Tuan Ibrahim Tuan Man | |
---|---|
توان إبراهيم توان من | |
![]() | |
Ketua Pembangkang Negeri Pahang | |
Menyandang jawatan 6 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
Didahului oleh | Lee Chin Chen |
Kawasan pilihan raya | Cheka |
Menteri Alam Sekitar dan Air | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 24 November 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Mansor Othman |
Didahului oleh | Sendiri |
Digantikan oleh | Nik Nazmi (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) |
Kawasan pilihan raya | Kubang Kerian |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Ahmad Masrizal Muhammad |
Didahului oleh | Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) Xavier Jayakumar Arulanandam (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli) |
Digantikan oleh | Sendiri |
Kawasan pilihan raya | Kubang Kerian |
Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 4 Jun 2015 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Pemimpin Rohani | Haron Din (2015–2016) Hashim Jasin (sejak 2016) |
Didahului oleh | Mohamad Sabu |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kubang Kerian | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS) |
Majoriti | 19,369 (2018) 40,847 (2022) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Cheka | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Lee Ah Wong (BN–MCA) |
Majoriti | 1,223 (2022) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Jengka | |
Dalam jawatan 29 November 1999 – 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Hassan (BN–UMNO) |
Digantikan oleh | Abd Rahman Ibrahim (BN–UMNO) |
Majoriti | 1,714 (1999) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tuan Ibharim bin Tuan Man 27 Ogos 1960 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | Angkatan Perpaduan Ummah (APU) (1990–1996) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) ![]() (sejak2020) |
Pasangan | Norrul Ain Md Hashim |
Pertalian | Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pakcik mertua) Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Sepupu Pertama) |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (BA, MA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | |
Tuan Ibharim bin Tuan Man,[1] atau lebih dikenali sebagai Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Jawi: توان إبراهيم بن توان من; lahir 27 Ogos 1960) ialah seorang ahli politik, pensyarah dan guru Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Negeri Pahang sejak Disember 2022,[2] Ahli Parlimen (MP) bagi Kubang Kerian sejak Mei 2018 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Cheka sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air untuk penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022 dan penggal pertama dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Mac 2020 hingga kejatuhan pentadbiran PN pada Ogos 2021 serta ADUN bagi Jengka dari November 1999 hingga Mac 2004. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan PN. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS sejak Jun 2015.
Kehidupan awal
Tuan Ibrahim dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang kepada ibu bapa berbangsa Melayu Kelantan. Beliau melanjutkan pengajian prasiswazahnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Kepimpinan. Beliau kemudian menyambung pengajian pascasiswazah di universiti yang sama dan tamat pengajian pada tahun 1995. Tesis prasiswazah beliau bertajuk Implikasi Pengembaraan terhadap Umat Islam – Satu Kajian di Pulau Tioman. Dalam penyelidikannya, beliau menekankan tiga manfaat utama: dari segi tanah, dari segi kebajikan rakyat dan dari segi akhlak Islam. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis dan berkhidmat sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Jengka, Pahang dan Manjung, Perak.[3]
Kerjaya politik
Tuan Ibrahim merupakan seorang alim (sarjana agama Islam).[4] Beliau bertanding dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Jengka dalam Pilihan raya umum 1999.[5] Namun begitu, dalam Pilihan raya umum 2004, beliau tewas ekoran gelombang sokongan nasional kepada gabungan Barisan Nasional.[6] Beliau cuba untuk merampas semula kerusi tersebut pada pilihan raya 2008 dan 2013, tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional dalam kedua-dua percubaan.[7][8] Pada tahun 2013, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas menewaskan Mahfuz Omar dalam pemilihan parti semasa muktamar tahunan. Beliau juga telah menjadi Ketua PAS Negeri Pahang sejak tahun 2004.[9]
Dalam Pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018, Tuan Ibrahim telah dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Kubang Kerian.[10]
Kontroversi
Pada April 2021, laporan media bertajuk Malaysia tidak terjejas oleh perubahan iklim, kata menteri yang memetik kenyataan Tuan Ibrahim selaku Menteri Alam Sekitar dan Air telah mencetuskan kemarahan dalam talian.[11] Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa tajuk laporan tersebut adalah mengelirukan dan menjelaskan bahawa Malaysia tidak dijemput ke Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Iklim anjuran Amerika Syarikat kerana negara ini tidak diklasifikasikan sebagai antara negara yang sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim.[12]
