus, Anak Isis".
Horajti atau Hor-Ajti, "Horus dari Dua Ufuk", ialah personifikasi matahari di ufuk menurut mitologi Mesir.[14]
Horus dan firaun

Firaun dikaitkan dengan banyak dewa tertentu. Firaun dikaitkan secara langsung dengan Horus, yang mewakili kekuasaan sendiri dan dilihat sebagai pelindung firaun,[15] dan dia dilihat sebagai anak Ra, yang memerintah dan mengatur alam semula jadi seperti firaun memerintah dan mengatur masyarakat.
Teks Piramid (s. 2400–2300 SM) menerangkan sifat firaun dengan watak-watak yang berbeza sebagai Horus dan Osiris. Firaun sebagai Horus semasa hidup menjadi firaun sebagai Osiris setelah mangkat, yang mana dia bersatu dengan dewa-dewa lain. Jelmaan-jelmaan baru Horus menggantikan firaun yang telah mangkat di bumi dalam bentuk firaun-firaun baru.[16]
Sebahagian daripada siri |
Agama Mesir Purba |
---|
![]() |
Portal Mesir Purba |
Keturunan Horus, hasil akhir penyatuan anak-anak Atum, mungkin cara untuk menjelaskan dan mewajarkan kuasa firaun. Dewa-dewa yang dihasilkan oleh Atum kesemuanya mewakili kuasa alam semesta dan duniawi dalam kehidupan Mesir. Dengan mengenal pasti Horus sebagai keturunan kuasa-kuasa ini, kemudian mengakui dia dengan Atum, dan akhirnya mengakui Firaun ialah Horus, firaun mengikut teologi mempunyai kuasa ke atas seluruh dunia.
Mitologi asal usul
Dalam satu kisah, Horus dilahirkan setelah ibunya Isis mengambil semua bahagian tubuh suaminya Osiris yang dibunuh dan dikerat-kerat, kecuali zakarnya, yang dibuang ke dalam Sungai Nil dan dimakan oleh ikan keli/Medjed[17][18] atau, dalam beberapa versi, oleh ketam. Catatan Mesir yang lebih lama menyatakan bahawa zakar Osiris masih utuh. Menurut catatan Plutarch, Isis menggunakan kuasa sihirnya untuk menghidupkan semula Osiris dan membuat lingga[19] untuk mengandungkan anaknya. Setelah mengandung, Isis melarikan diri ke rawa Delta Nil untuk bersembunyi daripada abangnya Set, yang telah membunuh Osiris kerana cemburu dan yang Isis tahu ingin membunuh anak mereka.[20] Di sana Isis melahirkan seorang anak dewa, Horus.
Memandangkan tema kelahiran, kematian dan kelahiran semula merupakan unsur berulang dalam mitologi dan kosmologi Mesir Purba, kewujudan satu aspek Horus yang digambarkan sebagai saudara kepada Osiris, Isis, Set dan Nephthys—anak kepada Nut dan Geb—tidak dianggap luar biasa. Variasi ini mencerminkan kefleksibelan identiti ketuhanan dalam tradisi Mesir purba. Horus yang lebih tua ini dipanggil Heru-ur (juga Hrw-wr) berbeza dengan Horus yang lebih muda, Heru-pa-khered (juga Hrw-P-Khrd), kemudiannya diterima oleh orang Yunani sebagai Harpocrates.[perlu rujukan]

Keturunan
Atum atau Ra | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shu | Tefnut | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Geb | Nut | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Osiris | Isis | Heru-ur | Set | Nephthys | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Horus | Hathor | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Peranan mitologis
| |||
rˁ-ḥr-3ḫty "Ra-Horakhty" dalam hieroglif Mesir | |||
---|---|---|---|
Dewa langit

Disebabkan Horus dikatakan ialah langit, dia juga dianggap mengandungi Matahari dan Bulan.[21] Orang Mesir percaya bahawa Matahari ialah mata kanannya dan Bulan ialah mata kirinya dan bahawa kedua-duanya melintasi langit ketika dia, seekor falkon, terbang melintasinya.[22] Kemudiannya, alasan mengapa Bulan tidak seterang matahari dijelaskan oleh sebuah kisah, yang dikenali sebagai Persaingan Horus dan Seth. Dalam kisah ini, dikatakan bahawa Set, penaung Mesir Hulu, dan Horus, penaung Mesir Hilir, telah bertempur untuk Mesir dengan sengit tanpa ada pihak yang menang, sehingga akhirnya para dewa memihak kepada Horus.
Kerana Horus akhirnya pemenangnya, dia dikenali sebagai ḥr.w atau "Horus yang Besar" tetapi lebih biasa diterjemahkan sebagai "Horus yang Lebih Tua". Dalam persaingan itu, Set telah kehilangan buah zakar, dan mata Horus tercungkil.
Horus kadang-kadang ditunjukkan dalam seni sebagai seorang budak lelaki telanjang dengan jari di mulutnya duduk di atas teratai bersama ibunya. Dalam bentuk seorang pemuda, Horus dirujuk sebagai nfr ḥr.w "Horus yang Baik", ditransliterasikan sebagai Neferhor, Nephoros atau Nopheros (dibina semula sebagai naːfiru ħaːruw).

