Fairuz Renddan | |
|---|---|
| فيروز رينددان | |
| Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah | |
| Menyandang jawatan 2 Disember 2025 Berkhidmat with Maijol Mahap | |
| Menteri | Mohd Arifin Mohd Arif |
| Gabenor | Musa Aman |
| Ketua Menteri | Hajiji Noor |
| Didahului oleh | Isnin Aliasnih |
| Kawasan pilihan raya | Pintasan |
| Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah | |
| Dalam jawatan 26 Januari 2023 – 30 November 2025 | |
| Menteri | Ellron Alfred Angin |
| Gabenor | Juhar Mahiruddin (2023–2024) Musa Aman (2025) |
| Ketua Menteri | Hajiji Noor |
| Didahului oleh | Andi Suryady |
| Digantikan oleh | Nizam Abu Bakar Titingan (Pembantu Menteri Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif) Jawatan dibubarkan (Sukan) |
| Kawasan pilihan raya | Pintasan |
| Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah | |
| Dalam jawatan 26 Oktober 2022 – 26 Januari 2023 | |
| Gabenor | Juhar Mahiruddin |
| Ketua Menteri | Hajiji Noor |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Jawatan dibubarkan |
| Kawasan pilihan raya | Pintasan |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Pintasan | |
| Menyandang jawatan 26 September 2020 | |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Majoriti | 84 (2020) 1,070 (2025) |
| Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah | |
| Dalam jawatan 5 Januari 2023 – 14 November 2025 | |
| Presiden | Hajiji Noor |
| Naib Ketua | Azrul Ibrahim |
| Digantikan oleh | Azrul Ibrahim (Pemangku) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Fairuz bin Renddan 11 September 1984 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (BERSATU Sabah) (2020–2022) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) (2023–2025) BEBAS (sejak 2025) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) (2020–2022) (2020–2025) |
| Pasangan | Siti Norlyana Abdul Latiff Bledram |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Fairuz Renddan (lahir 11 September 1984) ialah seorang rakyat Malaysia dan ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dalam pentadbiran negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah Ketua Menteri Hajiji Noor dan Menteri Mohd Arifin Mohd Arif sejak Disember 2025 serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Pintasan sejak September 2020. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah dari Januari 2023 hingga November 2025 dan Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan dari Oktober 2022 hingga Januari 2023 dalam pentadbiran GRS di bawah Ketua Menteri Hajiji. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Hajiji dari 2020 sehingga pelantikannya sebagai pembantu menteri pada 2022. Beliau merupakan bekas ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen gabungan GRS, dan juga bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (BERSATU Sabah), cawangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan bekas komponen GRS. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Belia BERSATU Sabah dan Ketua Belia Bahagian BERSATU Kota Belud.[1] Beliau meninggalkan BERSATU Sabah pada 10 Disember 2022 dan menyertai GAGASAN pada 5 Februari 2023 sebelum dilantik sebagai Ketua Belia parti itu sehingga beliau meletakkan jawatan serta keluar parti pada November 2025.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2020 | N08 Pintasan | Fairuz Renddan (BERSATU Sabah) | 2,744 | 32.69% | Pandikar Amin Mulia (USNO Baru) | 2,660 | 31.69% | 8,395 | 84 | 75.81% | ||
| Mohd Safian Saludin (WARISAN) | 1,816 | 21.63% | ||||||||||
| Almudin Kaida (BEBAS) | 780 | 9.29% | ||||||||||
| Padlan Samad (PCS) | 188 | 2.24% | ||||||||||
| Roslan Mayahman (PPRS) | 50 | 0.60% | ||||||||||
| 2025 | Fairuz Renddan (BEBAS) | 4,675 | 39.32% | Pandikar Amin Mulia (USNO Baru) | 3,605 | 30.32% | 11,891 | 1,070 | 74.80% | |||
| Abdullah Otong (WARISAN) | 1,167 | 9.81% | ||||||||||
| Tadzul Radim (UMNO Sabah) | 1,024 | 8.61% | ||||||||||
| Almudin Kaida (KDM) | 365 | 3.07% | ||||||||||
| Tajuddin Padis (BEBAS) | 356 | 2.99% | ||||||||||
| Raplin Samat (STAR) | 210 | 1.77% | ||||||||||
| Awang Saleh Makmud (BERSATU Sabah) | 196 | 1.65% | ||||||||||
| Mohd Rizal Saiman (BEBAS) | 116 | 0.98% | ||||||||||
| Syarif Mohd Shukree Danchingan (BEBAS) | 102 | 0.86% | ||||||||||
| Lomog Rudin @ Efejus Rudin (IMPIAN) | 75 | 0.63% | ||||||||||
Anugerah
Sabah
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) – Datuk (2022)[3]
Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K.) (2021)[4]
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Fairuz Renddan". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-10-16.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-09-28. Dicapai pada 2022-10-16.
- ^ "Azam Baki dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah". Berita Harian. September 30, 2022. Dicapai pada 2022-10-16.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sabah Tahun 2021" (PDF). www.sabah.gov.my.









