Afif Bahardin ADUN (MBBS) UiTM | |
---|---|
عفيف بحرالدين | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
(Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan) | |
Dalam jawatan 9 Mei 2013 – 4 Mac 2020 | |
Gabenor | Abdul Rahman Abbas |
Ketua Menteri | Lim Guan Eng (2013–2018) Chow Kon Yeow (2018–2020) |
Didahului oleh | Law Choo Kiang (Pertanian, Industri Asas Tani & Pembangunan Luar Bandar) Phee Boon Poh (Kesihatan) |
Digantikan oleh | Norlela Ariffin |
Kawasan pilihan raya | Seberang Jaya |
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Menyandang jawatan 28 Januari 2024 | |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 22 Ogos 2014 – 16 November 2018 | |
Presiden | Wan Azizah Wan Ismail |
Ketua Pemuda | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Didahului oleh | Khairul Anuar Ahmad Zainuddin |
Digantikan oleh | Muhammad Hilman Idham |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Taman Medan | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH–PKR) |
Majoriti | 30 (2023) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Seberang Jaya | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 6 Mac 2023 | |
Didahului oleh | Arif Shah Omar Shah (BN–UMNO) |
Digantikan oleh | Izhar Shah Arif Shah (PN–BERSATU) |
Majoriti | 2,459 (2013) 7,421 (2018) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor | |
2023– | Perikatan Nasional |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | |
2013–2018 | Parti Keadilan Rakyat |
2018–2020 | Pakatan Harapan |
2020 | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
2020–2023 | Perikatan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Afif bin Bahardin 13 Mei 1985 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (until 2020) ![]() (sejak 2020) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (until 2015) Pakatan Harapan (PH) (2015–2020) ![]() (sejak 2020) |
Pasangan | Mardhiah Zakaria (k. 2010) |
Anak | Aaina Sofea Afif Ar-Rayyan Afif |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Mara (MBBS) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pakar perubatan |
Laman web | www |
Dr. Afif bin Bahardin (lahir 13 Mei 1985) merupakan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang ahli politik dan doktor perubatan. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Taman Medan sejak Ogos 2023. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) serta di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow dari Mei 2013 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2020. Beliau juga pernah menjadi ADUN bagi kawasan Seberang Jaya dari Mei 2013 hingga Mac 2023.
Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah satu parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sejak Januari 2024 dan merupakan Setiausaha PN negeri Selangor. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR dari Ogos 2014 hingga November 2018 dan Timbalan Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.[1]
Latar belakang peribadi
Beliau dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong/Chenderoh di Perak dan melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di mana beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dan pembedahan.
Selepas menamatkan pengajian, Afif bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Pada Oktober 2010, Afif berkahwin dengan Mardhiah Zakaria. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak.
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2013–2020)
Pada 9 Mei 2013, Afif telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang yang memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, menggantikan Law Choo Kiang yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.[2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (2013–2023)
Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2013
Dalam Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2013, Afif membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding di kerusi negeri Seberang Jaya. Afif memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas menewaskan Mohammad Nasir Abdullah dari gabungan Barisan Nasional (BN) dan calon bebas Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar dengan majoriti 2,459 undi.
Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018
Dalam Pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018, Afif telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusi Seberang Jaya. Afif berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan telah dipilih semula ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas menewaskan Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin dari Barisan Nasional (BN) dan Ahmad Rafaei Rashid dari Gagasan Sejahtera (GS) dengan majoriti 7,421 undi.
Pembatalan kelayakan 2023
Pada Mac 2023, kerusi Seberang Jaya yang disandang oleh Afif telah diisytiharkan kosong selepas beliau melanggar undang-undang anti lompat parti negeri Pulau Pinang oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Law Choo Kiang.
Ahli Parti Keadilan Rakyat
Dalam pemilihan parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2014, Afif telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), menggantikan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Semasa pemilihan parti PKR 2018, Afif telah bertanding jawatan Ketua AMK namun tewas kepada Akmal Nasrullah Mohd Nasir, seorang penyokong rapat kepada calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.[3]
Pada 24 Jun 2020, Afif telah keluar daripada PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).[4]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Afif telah dicalonkan semula oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan. Afif memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan buat penggal pertama selepas menewaskan Ahmad Akhir Pawan Chik dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti yang amat kecil iaitu hanya 30 undi.
Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Pada 24 Jun 2020, beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pada 28 Januari 2024, Afif telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU oleh Presiden parti, Muhyiddin Yassin, bersama-sama Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak serta bekas ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N10 Seberang Jaya | Afif Bahardin (PKR) | 14,148 | 54.23% | Mohammad Nasir Abdullah (UMNO) | 11,689 | 44.81% | 26,362 | 2,459 | 88.20% | ||
Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar (BEBAS) | 251 | 0.96% | ||||||||||
2018 | Afif Bahardin (PKR) | 16,014 | 53.12% | Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (UMNO) | 8,593 | 28.50% | 30,496 | 7,421 | 85.8% | |||
Ahmad Rafaei Rashid (PAS) | 5,540 | 18.38% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P108 Shah Alam | Afif Bahardin (BERSATU) | 43,314 | 31.90% | Azli Yusof (AMANAH) | 61,409 | 45.93% | 137,082 | 18,095 | 81.92% | ||
Isham Jalil (UMNO) | 28,266 | 20.82% | ||||||||||
Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG) | 2,781 | 2.05% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N33 Taman Medan | Afif Bahardin (BERSATU) | 22,316 | 50.03% | Ahmad Akhir Pawan Chik (PKR) | 22,286 | 49.97% | 44,602 | 30 | 71.99% |
Rujukan
- ^ Opalyn Mok (9 Mei 2013). "Four new faces in Penang exco line-up". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015.
- ^ Opalyn Mok (9 Mei 2013). "Ex-exco man to be named Penang Speaker". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015.
- ^ Joceline Tan (6 Mei 2014). "Azmin Ali starts to flex his muscles". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2015. Dicapai pada 20 Februari 2015.
- ^ "Penang rep Dr Afif Bahardin drops PKR for Bersatu | Malay Mail". 24 Jun 2020.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM - DEWAN UNDANGAN NEGERI". resultpru13.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-05.
- ^ "Dashboard PRU14". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-05.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.
- Kelahiran 1985
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Shah Alam
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Bekas anggota Parti Keadilan Rakyat
- Doktor perubatan Malaysia
- Ahli Dewan Negeri Selangor ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-14