Mata Horus ialah simbol Mesir purba yang melambangkan perlindungan dan kuasa diraja daripada dewa-dewa, dalam kes ini daripada Horus atau Ra. Simbol ini dapat dilihat pada imej ibu Horus, Isis, dan pada dewa-dewa lain yang ada kaitan dengan Isis. Dalam bahasa Mesir, perkataan untuk simbol ini ialah "wedjat" (wɟt).[23][24] Mata salah satu dewa Mesir yang paling awallah, Wadjet, yang kemudian dikaitkan dengan Bastet, Mut dan Hathor juga. Wadjet dewa matahari dan simbol ini bermula sebagai mata dia yang melihat segalanya. Dalam karya seni awal, Hathor juga digambarkan dengan mata ini.[25] Azimat pengebumian sering dibuat dalam bentuk Mata Horus. Wedjat atau Mata Horus ialah "elemen utama" tujuh gelang "emas, faience, karnelian dan lazuardi" yang ditemui pada mumia Shoshenq II.[26] Wedjat "dimaksudkan untuk melindungi raja [di sini] dalam hidup selepas mati"[26] dan untuk menangkis kejahatan. Pelaut-pelaut Mesir dan Timur Dekat sering melukis simbol ini di haluan kapal mereka untuk memastikan perjalanan laut yang selamat.[27]
Horus juga dipercayai melindungi langit.[15]
Konflik antara Horus dan Set
Horus diberitahu oleh ibunya, Isis, untuk melindungi orang Mesir dari Set, dewa padang pasir, yang telah membunuh bapa Horus, Osiris.[29][30] Horus mempunyai banyak pertempuran dengan Set, bukan hanya untuk membalas dendam bapanya tetapi untuk memilih pemerintah Mesir yang sah. Dalam pertempuran ini, Horus dikaitkan dengan Mesir Hilir dan menjadi penaungnya.
Menurut Persaingan Horus dan Seth, Set digambarkan sebagai cuba membuktikan kekuasaannya dengan menggoda Horus lalu melakukan persetubuhan dengannya. Walau bagaimanapun, Horus meletakkan tangannya di antara pehanya dan menangkap air mani Set, kemudian membuangkannya ke sungai supaya dia tidak dikatakan telah disemai oleh Set. Horus (atau Isis sendiri dalam beberapa versi) kemudian sengaja menyebarkan air maninya sendiri ke atas beberapa daun selada, makanan kegemaran Set. Selepas Set memakan selada itu, mereka pergi kepada para dewa untuk cuba menyelesaikan pertikaian pemerintahan Mesir tadi. Para dewa pertama mendengar tuntutan Set tentang dominasinya terhadap Horus dan menyeru air maninya, tetapi ia menjawab dari sungai, membatalkan tuntutannya. Kemudian, para dewa mendengar tuntutan Horus tentang telah mendominasi Set dan menyeru air maninya, dan ia menjawab dari dalam Set.[31][32]

Walau bagaimanapun, Set masih enggan mengalah, dan para dewa lain menjadi letih setelah lebih lapan puluh tahun penuh tempuran dan cabaran. Horus dan Set mencabar satu sama lain dalam perlumbaan perahu, masing-masing berlumba dalam perahu yang dibuat daripada batu. Horus dan Set bersetuju dan perlumbaan bermula. Namun Horus mempunyai kelebihan: perahunya dibuat daripada kayu yang dicat menyerupai batu, bukan batu sebenar. Perahu Set, yang dibuat daripada batu berat tenggelam tetapi perahu Horus tidak. Horus kemudian menang dan Set mengundurkan diri lalu secara rasmi memberikan takhta Mesir kepada Horus.[34] Setelah menjadi raja berikutan kekalahan Set, Horus memberikan persembahan kepada bapanya Osiris yang telah meninggal, dengan itu menghidupkan dan memberinya hayat dalam hidup selepas mati. Selepas Kerajaan Baru, Set masih dianggap sebagai tuan padang pasir dan oasis-oasis gurun.[35]
Dalam banyak versi cerita tersebut, Horus dan Set membahagikan alam sesama mereka. Pembahagian ini boleh disamakan dengan mana-mana beberapa dualiti asas yang dilihat oleh orang Mesir dalam dunia mereka. Horus mendapat tanah subur di sekitar Nil, teras tamadun Mesir, dan Set mengambil gurun yang gersang atau tanah asing yang dikaitkan dengannya; Horus memerintah bumi sementara Set berdiam di langit; dan masing-masing boleh mengambil salah satu daripada dua bahagian tradisional negara itu, Mesir Hulu dan Hilir, dengan masing-masing boleh dikaitkan dengan wilayah mereka. Namun dalam Teologi Memphis, Geb, sebagai hakim, mula-mula membahagikan alam antara mereka sebelum menarik balik keputusannya dan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Horus. Dalam penyatuan yang aman ini, Horus dan Set didamaikan, dan dualiti yang mereka wakili telah disatukan. Melalui penyelesaian ini, ketertiban dipulihkan selepas konflik yang huru-hara.[36]

