Sultan Abdul Jalil Shah I | |
---|---|
Sultan Johor | |
Pemerintahan | 1570 – 1571 |
Didahului oleh | Sultan Muzaffar Shah II |
Diikuti oleh | Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II |
Keputeraan | Raja Abdul Jalil ibni Raja Umar 1562 |
Kemangkatan | 1571 Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor |
Wangsa | Wangsa Melaka-Johor |
Ayahanda | Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II |
Bonda | Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II |
Agama | Sunni Islam |
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah I ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1562 – 1571) ialah Sultan Johor ke-3 yang memerintah dari tahun 1570 hingga tahun 1571.
Nama asal baginda ialah Raja Abdul Jalil dan baginda merupakan putera kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, yang sebelum ini menjadi Raja Kelantan dari tahun 1565 hingga tahun 1570, dan Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II. Baginda juga merupakan cucunda kepada Sultan Johor pertama, Sultan Alauddin Riayat Shah II dan anakanda saudara kepada Sultan Johor ke-2, Sultan Muzaffar Shah II.
Melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II, Raja Abdul Jalil ditabalkan sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Abdul Jalil Shah I ketika baginda berusia 8 tahun. Memandangkan baginda masih seorang kanak-kanak, pemerintahan Kesultanan Johor dijalankan oleh ayahandanya. Namun, baginda mangkat mengejut pada tahun 1571 kerana dipercayai diracun dan baginda dikebumikan di Seluyut. Baginda kemudian digantikan oleh ayahandanya sebagai Sultan Johor ke-4 atas permintaan bondanya kepada para pembesar Kesultanan Johor.
Rujukan
- R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
Pautan luar
- http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/malacca2.htm
Sultan Abdul Jalil Shah I Tarikh keputeraan: 1562 Tarikh kemangkatan: 1571
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Muzaffar Shah II |
Sultan Johor 1570 – 1571 |
Diikuti oleh: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II |