YB Puan Maria Chin Abdullah AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Petaling Jaya, Selangor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Hee Loy Sian |
Digantikan oleh | Lee Chean Chung |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mary Chin Cheen Lian 1956 (umur 68–69) ![]() |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Kediaman | Kuala Lumpur |
Pendidikan | BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning |
Tempat belajar | Universiti London |
Pekerjaan | Ahli politik, Pejuang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) |
YB Maria Chin binti Abdullah (lahir Mary Chin Chee Lian; 1956) merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, Universiti London.
Memperjuangkan hak asasi manusia
Beliau aktif dalam badan bukan kerajaan sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990-an dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif Kolektif Pembangunan Wanita (Women's Development Collective) sehingga 2005. Beliau mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita termasuk dalam talian dan luar talian, dan juga hak wanita Islam.
Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER). Organisasi ini memperjuangkan hak-hak kumpulan-kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.[1] EMPOWER, sebagai ahli, bekerjasama dengan Joint Action Group for Gender Equality (JAG Diarkibkan 2013-11-02 di Wayback Machine) untuk mempertahankan hak-hak wanita. Pada 24 Oktober 2013, JAG memenangi Anugerah Bangsa-bangsa Bersatu Matlamat Pembangunan Millenium (United Nations Millenium Development Goals) Ketiga untuk Kesaksamaan Gender (Gender Equality). EMPOWER juga bekerjasama dan Sekretariat Bersama dengan SUARAM di dalam COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia untuk proses United Nations Universal Periodic Review (UNPR).
Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu [BERSIH 2.0] pada tahun 2009. EMPOWER ialah Sekretariat kepada BERSIH 2.0. Beliau juga adalah Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidekan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women - ARROW) sejak 2010.
Penahanan
Pada 18 November 2016, Polis Diraja Malaysia menahan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan, Tindakan Khas (SOSMA), yang membenarkan polis Malaysia menahan seseorang selama 28 hari sebelum memfailkan sebarang pertuduhan. [2][3] Dia dibebaskan pada 28 November 2016 selepas 11 hari dalam tahanan.
Kerajaan AS telah mengkritik penahanannya di dalam sel kurungan pengasingan yang diterangi secara kekal, mengatakan bahawa kerajaan AS "bermasalah dengan penahanan berterusan dan kurungan bersendirian Maria Chin Abdullah di bawah undang-undang keselamatan negara". Dia ditahan sehari sebelum bantahan awam besar-besaran terhadap ketua kerajaan persekutuan Malaysia Najib Razak kerana dakwaan rasuah yang meluas melibatkan skandal dana negara AS$4 bilion.
Pilihan Raya Umum ke 14 (2018)
Beliau bertanding pada PRU14. Dia memilih kawasan pilihan raya parlimen Petaling Jaya Utara dan bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Selepas persempadanan semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama bagi Petaling Jaya Utara ditukar kepada Petaling Jaya manakala Petaling Jaya Selatan ditukar kepada Damansara. Beliau telah berjaya menewaskan calon daripada Barisan Nasional dengan memenangi 78,984 undian, lantas beliau mendapat gelaran Yang Berhormat.[4]
Pandangan politik
Beliau adalah pengkritik lantang terhadap undang-undang yang melanggar hak asasi manusia dan memanggil akta-akta ini untuk dimansuhkan. Ini termasuk Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keamanan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Beliau juga menentang kembalinya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengatakan akta tersebut adalah ancaman kepada keadilan dan demokrasi. [5]
Keluarga
Beliau bertemu Mohamad Yunus bin Lebai Ali, seorang aktivis pelajar Malaysia era 1970-an. Yunus Ali berada dalam buangan dan merupakan bekas pejuang kemerdekaan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pada tahun 1987 Yunus Ali telah ditahan akibat Operasi Lalang, di mana Akta Keselamatan Dalam Negeri digunakan terhadap 106 aktivis sosial dan ahli politik lain. Mereka berkahwin pada 1992, tiga tahun selepas Yunus dibebaskan pada 1989. Maria memeluk Islam ketika itu. Yunus meninggal dunia pada 2010 akibat lupus. Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki iaitu, Azumin Mohamad Yunus, Aziman Maria dan Azemi Maria.
Rujukan
- ^ "100 memorable Malaysian women - Part 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-08. Dicapai pada 2011-09-20.
- ^ "IGP: Sosma used on Maria to counter OSF". 2016-11-23. Dicapai pada 2025-03-17.
- ^ Kwok, Yenni (2016-11-23). "The Woman Behind Malaysia's Huge Anti-Graft Protests". TIME (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-17.
- ^ "Maklumat calon Parlimen Petaling Jaya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-17. Dicapai pada 2018-09-17.
- ^ SAHALUDIN, AZLEENDA (2025-01-09). "Kembalikan ISA beri ancaman keadilan, demokrasi - Maria Chin". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-03-17.