| Pertempuran Semenanjung Kerch | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Kempen Crimea di Perbatasan Timur semasa Perang Dunia II | |||||||
Bom Jerman digugurkan atas Semenanjung Kerch, Mei 1942 | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
|
| ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
|
| ||||||
| Unit terlibat | |||||||
|
|
| ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
8 Mei 1942: XXX. Armeekorps - 75000 askar[1] 200 kereta kebal[2] 57 meriam serbuan[3] 800+ pesawat[4] askar tidak diketahui |
8 Mei 1942: 249,800 askar[5] 238 kereta kebal[6] 404 pesawat (Tentera Udara Barisan Crimea)[4] | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
38,362 Pecahan
|
570,601 Pecahan
| ||||||
Pertempuran di Semenanjung Kerch, yang bermula dengan Operasi Pendaratan Kerch-Feodosia Soviet (Rusia: Керченско-Феодосийская десантная операция, rumi: Kerchensko-Feodosiyskaya desantnaya operatsiya) dan berakhir dengan Operasi Pemburuan Bustard Jerman (Jerman: Unternehmen Trappenjagd), merupakan satu pertempuran dalam Perang Dunia Kedua antara Tentera Darat Ke-11 Jerman dan tentera Romania dibawah Erich von Manstein dengan tentera Barisan Crimea Soviet di Semenanjung Kerch, iaitu di bahagian timur Semenanjung Crimea. Pertempuran ini bermula pada 26 Disember 1941, dengan operasi pendaratan amfibia oleh dua ketumbukan Soviet yang bertujuan untuk memecahkan Pengepungan Sevastopol. Pasukan Paksi berjaya mengekang kawasan pendaratan Soviet sepanjang musim sejuk dan memutuskan talian bekalan laut mereka melalui serangan udara. Dari Januari hingga April, Barisan Crimea melancarkan beberapa serangan terhadap Tentera Darat Ke-11, namun kesemuanya gagal dengan kehilangan yang besar. Tentera Merah kehilangan seramai 352,000 orang dalam serangan-serangan tersebut, manakala pihak Paksi mencatat 24,120 korban. Kuasa tembakan artileri Jerman yang unggul merupakan punca utama kepada kegagalan Soviet.[14]
Pada 8 Mei 1942, pihak Paksi melancarkan penyerangan balas utama yang dinamakan Trappenjagd (Pemburuan Bustard) dan ia berakhir sekitar 19 Mei 1942 dengan kekalahan pasukan pertahanan Soviet. Manstein menggunakan pemusatan kuasa udara yang besar, divisyen infantri yang bersenjata berat, pengeboman artileri yang menyeluruh, dan serangan amfibia untuk menembusi bahagian selatan garisan pertahanan Soviet dalam masa 210 minit. Kemudian, beliau mengarahkan Divisyen Ke-22 Panzer mara ke utara untuk mengepung Tentera Darat Ke-51 Soviet pada 10 Mei dan memusnahkannya pada 11 Mei. Saki baki Tentera Darat Ke-44 dan Ke-47 dikejar ke Kerch, di mana kelompok-kelompok terakhir tentangan Soviet dihancurkan menjelang 19 Mei. Unsur penentu dalam kemenangan Jerman ialah kempen serangan udara oleh Kor Ke-8 Udara (VIII. Fliegerkorps) pimpinan Wolfram von Richthofen yang memiliki 800 buah pesawat, dan melaksanakan purata 1,500 penerbangan (sortie) sehari untuk menyokong Trappenjagd. Mereka menyasarkan kedudukan tempur Soviet, unit armor, kolum tentera, kapal pemindahan mangsa, lapangan terbang, dan talian bekalan.[15] Pesawat pengebom Jerman menggunakan sehingga 6,000 kanister bom kluster SD-2 untuk membunuh secara beramai-ramai askar Soviet yang melarikan diri.