Ahli Mesir purba sering cuba menghubungkan konflik antara kedua-dua dewa dengan peristiwa politik awal dalam sejarah atau prasejarah Mesir. Kes-kes yang mana para pejuang membahagikan kerajaan Mesir, dan persatuan yang kerap antara Horus dan Set dengan penyatuan Mesir Hulu dan Hilir, mencadangkan bahawa kedua-dua dewa itu mewakili semacam pembahagian dalam negara. Tradisi Mesir dan bukti arkeologi menunjukkan bahawa Mesir disatukan pada awal sejarahnya apabila sebuah kerajaan Mesir Hulu, di selatan, menakluki Mesir Hilir di utara. Pemerintah Mesir Hulu memanggil diri mereka "pengikut Horus", dan Horus menjadi dewa penaung entiti bersatu itu dan raja-rajanya. Namun Horus dan Set tidak boleh disamakan begitu sahaja dengan dua bahagian negara. Kedua-dua dewa mempunyai beberapa pusat kultus di setiap wilayah, dan Horus sering dikaitkan dengan Mesir Hilir dan Set dengan Mesir Hulu. Peristiwa lain juga mungkin telah mempengaruhi mitos ini. Sebelum Mesir Hulu mempunyai satu pemerintah, dua bandar utamanya ialah Nekhen, di selatan jauh, dan Nagada, berbatu-batu ke utara. Pemerintah Nekhen, di mana Horus dewa penaung, dipercayai telah menyatukan Mesir Hulu, termasuk Nagada, di bawah pengaruh mereka. Set dikaitkan dengan Nagada, jadi mungkin konflik antara dewa ini samar-samar mencerminkan permusuhan antara bandar-bandar pada masa lalu yang jauh. Lebih lama kemudian, pada akhir Dinasti Kedua (s. 2890–2686 SM), Firaun Seth-Peribsen menggunakan haiwan Set untuk menulis nama serekhnya menggantikan hieroglif falkon yang mewakili Horus. Penggantinya Khasekhemwy menggunakan kedua-dua Horus dan Set dalam penulisan serekhnya. Bukti ini telah mencetuskan terkaan bahawa Dinasti Kedua menyaksikan pertembungan antara pengikut raja Horus dan penyembah Set yang diketuai oleh Seth-Peribsen. Khasekhemwy menggunakan dua simbol haiwan itu kemudian akan mewakili pendamaian kedua-dua puak, seperti penyelesaian mitos ini.[37]
Horus Emas Osiris
Horus beransur-ansur menjadi kedua-dua anak Osiris dan Osiris sendiri. Dia dirujuk sebagai Horus Emas Osiris.[38][39][40][41] Dalam kuil Dendera dia diberikan gelaran penuh diraja kedua-dua Horus dan Osiris. Kadang-kadang dipercayai bahawa dia adalah kedua-dua bapa kepada dirinya sendiri dan anaknya sendiri, dan beberapa catatan kemudian menyatakan Osiris dihidupkan semula oleh Isis.[42]
Rupa-rupa bentuk Horus
-
Horus digambarkan sebagai seorang lelaki berkepala falkon
-
Ra-Horakhty, bentuk Ra yang disinkretismekan dengan Horus
-
Horus dan Set digambarkan sebagai satu
-
Her-iunmutef, bentuk Horus yang digambarkan sebagai seorang kahin memakai kulit harimau bintang
-
Heru-pa-khered, Horus yang digambarkan sebagai seorang kanak-kanak
-
Horus sebagai seekor falkon
-
Horus digambarkan sebagai seekor falkon bermahkota
-
Har-em-akhet atau Heru-ur, dua bentuk Horus dengan badan singa
-
Hor-imy-shenut, bentuk Horus dengan badan buaya
-
Heru-Behdeti, bentuk Horus yang digambarkan sebagai matahari bersayap
Heru-ur (Horus yang Lebih Tua)
Heru-ur | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Nama dalam hieroglif |
| |||
Pusat kultus utama | Heliopolis, Giza | |||
Simbol | helang, lelaki berkepala helang, Hierakosfinks | |||
Maklumat peribadi | ||||
Ibu bapa | Geb dan Nut, atau Ra dan Heqet (di Kom Ombo) | |||
Adik-beradik | Osiris, Isis, Set, dan Nephthys, atau Tasenetnofret (di Kom Ombo) | |||
Pasangan | Serket, Hathor, Tasenetnofret (di Kom Ombo) | |||
Anak | Imsety, Hapy, Duamutef, Qebehsenuef, atau Panebtawy (di Kom Ombo) |
Heru-ur, juga dikenali sebagai Heru-wer, Haroeris, Horus yang Agung, dan Horus yang Lebih Tua, ialah gambaran matang dewa Horus.[43] Manifestasi Horus ini disembah terutamanya di Letopolis di Mesir Hilir. Orang Yunani menyetarakan dia dengan dewa Yunani Apollo.[44]
Gelarannya termasuk: 'terkemuka dari dua mata', 'dewa agung', 'tuan Ombos', 'pemilik pisau ijt, yang tinggal di Letopolis', 'Shu, anak Ra', 'Horus, kuat lengan', 'besar kuasa' dan 'tuan pembunuhan di seluruh tanah'.[45] 'Terkemuka dari dua mata' ialah gelaran umum yang merujuk kepada dua mata dewa langit. Kedua-dua mata mewakili matahari dan bulan, serta mata-Wadjet, dan memainkan peranan penting dalam kultus Heru-ur. Pusat kultusnya asalnya ialah Letopolis; kemudian dia juga disembah di Kom Ombo dan Qus.[46] Di Kom Ombo, dia disembah sebagai anak Ra dan Heqet,[47] suami kepada isteri-saudaranya Tasenetnofret dan bapa kepada dewa kanak-kanak Panebtawy.[48]
