Sultan Alauddin Riayat Shah II | |
---|---|
Sultan Johor | |
Pemerintahan | 1528 – 1564 |
Didahului oleh | Tiada (Kesultanan Johor ditubuhkan pada tahun 1528) |
Diikuti oleh | Sultan Muzaffar Shah II |
Keputeraan | Raja Ali ibni Sultan Mahmud Shah 1513 Kopak, Bentan, Kepulauan Riau |
Kemangkatan | 1564 Aceh |
Pemakaman | 1564 Masjid Kampung Makam, Johor Lama, Kota Tinggi, Johor, |
Pasangan | Puteri Kesuma Dewi |
Anakanda | Sultan Muzaffar Shah II |
Wangsa | Wangsa Melaka-Johor |
Ayahanda | Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Alauddin Riayat Shah |
Bonda | Tun Fatimah binti Bendahara Tun Mutahir |
Agama | Sunni Islam |
Sultan Alauddin Riayat Shah II ibni Sultan Mahmud Shah ialah Sultan Johor pertama yang memerintah dari tahun 1528 sehingga tahun 1564.
Latar belakang
Nama asal baginda ialah Raja Ali dan baginda juga dikenali dengan nama "Raja Alauddin". Baginda dilahirkan pada tahun 1513 di Kopak. Baginda adalah putera kepada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah binti Bendahara Tun Mutahir.[1] Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II dan telah memerintah Kesultanan Johor Lama dari tahun 1528 sehingga 1564.
Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Pahang ke-5, Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Muhammad Shah. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Kesuma Dewi yang merupakan puteri kepada Sultan Pahang ke-4, Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah. Tempat pertama yang diterokai oleh baginda dan dijadikan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama ialah Pekan Tua atau Pasir Raja (kini Kampung Sungai Telor).
Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai oleh Estêvão da Gama telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong dan memindahkan pusat pemerintahannya di sana. Salah seorang pembesar baginda iaitu Seri Nara Diraja kemudiannya meninggal dunia di Sayong dan beliau digelar "Datuk Nisan Besar".
Susulan peristiwa itu, Sultan Pahang ke-6, Sultan Muzaffar Shah ibni Sultan Mahmud Shah telah datang ke Sayong. Walau bagaimanapun, pada tahun 1536, Estêvão da Gama telah menyerang Pekan Tua kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Setelah itu, Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudiannya berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor dan di sanalah baginda telah membina sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudiannya ditambah pula dengan tanah. Dengan terbinanya kota tersebut, Johor menjadi sebuah negeri yang kuat hingga dapat mematahkan serangan Aceh beberapa kali.
Baginda telah pergi ke Aru untuk membantu Ratu Aru bagi menghadapi ancaman Aceh. Pada tahun 1564, Sultan Aceh, Sultan Alauddin al-Qahhar telah menawan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian, Aceh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah ditawan dan dibawa ke Aceh dan baginda mangkat di sana kerana sakit dan dengan itu baginda digelar "Marhum Syahid di Aceh".
Rujukan
- R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
- ^ R.O. Winstedt, ms 17.
Lihat juga
Pautan luar
- http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/malacca2.htm
Sultan Alauddin Riayat Shah II Tarikh keputeraan: 1513 Tarikh kemangkatan: 1564
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tiada Kesultanan Johor ditubuhkan pada tahun 1528 dan merupakan kesinambungan Kesultanan Melaka yang berakhir pada tahun 1511 akibat kalah dalam peperangan melawan Portugis |
Sultan Johor 1528 – 1564 |
Diikuti oleh: Sultan Muzaffar Shah II |