Tentera Darat Ke-11 pimpinan Manstein yang kekurangan bilangan askar mengalami 7,588 korban, manakala Barisan Crimea kehilangan 176,566 orang, 258 kereta kebal, 1,133 meriam, dan 315 pesawat dalam tiga ketumbukan yang terdiri daripada 21 divisyen.[16] Jumlah keseluruhan korban Soviet sepanjang pertempuran lima bulan ini mencecah 570,000 orang, manakala pihak Paksi mencatat 38,000 korban. Trappenjagd merupakan salah satu pertempuran yang mendahului penyerangan musim panas Jerman (Case Blue). Kejayaan kempen ini membolehkan pihak Paksi menumpukan kekuatan mereka ke arah Sevastopol, yang ditawan dalam masa enam minggu. Semenanjung Kerch kemudian digunakan sebagai tapak pelancaran oleh tentera Jerman untuk menyeberangi Selat Kerch pada 2 September 1942 semasa Operasi Blücher II, sebahagian daripada kemaraan Jerman untuk menawan telaga minyak Caucasus.
Nota
- ^ The front started as the Transcaucasian Front, which became the Caucasus Front on 30 December 1941, and which the independent Crimean Front split from on 28 January 1942
- ^ 115,630 in January, 98,523 in February, 74,125 in March and 63,722 in April.[13]
Rujukan
- ^ NARA T314-0827, p. 172
- ^ Forczyk 2014, m/s. 168.
- ^ Forczyk 2014, m/s. 163.
- ^ a b Hooton 2016, m/s. 116.
- ^ a b Krivosheev 1997, m/s. 108.
- ^ Isaev 2016, m/s. 638.
- ^ "Heeresarzt 10-Day Casualty Reports per Army/Army Group, 1941". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2013. Dicapai pada 19 Mac 2018.
- ^ a b Forczyk 2014, m/s. 127.
- ^ a b Forczyk 2014, m/s. 171.
- ^ a b c Forczyk 2008, m/s. 36.
- ^ a b Hooton 2016, m/s. 117.
- ^ Krivosheev 1997, m/s. 122.
- ^ Glantz 2001, m/s. 165.
- ^ Glantz 2001, m/s. 163.
- ^ Melvin 2010, m/s. 268.
- ^ Erickson 1975, m/s. 347.
Bibliografi
- Bellamy, Chris (2007). Absolute War: Soviet Russia in the Second World War. Alfred A. Knopf. ISBN 978-0-375-41086-4.
- Brookes, Andrew (2003). Air War Over Russia. Shepperton, United Kingdom: Ian Allan Publishing. ISBN 978-0-7110-2890-6.
- Bergström, Christer (2007). Stalingrad – The Air Battle: 1942 through January 1943. Hinckley: Midland Publishing. ISBN 978-1-85780-276-4.
- Erickson, John (1975). The Road to Stalingrad: Stalin's War With Germany. New Haven, Connecticut: Yale University Press. ISBN 978-0-300-07812-1.
- Erickson, John (2003) [1975]. The Road to Stalingrad: Stalin's War with Germany Volume One. London: Cassell. ISBN 0-304-36541-6.
- Forczyk, Robert (2008). Sevastopol 1942: Von Manstein's Triumph. Oxford: Osprey. ISBN 978-1-84603-221-9.
- Forczyk, Robert (2014). Where the Iron Crosses Grow: The Crimea 1941–44. Oxford: Osprey. ISBN 978-1-4728-1678-8.
- Glantz, David M.; House, Jonathan (1995). When Titans Clashed: How the Red Army Stopped Hitler. Lawrence, Kansas: Kansas University Press. ISBN 978-0-7006-0717-4.
- Glantz, David M. (March 2001). "Forgotten Battles of the German-Soviet War (1941-45), Part 6: The Winter Campaign (5 December 1941 – April 1942): The Crimean Counteroffensive and Reflections". Journal of Slavic Military Studies. 14 (1): 121–170. doi:10.1080/13518040108430472. S2CID 143776440.
- Hayward, J. (1998). Stopped at Stalingrad: The Luftwaffe and Hitler's Defeat in the East, 1942–1943. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1146-1.
- Hooton, E.R. (2016). War over the Steppes: The air campaigns on the Eastern Front 1941–45. Oxford: Osprey. ISBN 978-1-47281562-0.
- Isaev, Alexei; dll. (2016). Битва за Крым 1941–1944 гг [Battle for Crimea 1941–1944] (dalam bahasa Rusia) (ed. EPUB). Moscow: Yauza/Eksmo. ISBN 978-5-699-92485-1.








