![]() Orang-orangan pra-Columbus bagi seekor techichi | |||||||||
Negara asal | Tamadun Toltek | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Techichi[a] ialah satu baka anjing kecil pupus yang dibiakbakakan oleh budaya Toltek pada abad ke-9 Masihi. Ia dianggap sebagai leluhur kepada anjing Chihuahua moden.[1][2][3][4][5]
Perihal
Techichi berbeza-beza dari segi penampilan, dengan lapis bulunya yang berkisar daripada perang, perang dan putih, hitam dan putih, hingga hitam. Telinganya kadang-kadang dipotong dekat dengan kepala, tetapi ekornya dibiarkan tidak terpotong dalam keadaan semula jadi.[6] Techichi adalah bisu dan tidak dapat menyalak.[1][7]
Sejarah
Techichi adalah lebih besar daripada anjing Chihuahua moden, tetapi dibiakbakakan menjadi anjing lebih kecil dan lebih ringan yang dikenali kini oleh orang Aztek.[3][8] Orang Eropah pertama yang menghadap baka anjing ini ialah penjelajah Sepanyol Francisco Hernández, yang melaporkan kewujudannya pada tahun 1578. Beliau menulis bahawa orang asli memakannya sama seperti mereka memakan arnab. Pihak Sepanyol, yang kerap kekurangan makanan, memakannya dalam ekspedisi mereka juga. Terdapat anggaran bahawa penjelajah Sepanyol memakan sebanyak 100,000 ekor techichi dan, menjelang abad ke-19, ia telah lenyap sama sekali.[6] Mulai pertengahan tahun 1800-an, orang di luar Mexico menanam minat pada baka ini dan mendapati banyak keturunan modennya di negeri Chihuahua di Mexico, yang daripadanya baka moden ini mendapat namanya.[9][10]
Dalam kebudayaan manusia
Untuk orang Toltek, techichi dipercayai mempunyai kuasa ghaib, seperti melihat masa hadapan, dan ia kerap dikorbankan supaya dapat membimbing pemiliknya di akhirat.[11] Seperti orang Toltek, orang Aztek juga percaya bahawa techichi dapat membimbing roh manusia selepas kematian dan bahawa ia dapat menjaga piramid jika dikebumikan di bawah piramid berkenaan.[12] Beberapa artifak pra-Columbus telah ditemukan yang menggambarkan anjing, termasuk mainan beroda[13] dan periuk orang-orangan.[14] Ia dimakan sebagai makanan oleh manusia dan jantan pembaka dan betina induk tertentu disimpan untuk menghasilkan sebanyak-banyak perinduk.[6]
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ a b Coile, D. Caroline (17 Mei 2025). "Chihuahua dog" [Anjing Chihuahua]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ von Humboldt, Friedrich Wilhelm Heinrich Alexander (25 Disember 2003). Aspects of Nature in Different Lands and Different Climates [Aspek Alam di Tanah Berlainan dan dalam Iklim Berlainan] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Routledge. ISBN 9780415289337. OCLC 68966230.
- ^ a b Cooley, Mackenzie (26 Oktober 2022). The Perfection of Nature: Animals, Breeding, and Race in the Renaissance [Penyempurnaan Alam Semula Jadi: Haiwan, Pembiakbakaan, dan Baka pada Zaman Renaisans] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. ISBN 9780226822280. OCLC 1300756651.
- ^ Smith, Charles Hamilton (1840). The Naturalist's Library [Perpustakaan Ahli Alamiah] (dalam bahasa Inggeris). 10. Edinburgh, United Kingdom: William Home Lizars. OCLC 860931.
- ^ Reed, Charles A., penyunting (3 Jun 2011). Origins of Agriculture [Asal Usul Agriculture] (dalam bahasa Inggeris). Berlin, Jerman: De Gruyter. doi:10.1515/9783110813487. ISBN 9783110813487. OCLC 979627549.
- ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 591–592. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ Segura, Valentina; Geiger, Madeleine; Monson, Tesla A.; Flores, David; Sánchez Villagra, Marcelo Ricardo (20 Ogos 2020), The History of Domesticated Dogs in the Americas [Sejarah Anjing Bela Jinak di Benua Amerika] (dalam bahasa Inggeris), doi:10.20944/preprints202008.0453.v1
- ^ Reisen, Jan (5 Mei 2018). "An Introduction to Mexican Dog Breeds: Meet the Xoloitzcuintli and the Chihuahua" [Pengenalan kepada Baka Anjing Mexico: Kenali Xoloitzcuintli dan Anjing Chihuahua] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ "Chihuahua" [Anjing Chihuahua] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ Millward, Adam (3 April 2019). "A history of the biggest and smallest dog breeds – from giant Great Danes to tiny Chihuahuas" [Sejarah baka anjing terbesar dan terkecil – daripada anjing besar Denmark yang gergasi hingga anjing Chihuahua yang kenit] (dalam bahasa Inggeris). Rekod Dunia Guinness. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ Adkins, Frankie (28 Mei 2021). "20 Dog Breeds That No Longer Exist" [20 Baka Anjing yang Tidak Wujud Lagi] (dalam bahasa Inggeris). Newsweek. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ Rodriguez, Olga R. (14 Februari 2015). "Aztec dog burial site found in Mexico City" [Tapak pengebumian anjing Aztek ditemukan di Bandar Raya Mexico] (dalam bahasa Inggeris). Phys.org. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ Cheesman, Paul Robert (Musim Sejuk 1969). "The Wheel in Ancient America" [Roda di Amerika Kuno]. BYU Studies (dalam bahasa Inggeris). Universiti Brigham Young. 9 (2): 185–197. ISSN 2837-004X. JSTOR 43044922. S2CID 56004382.
- ^ "Dog Effigy" [Orang-orangan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Muzium Seni Walters. Dicapai pada 25 Mei 2025.