Templat:Malaysian expressway routebox
Lingkaran Luar Butterworth atau BORR
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth ialah sebuah lebuh raya yang terdapat di Butterworth, Malaysia.
Sejarah
Pembinaan bermula pada 2003, dan disiapkan pada 2006. Ia mula digunakan pada Januari 2007. Penduduk Sg Nyior memprotes kadar tol yang tinggi pada Februari 2007. Simpanan pondok tol Bagan Ajam ditunda oleh Kementerian Kerja Raya. Sekarang di kawasan rehat dan rawat Bagan Ajam di lebuh raya ini popular sebagai destinasi riadah keluarga dan belia (oleh kerana lokasi yang berhampiran pantai dan Selat Pulau Pinang), selain dari menjadi persinggahan bas-bas ekspres dan kenderaan yang melalui lebuh raya ini.
Ciri-ciri
Ia digabungkan dalam Jambatan Sungai Prai, yang mana ia jambatan yang terdapat di Sungai Perai dan Jambatan Sungai Maklom, yang mana ia jambatan yang terdapat di Sungai Maklom.
Kadar tol
Plaza tol Perai (PRI)
| Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (dalam Ringgit Malaysia (RM)) |
|---|---|---|
| 0 | Motosikal, basikal atau kenderaan yang mempunyai 2 atau kurang roda | Percuma |
| 1 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda tidak termasuk teksi | RM 1.30 |
| 2 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 5 atau 6 roda tidak termasuk bas | RM 2.60 |
| 3 | Kenderaan yang mempunyai 3 atau lebih gandar | RM 3.90 |
| 4 | Teksi | RM 0.90 |
| 5 | Bas | RM 1.30 |
Plaza tol Bagan Ajam (BGA)
| Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (dalam Ringgit Malaysia (RM)) |
|---|---|---|
| 0 | Motosikal, basikal, kenderaan yang mempunyai 2 roda atau kurang | Percuma |
| 1 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi) | RM 1.20 |
| 2 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 5 atau 6 roda (kecuali bas) | RM 2.40 |
| 3 | Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih | RM 3.60 |
| 4 | Teksi dan limosin | RM 0.60 |
| 5 | Semua jenis bas | RM 1.20 |
(Bermula 6.00 am pada 21 Februari 2007)
Senarai persimpangan
Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - hentian sebelah, V/P - titik vista, TN - terowong, T/P - plaza tol, BR - jambatan
Pautan luar
- Lingkaran Luar Butterworth (BORR) Diarkibkan 2007-09-09 di Wayback Machine