Pada November 2021, Tuan Ibrahim menjadi tajuk utama media tempatan apabila beliau menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 di Glasgow. Tindakan beliau menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang beranggapan beliau tidak fasih berbahasa Inggeris, namun beliau turut mendapat pembelaan termasuk daripada ahli politik pembangkang yang memuji langkah beliau kerana memartabatkan bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa.[13]
Selain itu, Tuan Ibrahim juga menyatakan sokongan terhadap poligami, dengan menyatakan bahawa lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang isteri perlu diberikan sokongan moral sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah lambat berkahwin.[14]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | P086 Maran | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 8,483 | 35.04% | Ismail Abd Muttalib (UMNO) | 15,725 | 64.96% | 24,910 | 7,242 | 78.19% | ||
2018 | P024 Kubang Kerian | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 35,620 | 56.16% | Muhammad Abdul Ghani (UMNO) | 16,251 | 25.62% | 84,867 | 19,369 | 79.09% | ||
Abdul Halim Yusof (AMANAH) | 11,557 | 18.22% | ||||||||||
2022 | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 55,654 | 68.38% | Nurul Amal Mohd Fauzi (UMNO) | 14,807 | 18.19% | 81,384 | 40,847 | 71.62% | |||
Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (AMANAH) | 10,236 | 12.58% | ||||||||||
Mohd Rizal Razali (PEJUANG) | 687 | 0.84% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N23 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,338 | 50.47% | Zainal Hassan (UMNO) | 5,019 | 47.46% | 10,576 | 319 | 83.24% | ||
2004 | N29 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,532 | 42.74% | Abd Rahman Ibrahim (UMNO) | 8,320 | 64.28% | 12,943 | 1,714 | 82.82% | ||
2008 | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 6,858 | 47.34% | Wan Salman Wan Ismail (UMNO) | 7,454 | 51.45% | 14,487 | 596 | 82.55% | |||
2013 | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 9,150 | 46.00% | Wan Salman Wan Ismail (UMNO) | 10,453 | 52.55% | 19,890 | 1,303 | 88.50% | |||
2022 | N04 Cheka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,634 | 45.51% | Ho Fong Mee (MCA) | 4,411 | 35.63% | 12,381 | 1,223 | 73.60% | ||
Rasid Muhamad (PKR) | 2,255 | 18.21% | ||||||||||
Aishaton Abu Bakar (PEJUANG) | 81 | 0.65% |
Anugerah
Malaysia :
Pahang:
Kelantan:
Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) – Dato' (2022)[24]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Portal Rasmi Parlimen Malaysia - Profile Ahli Dewan". www.parlimen.gov.my. Dicapai pada 2023-01-28.
- ^ "Tuan Ibrahim is Opposition leader in Pahang state assembly". The Star. 6 Disember 2022. Dicapai pada 6 Disember 2022.
- ^ "Tuan Ibrahim Tuan Man". pru.sinarharian.com.my. Dicapai pada 4 Mac 2021.
- ^ Zubaidah Abu Baakr (24 November 2013). "PAS polls result reflects delegates caution for the future". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 17 Mac 2015.
- ^ "Maklumat Terperinci Keputusan Pilihan Raya Umum: Pahang, 1999". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2015.
- ^ "Maklumat Terperinci Keputusan Pilihan Raya Umum: Pahang, 2004". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2015.
- ^ "Maklumat Terperinci Keputusan Pilihan Raya Umum: Pahang, 2008". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2015.
- ^ "Maklumat Terperinci Keputusan Pilihan Raya Umum: Pahang, 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2015.
- ^ "Sejarah Penubuhan PAS Pahang". Pan-Malaysian Islamic Party (Pahang). Dicapai pada 17 Mac 2015.
- ^ "Pas does a clean sweep in Kubang Kerian". Ismail Muhamad, Hazira Ahmad Zaidi. New Straits Times. 10 Mei 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
- ^ "Malaysia bukan negara terkesan impak perubahan iklim, kata menteri | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com. Dicapai pada 2022-10-16.
- ^ "Penjelasan dan Kekeliruan Tajuk Laporan Media "Malaysia Bukan Negara Terkesan Impak Perubahan Iklim"". Kementerian Alam Sekitar dan Air (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-16.
- ^ "Nothing wrong with Malay speech at conference, says PKR man". Free Malaysia Today. 11 November 2021. Dicapai pada 28 Februari 2022.
- ^ "Muslim men should marry more than one woman to solve late marriage issue, says Tuan Ibrahim".
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.
- ^ "PAS deputy president and sultan's children top Pahang honours list". Bernama. Free Malaysia Today. Ogos 15, 2020. Dicapai pada Ogos 15, 2020.
- ^ "Eight of King's children receive Pahang state awards". Bernama. 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
- ^ "8 anakanda Agong terima darjah kebesaran Pahang". Berita Harian. 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 23 Mei 2021.
- ^ "Sultanah Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran". Sinar Harian. 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tuan Ibrahim Tuan Man |
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Penerima Darjah Indera Mahkota Pahang
- Kelahiran 1960
- Orang hidup
- Sarjana Islam Muslim abad ke-21
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Orang dari Pahang
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Keluarga Nik Abdul Aziz Nik Mat
- Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia
- Orang dari Kelantan
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15