Dalam Moralia, ahli falsafah Yunani Plutarch menyebut tiga tradisi keturunan tambahan yang kononnya wujud untuk Heru-ur semasa zaman Ptolemaik. Menurut catatan Plutarch, Heru-ur dipercayai ialah anak Geb dan Nut, dilahirkan pada hari kedua daripada lima hari tambahan pada akhir tahun, selepas Osiris dan sebelum Set, Isis, dan Nephthys. Plutarch juga mencatat tradisi varian yang memberikan bapa berbeza kepada anak-anak Nut: Osiris dan Heru-ur dipadankan dengan Nut dan Ra, Isis kepada Nut dan Thoth, manakala Nephthys dan Set dikatakan sebagai anak-anak Nut dan Geb. Selain itu, serupa dengan manifestasi Horus yang lain, Heru-ur kadangkala dianggap sebagai anak Isis dan Osiris, dikandung oleh pasangan itu semasa masih dalam rahim Nut.[49]
Plutarch bertujuan untuk membezakan antara bentuk kanak-kanak Horus, anak Osiris dan Isis, dan 'Haroëris' yang dirujuknya sebagai 'Horus yang Lebih Tua'. Haroëris ialah versi Yunani bagi gelaran Mesir 'Horus-wer', yang secara langsung diterjemahkan sebagai 'Horus yang Besar,' istilah yang pertama kali muncul dalam Papirus Mantera 588, kemungkinan untuk membezakan Horus kultus diraja daripada bentuk Horus yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, teks Mesir purba tidak membezakan antara Horus yang Lebih Tua dan Horus 'muda'. Horus-wer juga kadangkala dirujuk sebagai anak Osiris dan Isis, dan 'wer' ialah gelaran umum untuk dewa-dewa Mesir purba dan tidak menyiratkan pemisahan antara dewa tua dan muda kepada dua generasi yang berbeza.[50][51]
Heru-ur kadangkala digambarkan sepenuhnya sebagai falkon; dia kadangkala diberi gelaran Kemwer, bermaksud "(yang) hitam agung".[perlu rujukan] Heru-ur juga digambarkan sebagai Hierakosfinks (singa berkepala falkon).[52]
Varian lain termasuk Hor Merti 'Horus dari dua mata' dan Horkhenti Irti.[53]
Heru-pa-khered (Horus Si Kanak-kanak)
Heru-pa-khered (Harpocrates bagi orang Yunani Ptolemaik), juga dikenali sebagai Horus Si Kanak-kanak, digambarkan seorang pemuda yang memakai seikat rambut (tanda kanak-kanak) di sebelah kanan kepalanya sambil menghisap jarinya. Selain itu, dia biasanya memakai mahkota bersatu Mesir, mahkota Mesir Hulu dan mahkota Mesir Hilir. Dia stu bentuk matahari terbit, mewakili cahaya terawalnya.[44]
Seawal alaf ketiga SM, teks-teks Mesir purba seperti Teks Piramid menyebut-nyebutkan kelahiran, zaman muda, dan zaman dewasa dewa Horus. Walau bagaimanapun, imejnya sebagai dewa kanak-kanak tidak mantap sehinggalah alaf pertama SM, apabila ahli teologi Mesir mula mengaitkan dewa kanak-kanak dengan dewa dewasa. Dari perspektif sejarah, Harpocrates ialah ciptaan buatan, berasal daripada para pendeta Thebes dan kemudian mendapat populariti dalam kultus bandar-bandar lain. Penggambarannya yang pertama diketahui bertarikh pada stele dari Mendes, didirikan semasa pemerintahan Shoshenq III (Dinasti Libya ke-22), memperingati derma oleh pemain seruling Ânkhhorpakhered. Pada asalnya, Harpocrates ialah salinan Khonsu-pa-khered, memberikan figura dewa-kanak untuk dewa pengebumian Osiris dan Isis. Tidak seperti Horus, yang secara tradisionalnya digambarkan sebagai dewasa, Khonsu, dewa bulan, memang dikaitkan dengan zaman muda. Kultus-kultus Harpocrates dan Khonsu asalnya bergabung dalam sebuah tempat suci di perkarangan Mut di Karnak. Tempat suci ini, kemudiannya diubah menjadi mammisi (rumah kelahiran) di bawah Dinasti ke-21, meraikan kelahiran ilahi firaun, menghubungkan bonda ratu dengan dewi-ibu Mut dan Isis. Penggabungan kepercayaan tempatan Thebes dengan kultus Osiris memberikan Harpocrates dua keturunan, seperti yang dilihat dalam inskripsi-inskripsi di Wadi Hammamat yang menamakannya 'Horus Si Kanak-kanak, anak Osiris dan Isis, yang Lebih Tua, yang sulung Amun.' Tradisi Osiris mengukuhkan Harpocrates sebagai arketip dewa-kanak, bersepadu sepenuhnya dalam keluarga Osiris.[54]
Heru-Behdeti (Horus dari Behdet)
Heru-Behdeti | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Nama dalam hieroglif |
| |||
Pusat kultus utama | Edfu | |||
Simbol | matahari bersayap | |||
Pasangan | Hathor | |||
Anak | Harsomtus |
Matahari bersayap Horus dari Edfu ialah simbol yang dikaitkan dengan ketuhanan, diraja, dan kuasa dalam Mesir purba.[55] Matahari bersayap digambarkan di bahagian atas tonggak pedaka di dalam kuil-kuil purba di seluruh Mesir.
