Abdul Kadir Jasin PJN | |
|---|---|
| Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU | |
| Dalam jawatan 2017–2020 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 23 Ogos 1947 Kampung Tanah Merah, Mukim Guar Kepayang, Pendang (ketika itu Kota Star), Kedah |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Datin Zaiton Palil Datin Zaini Zainuddin |
| Anak | 1. Nur Elina
2. Nur Edura 3. Mohamad Azlan 4. Amirah 5. Asyira |
Yang Berbahagia Datuk Abdul Kadir Jasin (lahir 23 Ogos 1947)[1] merupakan rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times. Beliau juga ialah seorang ahli blog yang dikenali dalam blognya, The Scribe[2]. Beliau ialah penulis setiap dua minggu dalam majalah Malaysian Business dan juga pernah menulis buku-buku sehingga kini.
Kerjaya
Kadir Jasin dilahirkan pada 23 Ogos 1947 di Kampung Tanah Merah, Mukim Guar Kepayang, Pendang (ketika itu Kota Star), Kedah.
Selepas belajar di Tingkatan 6 di Kedah, beliau menjadi wartawan di Bernama (1969) yang ketika itu terletak di sebuah banglo lama di Jalan Tun Abdul Razak. Ketika itu, Peristiwa 13 Mei baru sebulan berlalu. Ketika itu, masih banyak mayat mangsa di Hospital Besar Kuala Lumpur belum dituntut.
Kerjaya wartawan memang sesuai dengan dirinya. Beliau pernah menjadi "Group Editor" di NSTP (1988-2000) dan merupakan Ketua Editor di Berita Publishing Sdn Bhd[3] (2000-sekarang); menulis kolum "Other Thots" dalam majalah Malaysian Business dan telah menterjemah buku tulisan Mahathir Mohamad, "Doctor In The House" kepada bahasa Melayu iaitu bertajuk "Doktor Umum".
Saman Datuk Zaid
Pada 7 Disember 2009, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim menyaman beliau kerana didakwa memfitnahnya sebagai "pengacau" dalam parti itu pada Oktober 2009. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menuntut beliau membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel "Zaid, the Hurricane Hattie of PR" di blognya pada 21 Oktober 2009.[4]
Hasil penulisan
Antara buku yang pernah dikarangnya termasuklah:
- "Membangun bangsa dengan mata pena", Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.[5]
- "Mencari Dugalia Huso", Berita Publishing, 2006.
- "Dapur: 70 kabinet pasang siap", Berita Pub., 2005.
- "The wings of an Eagle: a tribute to Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad", Mutiara Grafik, 2003.
- "Biar putih tulang: kunta kunte"; Universiti Malaya, 1998.
- "Water magic: healing bath recopes for the body spirit and soul", Simon & Schuster, 1995.
- "Other Thots – Opinions & Observations" 1992-2001 (2001)
- "Damned That Thots" (2006)
- "Blogger" (2006)
- "PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran" (2008)
- "Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics" (2009)
- "Membangun Bangsa dengan Pena" (2009).
Anugerah
Malaysia
Panglima Jasa Negara (PJN, 1995) membawa gelaran Datuk
Rujukan
- ^ "Datuk A Kadir Jasin: A gem of Malaysian journalism" [Datuk A Kadir Jasin: Permata Kewartawanan Malaysia]. Malaysian Press Institute (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11. Dicapai pada 12 Oktober 2018. Unknown parameter
|dead-url=ignored (bantuan) - ^ The Scribe
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2014-09-19.
- ^ "Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin", Malaysiakini.com, 7 Disember 2009.
- ^ Membangun Bangsa Dengan Mata Pena
Pautan luar
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari 12 Oktober 2018
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan GND
- Rencana dengan pengenalan LCCN
- Kelahiran 1947
- Orang hidup
- Penulis blog politik Malaysia
- Wartawan Malaysia
- Bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Pengerusi BERNAMA








