Abdul Jalil Riayat Shah III | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paduka Seri Sultan, Raja Pemerintah Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Pahang Darul Makmur Ke III Paduka Seri Sultan, Raja Pemerintah Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Johor Darul Takzim Ke XVI | |||||||||||||||||
Fail:- - | |||||||||||||||||
Sultan Pahang ke-15 - | |||||||||||||||||
Pemerintahan | 1615 – 1641 | ||||||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Alauddin Riayat Shah | ||||||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||||||
Sultan Johor ke-7 - | |||||||||||||||||
Pemerintahan | 1623 – 1677 | ||||||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Abdullah Ma'ayat Shah | ||||||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Ibrahim Shah | ||||||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||||||
Keputeraan | Raja Bujang Ibni Raja - - | ||||||||||||||||
Kemangkatan | 1677 - | ||||||||||||||||
Pemakaman | 1677 - | ||||||||||||||||
Pasangan | - | ||||||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||||||
Anakanda | - | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Kerabat | Johor - Pahang - Pattani - Singgora - Lingghor - Terangganu - Gherabial - Terrhangir | ||||||||||||||||
Kerabat | Melaka | ||||||||||||||||
Wangsa | Iskandar Yang Agung | ||||||||||||||||
Ayahanda | Sultan Alauddin Riayat Shah III | ||||||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||||||
- |
Sultan Abdul Jalil Shah III Ibni Sultan Alauddin Riayat Shah III Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin (nama asalnya, Raja Bujang), menaiki takhta negeri johor sebagai Sultan Johor ke-7 dari 1623 hingga 1677.
Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Abdullah Ma'ayat Shah, Sultan Johor ke-6, dan putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-5. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III juga menubuhkan Jemaah Orang Kaya.
Pemerintah Pahang dan pelantikan sebagai Sultan Johor-Pahang
Pada tahun 1615, ayahanda Raja Bujang telah menandatangani perjanjian damai dengan Portugis. Sebagai balasan, Portugis telah melantik Raja Bujang sebagai permerintah di Pahang menggantikan anak Sultan Abdul Ghafur. Walau bagaimanapun, pelantikan ini tidak diiktiraf oleh Acheh. Hal ini menyebabkan Acheh menyerang Pahang sehingga Raja Bujang terpaksa melarikan diri ke Pulau Lingga. Semasa itu juga Acheh sedang memerangi Sultan Johor, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah. Sultan Abdullah juga terpaksa melarikan diri ke Pulau Lingga. Oleh kerana serangan Acheh yang berterusan, Raja Bujang dan Sultan Abdullah telah melarikan diri pula ke Pulau Tambelan. Apabila Sultan Abdulah mangkat pada tahun 1623, Acheh telah menerima Raja Bujang dan melantik baginda sebagai Sultan Johor-Pahang dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Shah lll. Baginda telah bersemayam di Pulau Tambelan.
Menakluki Melaka
Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Dalam pada tahun 1637, Sultan Abdul Jalil Shah lll telah membuat perjanjian persahabatan dengan belanda untuk melawan Portugis di Melaka. Sultan Abdul Jalil Shah lll telah memberi bantuan kepada pihak Belanda sehingga pada akhirnya pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Penguasaan Belanda di Melaka dan kemerosotan pengaruh Aceh telah memberikan keyakinan kepada baginda untuk pulang dan bersemayam di negeri Johor dan kedudukan baginda bertambah kukuh. Raja-raja dan ketua-ketua pemerintah di pulau-pulau sekitar Johor, di gugusan pulau-pulau Riau serta Bengkalis, Kampar, dan Siak di Sumatera timur telah bertuankan Sultan Abdul Jalil Shah lll, Sultan Johor Pahang.
Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Selepas baginda telah bertapak semula di Johor, keadaan perniagaan di negeri itu bertambah maju. Batu Sawar telah menjadi sebuah pusat perniagaan hasil negeri-negeri sekitar yang kemudiannya diperdagangkan kepada orang-orang belanda di Melaka.
Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Batu Sawar hingga tahun 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan seterusnya meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang lalu makamnya disebut "Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar".
Rujukan
- R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
Nota kaki
Lihat juga
Pautan luar
- http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
Penyandang Terdahulu | Sultan Johor ke-8 1623 – 1677 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah | Sultan Ibrahim Shah |