Har-em-akhet (Horus di Ufuk)
Har-em-akhet (atau Horemakhet; Harmakhis dalam bahasa Yunani), mewakili subuh dan matahari awal pagi. Dia sering digambarkan sebagai sfinks dengan kepala manusia (seperti Sfinks Agung Giza), atau sebagai hierakosfinks, makhluk dengan badan singa dan kepala serta sayap falkon, kadangkala dengan kepala singa atau biri-biri (biri-biri menghubungkannya dengan dewa Khepri, matahari terbit). Dipercayai bahawa dialah inspirasi untuk Sfinks Agung Giza, dibina atas perintah Khafre, yang kepalanya digambarkan.
Harpara (Horus si matahari)
Harpara ("Horus si matahari") ialah anak Montu dan Raet-Tawy, dan membentuk triad dewa dengan mereka di utara Karnak dan Armant. Di Medamud, Harpara disembah sebagai anak sulung Amun dan Raet-Tawy.[56] sementara di tempat lain dia dikatakan anak Mehet-Weret.[57] Bentuk tempatan Thoth bernama Thoth-dari-Armant kemungkinan besar disembah sebagai bentuk dewasa Harpra.[58] Sebagai manifestasi muda Thoth, Harpara dianggap sebagai dewa bulan di Armant.[59]
Bentuk-bentuk Horus lain

- Hor Merti (Horus di Dua Mata)
- Har-Nedj-Hef (Horus, pelindung bapanya) – bentuk Horus yang melindungi Osiris
- Horkhenti Irti[53]
- Hor-imy-shenut – bentuk Horus yang mempunyai badan buaya
- Her-sema-tawy (Horus, Penyatu Dua Tanah) – Harsomptus Yunani, digambarkan seperti Horus bermahkota ganda
- Her-iunmutef (Horus, Tiang Ibunya) – bentuk Horus digambarkan sebagai pendeta dengan kulit harimau bintang menutupi batang tubuhnya.
- Herui (falkon berganda atau Horus) – dewa nomos ke-5 Mesir Hulu di Coptos.
Perayaan Horus
Perayaan Kemenangan (Mesir: Heb Nekhtet) merupakan sambutan tahunan Mesir untuk dewa Horus. Perayaan Kemenangan disambut di Kuil Horus di Edfu dan berlangsung pada bulan kedua Musim Kemunculan (atau bulan keenam kalendar Mesir).
Upacara-upacara yang berlangsung semasa Perayaan Kemenangan termasuk persembahan drama suci yang memperingati kemenangan Horus melawan Set. Pelakon utama dalam drama ini raja Mesir sendiri, yang memainkan watak Horus. Lawannya seekor badak air, yang memainkan watak Set. Dalam upacara ini, raja akan menikam badak air dengan serampang. Kebinasaan badak air itu oleh raja memperingati kekalahan Set oleh Horus, yang juga melegitimasikan si raja.
Tidak mungkin raja menghadiri Perayaan Kemenangan setiap tahun; dalam banyak kes baginda mungkin akan diwakili oleh seorang pendeta. Juga, tidak mungkin seekor badak air sebenar digunakan dalam perayaan setiap tahun; dalam banyak kes ia mungkin digantikan dengan sebuah patung.[60]
Pengarang Rom abad ke-4 Macrobius menyebut perayaan tahunan Mesir lain untuk Horus dalam Chronicon beliau. Macrobius menyatakan perayaan ini berlaku pada solstis musim sejuk. Uskup Kristian abad ke-4 Epiphanius dari Salamis juga menyebut perayaan solstis musim sejuk Horus dalam Panarion beliau.[61] Walau bagaimanapun, perayaan ini tidak terbukti dalam mana-mana sumber asli Mesir.
