| Nama lain |
| ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Cuba | ||||||||
| |||||||||
| Catatan | Anjing belakang permatang Rhodesia ialah satu-satunya keturunan terpiawai. | ||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||
Dogo Cuba,[a] yang juga dipanggil anjing pemburu darah Cuba atau bulmastif Cuba, ialah satu baka anjing bela jinak pupus Cuba. Ia tergolong dalam subjenis dogo daripada jenis anjing bulmastif, yang sebagai kelas umum digunakan untuk pengumpanan lembu[1]:369 dan laga anjing. Keragaman ini diperkenalkan di Cuba untuk menangkap hamba pelarian (cimarrón). Selepas penghapusan perhambaan, anjing ini bergabung dengan kelompok lain, lalu kehilangan identiti terpisahnya.
Penampilan
Ia bersaiz antara buldog dengan mastif. Muncungnya pendek, lebar, dan terpotong secara tiba-tiba. Kepalanya lebar dan rata dan bibirnya sangat labuh. Telinga bersaiz sederhananya juga separa labuh, ekornya agak pendek, berbentuk silinder, dan membelok ke atas dan ke hadapan ke arah hujung. Ia diperihalkan dengan "warna serigala berkarat", dengan muka, bibir, dan tungkai hitam. Ia terkenal kerana mengejar hamba.[2] Tidak ada pengetahuan tentang waktu yang padanya anjing ini dianggap sebagai baka spesifik, tetapi menjelang tahun 1803 ia diterangkan demikian oleh Robert Dallas: "Haiwan ini sebesar anjing sangat besar, dengan telinga tegak, yang biasanya terpotong pada titik-titiknya; hidungnya lebih runcing, tetapi melebar sangat ke arah bahagian belakang rahang. Lapis bulunya, atau kulitnya, adalah jauh lebih keras daripada lapis bulu atau kulit kebanyakan anjing, dan demikian juga seluruh struktur tubuhnya, kerana pukulan keras yang diberikan dalam latihan patut membunuh mana-mana spesies anjing lain."[3]
Sejarah

Mastif Cuba berkembang daripada beberapa baka buldog, mastif, dan anjing lembu, lalu menjadi petarung dan penjaga harta unggul. Ada kemungkinan bahawa sesetengah spesimen baka ini dibawa ke Amerika untuk ditugasi sebagai anjing pengawas. Ia juga digunakan sebagai penangkap hamba oleh pihak British semasa Perang Maroon Kedua, oleh pihak Perancis semasa ekspedisi Saint-Domingue, serta oleh pihak Amerika di Negeri-Negeri Selatan.[3] Gabenor British di Jamaica, Alexander Lindsay, Earl Balcarres ke-6, menugasi utusan ke Havana pada awal tahun 1795, untuk membeli 100 ekor haiwan, selepas mendengar kejayaan penggunaan haiwan tersebut oleh pihak Sepanyol dalam mengejar hamba dan orang peribumi di Cuba.[3] Beratus-ratus anjing dibekalkan oleh penternak Cuba kepada pihak Perancis semasa Revolusi Haiti pada tahun 1803.[3]
Catatan
Rujukan
- ^ Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 369–370. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
- ^ Jardine, William, Sir, 1800-1874; Smith, Charles Hamilton, 1776-1859 (1840), The natural history of dogs : Canidae or genus Canis of authors ; including also the genera Hyaena and Proteles (dalam bahasa Inggeris), Edinburgh: Tidak diketahui, doi:10.5962/BHL.TITLE.39557, OCLC 860931, Wikidata Q51508295CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b c d Parry, Tyler D.; Yingling, Charlton W. (4 Februari 2020). "Slave Hounds and Abolition in the Americas" [Anjing Pemburu Hamba dan Pemansuhan di Benua Amerika]. Past & Present (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 246 (1): 69–108. doi:10.1093/pastj/gtz020. ISSN 1477-464X. S2CID 213981787.








