Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | |
---|---|
Sultan Johor-Pahang | |
Pemerintahan | 4 Oktober 1722 – 20 Ogos 1760 |
Didahului oleh | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah |
Diikuti oleh | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V |
Keputeraan | Raja Sulaiman ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV 11 November 1699 |
Kemangkatan | 20 Ogos 1760 Kepulauan Riau | (umur 60)
Pemakaman | 20 Ogos 1760 Batangan, Kepulauan Riau |
Pasangan | 1. Inche Che’ Puan Perak 2. Wan Mak 3. Cik Sunah |
Anakanda | 1. Raja Ibrahim 2. Raja Mansur 3. Raja Sabtu (Abdu) 4. Raja Hawa 5. Raja Muhammad 6. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V 7. Raja Abdul Kadir 8. Raja Osman 9. Raja Arif Pulai 10. Raja Ismail 11. Raja Said 12. Raja Yaakub 13. Raja Kechil Singait 14. Raja Teh (putera) 15. Raja Bongsu Asad Ahmad 16. Raja Shamsuddin 17. Raja Besar Seberang 18. Raja Hamid 19. Raja Bakul 20. Raja Teh (puteri) 21. Raja Sunit (Sunah) 22. Raja Lebar 23. Raja Itam 24. Raja Salamah 25. Raja Jemaah 26. Raja Wok 27. Raja Tengah 28. Raja Khadija |
Wangsa | Wangsa Bendahara |
Ayahanda | Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV |
Bonda | Inche Nusamah |
Agama | Sunni Islam |
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (11 November 1699 – 20 Ogos 1760) ialah Sultan Johor ke-12 dan Sultan Pahang ke-19.
Raja Sulaiman merupakan putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang merupakan Sultan Johor pertama daripada Wangsa Bendahara Johor. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah lV, Raja Sulaiman telah mengundang Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara yang diketuai oleh Daeng Parani untuk datang ke Johor bagi membantu baginda untuk melawan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau lebih dikenali sebagai "Raja Kechil". Sebelum Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara menyatakan persetujuan untuk membantu Raja Sulaiman, kedua-dua belah pihak telah membuat perjanjian di mana mereka bersetuju bahawa sekiranya Raja Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, maka salah seorang daripada Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara akan dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda dan nasihat Yang Dipertuan Muda akan sentiasa diikuti oleh Sultan dan jawatan tersebut dikhaskan untuk waris Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara sahaja.
Selepas Raja Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan daripada Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara, maka pada tahun 1722, Daeng Marewah telah dipilih oleh Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara untuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Muda Johor pertama. Selepas itu, Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar bagi Kesultanan Johor dan segala jajahan takluknya dan baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Selepas diusir dari Johor dan pulang ke Siak, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah telah melakukan perluasan wilayah Kesultanan Siak yang bermula dengan Rokan dan kemudiannya membangunkan pertahanan armada laut di Bentan.
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah mangkat pada tahun 1746 dan dimakamkan di Buantan manakala Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat pada 20 Ogos 1760 di Kepulauan Riau dan baginda digelar "Marhum Batangan".
Rujukan
- "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 – melalui JSTOR.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Tarikh keputeraan: 11 November 1699 Tarikh kemangkatan: 20 Ogos 1760
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah Diangkat menjadi Sultan Johor selepas mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan menawan pusat pemerintahan Kesultanan Johor pada ketika itu iaitu Panchor pada tahun 1718 |
Sultan Johor-Pahang 4 Oktober 1722 – 20 Ogos 1760 Diangkat menjadi Sultan Johor selepas mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara pada tahun 1722 |
Diikuti oleh: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V |