Cadangan pengaruh terhadap Kristian
Buku William R. Cooper 1877 dan buku terbitan sendiri Acharya S 2008, antara lain, telah mencadangkan bahawa terdapat banyak persamaan antara kisah Horus dan kisah Yesus yang datang jauh lebih kemudian.[62][63] Pandangan ini masih sangat berkontroversi dan dipertikaikan.[64][65][66]
Dalam budaya popular
Declan Hannigan melakonkan watak Horus dalam siri televisyen Marvel Cinematic Universe (MCU) Moon Knight (2022).[67]
Dalam siri filem Night at the Museum, sekumpulan dewa pejuang alam bawah muncul dalam Night at the Museum: Battle of the Smithsonian apabila Kahmunrah menggunakan gabungan untuk membuka pintu ke alam bawah dan memanggil tentera pejuang Horus. Pejuang muncul dari alam bawah membawa lembing bersedia untuk menyerang dan menyertai pertarungan Kahmunrah untuk menguasai dunia.
Horus adalah Dewa Kelas Pejuang dalam permainan pertempuran arena dalam talian berbilang pemain Smite dengan gelaran "Pewaris yang Sah".[68]
Dalam trilogi buku The Kane Chronicles oleh Rick Riordan, watak utama Carter Kane menjadi tuan rumah roh Horus apabila dibebaskan di Muzium British bersama empat dewa Mesir lain. Horus bercakap dengan Carter sepanjang trilogi, menawarkan nasihat dan pedomannya.
Dalam filem fantasi aksi Gods of Egypt Horus dilakonkan oleh Nikolaj Coster-Waldau. Dalam filem itu, dia membantu seorang manusia bernama Bek untuk menghentikan bapa saudaranya Set sambil juga cuba mendapatkan semula takhtanya dan membawa keamanan ke Mesir.
Horus muncul dalam novel grafik fiksyen sains 1980 La Foire aux immortels yang ditulis dan diilustrasikan oleh kartunis dan pencerita Perancis Enki Bilal.
Galeri
-
Horus, dewa penaung Hierakonpolis (berhampiran Edfu), ibu kota prasejarah Mesir Hulu. Kepalanya dibentuk dengan mengetuk emas kemudian menyambungkannya dengan badan tembaga. Ureus dipasang pada mahkotanya yang menyokong dua bulu tinggi. Matanya dihiasi dengan obsidian. Dinasti Keenam.
-
Horus (kanan) dalam Makam Horemheb (KV57) di Lembah Raja-raja
-
Ukiran Horus di Kuil Edfu
-
Ukiran di kuil Seti I firaun Seti I mempersembahkan persembahan kepada Horus
-
Serpihan ukiran dicat firaun Ramesses II disertai oleh Horus
-
Di Duat Horus membawa Hunefer ke sebuah kuil di mana Osiris bersemayam
-
Kepala patung Horus, 664–30 SM, Zaman Akhir–Zaman Ptolemaik
-
Aloi tembaga Horus (tengah) sebagai pegawai Rom dengan stansa contrapposto (Muzium Arkeologi Kebangsaan, Athens)
-
Dewa Horus sebagai falkon memakai Mahkota Berganda Mesir. Dinasti ke-27. Muzium Negeri Seni Mesir, Munich
-
Patung Horus dari pemerintahan Amenhotep II (Dinasti Kelapan Belas, s. 1400 SM) di Musée royal de Mariemont, Belgium
-
Isis menyusukan Horus muda, Kuil Isis, Pulau Philae
-
Kepala Horus dari Memphis, 1196 SM, Muzium Penn
-
Horus digambarkan dalam ukiran dengan Wadjet dan memakai mahkota berganda. Kuil Pengebumian Hatshepsut
-
Patung Horus di Kuil Edfu
-
Patung granit Ramses III (memerintah 1186 - 1155 SM) dengan Horus (di sebelah kiri dalam foto) dan Set. Muzium Mesir, Kaherah
Nota
- ^ Dalam beberapa catatan.
- ^ Jarang disebut.
- ^ Yunani Purba: Ὧρος, rumi: Hō̂ros, sebutan Yunani Purba: [hɔ̂ː.ros]; Latin: Hōrus, sebutan Latin: [hoː.rus]
- ^ Mesir Purba: ḥr; Qibti: Ϩⲱⲣ, rumi: Hōr, sebutan Qibti: [hɔr]
Rujukan
- ^ Sims, Lesley (2000). "Dewa & dewi". A Visitor's Guide to Ancient Egypt. Saffron Hill, London: Usborne Publishing. m/s. 29. ISBN 0-7460-30673.
- ^ a b Lévai, Jessica (2007). Aspek Dewi Nephthys, Terutamanya Semasa Zaman Graeco-Rom di Mesir (dalam bahasa Inggeris). UMI. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-04-03. Dicapai pada 2021-11-17.
- ^ Najovits, Simson R. (2003). Mesir, Batang Pokok, Jil. I: Tinjauan Moden tentang Tanah Purba (dalam bahasa Inggeris). Algora Publishing. ISBN 978-0-87586-234-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-04-03. Dicapai pada 2021-11-17.
