Pertempuran Caucasus | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perbatasan Timur Perang Dunia II | |||||||||
![]() Kereta kebal Jerman dalam formasi di lembah Caucasus bersama askar infantri di bahagian hadapan, September 1942 | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Julai 1942: 170,000 askar 1,130 kereta kebal 4,500 meriam dan mortar ~1,000 pesawat Januari 1943: 764,000 askar 700 kereta kebal 5,290 meriam dan mortar 530 pesawat |
Julai 1942: 112,000 askar 121 kereta kebal 2,160 meriam dan mortar 230 pesawat Januari 1943: 1,000,000+askar ~1,300 kereta kebal 11,300+ meriam dan mortar 900 pesawat | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
281,000 kasualti | 344,000 kasualti |
Pertempuran Caucasus merupakan satu siri operasi oleh Kuasa Paksi dan Kesatuan Soviet di wilayah Caucasus sebagai sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua. Pada 25 Julai 1942, tentera Jerman menawan Rostov-on-Don, sekali gus membuka laluan ke wilayah Caucasus di selatan Kesatuan Soviet dan mengancam telaga minyak di Maykop, Grozny, dan akhirnya Baku. Dua hari sebelum itu, Adolf Hitler telah mengeluarkan arahan untuk melancarkan satu operasi ke dalam wilayah Caucasus yang dinamakan Operasi Edelweiss. Unit-unit Jerman mencapai kemaraan paling jauh mereka di Caucasus pada awal November 1942, sejauh bandar Alagir dan bandaraya Ordzhonikidze, kira-kira 610 km dari kedudukan permulaan mereka. Tentera Paksi akhirnya terpaksa berundur dari kawasan tersebut pada musim sejuk berikutnya apabila Operasi Zuhal Kecil mengancam untuk memutuskan laluan bekalan mereka.
Senarai tempur
Tentera Merah
- Barisan Caucasus Utara – Marsyal Semyon Budyonny (sehingga September 1942)
- Barisan Transcaucasia – Jeneral Ketumbukan Ivan Tyulenev
- Armada Laut Hitam – Laksamana Madya Filipp Oktyabrsky
- Flotila Laut Azov – Laksamana Muda Sergey Gorshkov
Tentera Jerman
Kumpulan Tentera Darat A – Generalfeldmarschall Wilhelm List
- Tentera Darat Pertama Panzer – Generaloberst Ewald von Kleist (sehingga 21 November 1942)
- Tentera Darat Ke-17 – Generaloberst Richard Ruoff
- Tentera Darat Ke-3 Romania – Jeneral Petre Dumitrescu
Lihat juga
Rujukan
- Alexander Werth, The Battle of Stalingrad, Chapter 7, "Caucasus, there and back", pp. 648–651
- Ivan Tyulenev, "Cherez Tri Voyny" (Through Three Wars), Moscow, 1960, p. 176.
Bibliografi
- (dalam bahasa Rusia) Иван Тюленев. Крах операции "Эдельвейс". Орджоникидзе, 1975.
- (dalam bahasa Rusia) К.-М. Алиев. В зоне "Эдельвейса". М.-Ставрополь, 2005.
- Javrishvili K. Battle of Caucasus: Case for Georgian Alpinists, Translated by Michael P. Willis, 2017.
Pautan luar
- (dalam bahasa Rusia) Ясен Дьяченко. История альпинизма. Война на Кавказе
- (dalam bahasa Rusia) Великая Война – Кавказ
- (dalam bahasa Rusia) Операция "Эдельвейс". Последняя тайна
- (dalam bahasa Rusia) Товарищи под знаком Эдельвейса / Kameraden unterm EdelweißLaman Modul:Sister project links/bar/styles.css tiada kandungan.