Nama lain | Grehaun lama Bosnia | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Bosnia dan Herzegovina dan Croatia | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Grehaun lama Croatia,[a] yang juga dikenali sebagai grehaun lama Bosnia, ialah satu baka anjing pemburu penglihatan pupus dari Croatia dan Bosnia dan Herzegovina.[1][2]
Grehaun lama Croatia didakwa diturunkan daripada anjing pemburu penglihatan yang dibela oleh orang Celt; ia hampir menyerupai imej anjing pada syiling Celt dari abad ke-5 SM. Oleh yang demikian, ia dipercayai berkait rapat dengan grehaun Inggeris, yang diperkenalkan ke Britain oleh orang Celt.[1] Keterangan tentang baka ini di rantau ini telah ditemukan dalam tulisan para friar dari abad ke-13 dan abad ke-14 Masihi.[2]
Grehaun lama Croatia hampir seiras dengan grehaun Inggeris tetapi agak lebih kecil, dengan jantan yang berdiri setinggi 60–70 sentimeter (24–28 in) dan betina yang lebih rendah sebanyak 5–10 sentimeter (2.0–3.9 in).[1] Baka ini mempunyai lapis bulu pendek dan kebanyakannya berwarna putih dengan tompok-tompok hitam, perang, merah, atau kuning.[1] Secara tradisional, baka ini dibela untuk coursing, terutamanya pemburuan kelinci; ia menangkap buruan itu dan mengembalikan buruan itu kepada pemburu.[1]
Baka ini tidak pernah mendapat pengiktirafan oleh mana-mana kelab kenel dan merosot dengen teruk di bekas Yugoslavia. Pemerintah Yugoslavia melarang coursing dengan anjing pemburu penglihatan dan selanjutnya melarang pemburu daripada memiliki anjing tanpa pendaftaran kelab kenel.[1] Pada awal tahun 1980-an, sesetengah spesimen tersisa ditemukan di Orašje dan di kampung-kampung sekeliling; sepasang anjing dibawa ke Sekolah Perubatan Veterinar Zagreb dengan harapan untuk memulakan program pembiakbakaan, tetapi akhirnya program itu gagal; baka ini dipercayai pupus menjelang tahun 1995.[1]
Catatan
- ^ Jawi: ݢريهاءون لام کروءيشا; Croatia: starohrvatski hrt; bahasa Inggeris: old Croatian sighthound
Rujukan
- ^ a b c d e f g Bauer, Mario; Lemo, Nikša (2008). "The origin and evolution of Dalmatian and relation with other croatian native breeds of dog = Origine et évolution du Dalmatien et relation avec les autres races autochtones des chiens de Croatie" [Asal usul dan evolusi anjing Dalmatia dan hubungan dengan baka anjing asli lain Croatia = Asal usul dan evolusi anjing Dalmatia dan hubungan dengan baka anjing autokton lain Croatia] (PDF). Revue de médecine vétérinaire (dalam bahasa Inggeris). Sekolah Veterinar Kebangsaan Toulouse. 159 (12): 618–623. ISSN 2258-0646. S2CID 85450546.
- ^ a b Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 32. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.