- ^ Littleson, C. Scott (2005). Gods, Goddesses, and Mythology, Volume 4. Marshall Cavendish. ISBN 076147563X.
- ^ Pinch, Geralidine (2002). Handbook of Egyptian Mythology. ABC-Clio. m/s. 145. ISBN 9781576072424. Dicapai pada 18 July 2020.
- ^ "Horus | Story, Appearance, Symbols, & Facts | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-05. Dicapai pada 2023-08-02.
- ^ a b c "The Oxford Guide: Essential Guide to Egyptian Mythology", Disunting oleh Donald B. Redford, Horus: oleh Edmund S. Meltzer, pp. 164–168, Berkley, 2003, ISBN 0-425-19096-X.
- ^ "The Oxford Guide: Essential Guide to Egyptian Mythology", Disunting oleh Donald B. Redford, p106 & p165, Berkley, 2003, ISBN 0-425-19096-X.
- ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. p. 202.
- ^ Harvard. "Horus Falcon Wearing Crown of Upper and Lower Egypt with Uraeus | Harvard Art Museums". harvardartmuseums.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-09.
- ^ "Aelian, Characteristics of Animals, 10.14". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-06. Dicapai pada 2021-02-20.
- ^ "- Moralia, De Iside et Osiride (Isis dan Osiris), 12. (356A)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-04-03. Dicapai pada 2022-08-16.
- ^ Meltzer, Edmund S. (2002). Horus. In D. B. Redford (Ed.), The ancient gods speak: A guide to Egyptian religion (pp. 164). New York: Oxford University Press, USA.
- ^ "Horajti". La tierra de los faraones (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2025-05-09.
- ^ a b Pearson, Patricia O'Connell; Holdren, John (May 2021). Sejarah Dunia: Kisah Manusia Kami. Versailles, Kentucky: Sheridan Kentucky. m/s. 29. ISBN 978-1-60153-123-0.
- ^ Allen, James P. (2005). The Ancient Egyptian Pyramid Texts. Society of Biblical Literature. ISBN 978-1-58983-182-7.
- ^ New York Folklore Society (1973). "New York folklore quarterly". 29. Cornell University Press. m/s. 294. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-04-03. Dicapai pada 2020-11-12.
- ^ Ian Shaw (2003). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-815034-3.
- ^ Piotr O. Scholz (2001). Eunuchs and castrati: a cultural history. Markus Wiener Publishers. m/s. 32. ISBN 978-1-55876-201-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-04-03. Dicapai pada 2020-11-12.
- ^ Roy G. Willis (1993). World Mythology. Macmillan. m/s. 43. ISBN 978-0-8050-2701-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-04-03. Dicapai pada 2020-11-12.
- ^ "Horus". World History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-14. Dicapai pada 2019-02-22.
- ^ Wilkinson, Richard H. (1992). Reading Egyptian Art: A Hieroglyphic Guide to Ancient Egyptian Painting and Sculpture. Thames & Hudson. m/s. 186.
- ^ Pommerening, Tanja, Die altägyptischen Hohlmaße (Studien zur Altägyptischen Kultur, Beiheft 10), Hamburg, Helmut Buske Verlag, 2005
- ^ M. Stokstad, "Art History"
- ^ "Lady of the West". hethert.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2010. Dicapai pada 18 January 2015.
- ^ a b Silverman, David P. (1997). "Seni Mesir". Ancient Egypt. Duncan Baird Publishers. m/s. 228.
- ^ Charles Freeman, The Legacy of Ancient Egypt, Facts on File, Inc. 1997. p. 91
- ^ Meeks, Dimitri; Favard-Meeks, Christine (1996) [French edition 1993]. Daily Life of the Egyptian Gods. Diterjemahkan oleh Goshgarian, G. M. Cornell University Press. m/s. 37. ISBN 978-0-8014-8248-9.
- ^ "Dewi dan Dewa Mesir Purba". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2010.
- ^ "Mesir Purba: Mitologi – Horus". egyptianmyths.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-29. Dicapai pada 2007-08-25.
- ^ Scott David Foutz. "Laman Web Teologi: Indeks Eteks: Mitos Mesir: 80 Tahun Pertikaian Antara Horus dan Seth". theologywebsite.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2017. Dicapai pada 18 January 2015.
- ^ Fleming, Fergus, and Alan Lothian. The Way to Eternity: Egyptian Myth. Duncan Baird Publishers, 1997. pp. 80–81
- ^ Wilkinson 1992, m/s. 42–43.
- ^ Mythology, published by DBP, Chapter: Egypt's divine kingship.
- ^ te Velde, Herman (1967). Seth, God of Confusion: A Study of His Role in Egyptian Mythology and Religion. Probleme der Ägyptologie 6. Diterjemahkan oleh van Baaren-Pape, G. E. (ed. 2nd). Leiden: E. J. Brill. ISBN 978-90-04-05402-8.
- ^ te Velde 1967, m/s. 59–63.
