Abdul Rashid Asari | |
---|---|
عبدالرشيد بن عصري | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 14 Mei 2018 – 5 Mac 2020 (Kebudayaan, Pelancongan, Tamadun Melayu dan Warisan) | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Menteri Besar | Azmin Ali (2018) Amirudin Shari (2018–2020) |
Didahului oleh | Amirudin Shari (Kebudayaan) Elizabeth Wong (Pelancongan) Ahmad Yunus Hairi (Tamadun Melayu dan Warisan) |
Digantikan oleh | Borhan Aman Shah (Kebudayaan, Tamadun Melayu dan Warisan) Hee Loy Sian (Pelancongan) |
Kawasan pilihan raya | Selat Kelang |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Selat Kelang | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Halimah Ali (PR–PAS) |
Majoriti | 500 (2018) 8,325 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Rashid bin Asari 17 Oktober 1951 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (–2003) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (2016–2024) BEBAS (sejak 2024) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2003) Pakatan Harapan (PH) (2017–2020) Perikatan Nasional (PN) (2020–2024) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Abdul Rashid bin Asari (lahir 17 Oktober 1951) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Selat Klang sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Menteri Besar Azmin Ali dan Amirudin Shari dari Mei 2018 sehingga beliau digugurkan daripada jawatan tersebut pada Mac 2020. Beliau merupakan seorang ahli politik bebas. Beliau pernah menjadi ahli dan Pengerusi Negeri Selangor bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan sebelum itu PH serta pernah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Kerjaya politik
Sokongan kepada Menteri Besar Amirudin Shari
Pada 6 Mac 2024, Abdul Rashid mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Amirudin Shari dan kerajaan negerinya. Beliau menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) pembangkang, PN dan BERSATU yang pertama berbuat demikian. Namun begitu, seperti enam orang Ahli Dewan Rakyat (AP) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan, beliau tetap menyatakan kesetiaan kepada BERSATU dan kekal sebagai ahlinya walaupun menyokong Amirudin serta pentadbiran negeri Selangor. Beliau menambah bahawa titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji prestasi Amirudin dan kerajaan negeri Selangor, sikap berdiam diri BERSATU terhadap kritikan dan dakwaan terhadap Sultan, serta kebajikan penduduk Selat Kelang antara sebab-sebab beliau mengambil keputusan tersebut.[1]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P097 Selayang | Abdul Rashid Asari (BERSATU) | 49,154 | 33.93% | William Leong Jee Keen (PKR) | 72,773 | 50.23% | 144,881 | 23,619 | 79.81% | ||
Chan Wun Hoong (MCA) | 19,425 | 13.41% | ||||||||||
Salleh Amiruddin (PEJUANG) | 2,584 | 1.78% | ||||||||||
Muhammad Zaki Omar (BEBAS) | 945 | 0.65% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N44 Selat Kelang | Abdul Rashid Asari (BERSATU) | 12,266 | 35.99% | Halimah Ali (PAS) | 11,766 | 34.52% | 34,571 | 500 | 83.55% | ||
Mohd Khairi Hussin (UMNO) | 9,949 | 24.19% | ||||||||||
Jeichandran Wadivelu (PRM) | 52 | 0.15% | ||||||||||
Zainal Azwar Kamaruddin (BEBAS) | 49 | 0.14% | ||||||||||
2023 | Abdul Rashid Asari (BERSATU) | 25,143 | 58.88% | Roslee Abd Hamid (UMNO) | 16,818 | 39.38% | 42,703 | 8,325 | 74.12% | |||
Mohamad Ezam Mohd Nor (PRM) | 742 | 1.74% |
Anugerah
Malaysia :
Panglima Setia Diraja (PSD) – Datuk (2001)[3]
Selangor :
Setia Mahkota Selangor (SMS)
Rujukan
- ^ "Bersatu rep declares support for Selangor MB". Free Malaysia Today. 6 Mac 2024. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
- Penerima Panglima Setia Diraja
- Penerima Darjah Setia Mahkota Selangor
- Kelahiran 1951
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- EXCO Kerajaan Negeri Selangor ke-14
- Ahli Dewan Negeri Selangor ke-14
- Ahli Dewan Negeri Selangor ke-15