- ^ Meltzer in Redford, pp. 165–166
- ^ Yoyotte, Jean, Une notice biographique du roi Osiris, BIFAO 77 (1977), p.145
- ^ Hymn to Osiris Un-Nefer, Translated by E.A.Wallis Budge
- ^ Budge, E.A. Wallis; 1901, Egyptian Magic, Kegan, Paul, Trench and Trübner & Co., London
- ^ Roxburgh, Kevin. "Horus - Dewa Mesir Horus - Mitologi Mesir - Horus - Mata Horus". www.egyptiangods.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-01. Dicapai pada 2018-06-02.
- ^ E.A. Wallis Budge, Osiris and the Egyptian resurrection, Volume 2 (London: P. L. Warner; New York: G. P. Putnam's Sons, 1911), 31.
- ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. p. 200
- ^ a b Strudwick, Helen (2006). Ensiklopedia Mesir Purba. New York: Sterling Publishing Co., Inc. m/s. 158–159. ISBN 978-1-4351-4654-9.
- ^ Minas-Nerpel, Martina (2017). Offering the ij.t-knife to in the Temple of Isis at Shanhur. In: Illuminating Osiris. Egyptological Studies in Honor of Mark Smith (Material and Visual Culture of Ancient Egypt 2). Lockwood Press, Atlanta, 2017, p.264
- ^ Minas-Nerpel (2017), p.266
- ^ Minas-Nerpel (2017), p.275
- ^ Abdelhalim, Ali. (2019). Notes on the Bandeau-Texts of Columns of Kom Ombo Temple. Bulletin of the Center Papyrological Studies, p.298
- ^ Griffiths, J. Gwyn, ed. (1970). Plutarch's De Iside et Osiride. University of Wales Press, pp.135-137
- ^ Griffiths (1970), pp.300-301.
- ^ "Horus dan Ra: Simbol Kekuasaan dan Penciptaan". Discoveries Egyptian Imports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-09.
- ^ http://tarot.vn/wp-content/uploads/2016/03/CCI18122015_0105.png Templat:Bare URL image
- ^ a b Patricia Turner, Charles Russell Coulter, Kamus dewa purba, 2001.
- ^ Forgeau, Annie (2010).Horus-fils-d'Isis. La jeunesse d'un dieu. IFAO. p.529 ISBN 978-2-7247-0517-1
- ^ Rhys, Dani (2020-11-22). "Apakah Matahari Bersayap dalam Mitologi Mesir?". Symbol Sage (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-13.
- ^ Varga, Dániel (2023). The Children of Montu: Harpara and Horus-Shu in Ptolemaic and Roman Thebes. Journal of Ancient Egyptian Interconnections. Vol. 39. p.276.
- ^ Klotz, David (2008). Kneph: The Religion of Roman Thebes. Ann Arbor : ProQuest LLC. p.291.
- ^ Klotz (2018), p.307.
- ^ Varga (2023), p.276.
- ^ H. W. Fairman. The Triumph of Horus: An Ancient Egyptian Sacred Drama. London, 1974
- ^ "MACROBIUS, Saturnalia – Loeb Classical Library". Loeb Classical Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-09. Dicapai pada 2015-07-09.
- ^ Murdock, D. M.; S, Acharya (December 2008). Christ in Egypt: The Horus-Jesus Connection (dalam bahasa Inggeris). Stellar House Publishing. ISBN 978-0-9799631-1-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-04-03. Dicapai pada 2020-11-12.
- ^ Cooper, William Ricketts (1877). The Horus Myth in Its Relation to Christianity (dalam bahasa Inggeris). Hardwicke & Bogue. m/s. 3.
jesus horus.
- ^ Ehrman, Bart D. (2012). Did Jesus Exist?: The Historical Argument for Jesus of Nazareth. HarperOne. ISBN 978-0062206442.
- ^ C Henderson, S Hayes, Debunking the Horus-Jesus Connection, 2015, Minneapolis: Fortress Press, 1996
- ^ Houdmann, S. Michael, Questions about Jesus Christ, WestBow Press, 2013
- ^ Silverio, Ben F. (April 13, 2022). "A Guide To The Council Of Gods On Moon Knight: Who's Who?". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2022. Dicapai pada April 19, 2022.
- ^ Smite - Horus and Set Reveal Trailer - IGN (dalam bahasa Inggeris), 17 April 2019, diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-09, dicapai pada 2023-02-09
- ^ "Notis Muzium British". 23 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2023. Dicapai pada 16 October 2020.
- ^ "Jar, British Museum". The British Museum (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-17. Dicapai pada 2020-10-16.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Horus |
- Laman yang menggunakan sambungan WikiHiero
- Laman dengan AFA Yunani Purba (sehingga 1453)
- Laman dengan AFA Latin
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Mesir Purba
- Laman dengan AFA Qibti
- Pages using infobox deity with unknown parameters
- Laman dengan AFA biasa
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari July 2022
- Articles having different image on Wikidata and Wikipedia
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari September 2024
- Horus
- Dewa Mesir
- Dewa helang
- Dewa penyelamat
- Dewa langit dan cuaca
- Dewa matahari
- Dewa bulan
- Dewa penaung
- Raja mitos
- Dewa singa
- Dewa perang