| Nemes | |
|---|---|
Nemes, melambangkan kuasa Firaun, baik semasa hidup atau mati | |
| Butiran | |
| Negara | Mesir |
| Bahan | Linen |
| ||||
| Nemes, kain kepala berjalur (mahkota sebagai penentu)
| ||||
|---|---|---|---|---|
| ||||
| Nemes dalam hieroglif Mesir | ||||
|---|---|---|---|---|
Nemes ialah kain penutup kepala dengan corak berjalur yang dipakai oleh firaun di Mesir purba.[1] Ia menutupi seluruh mercu dan bahagian belakang kepala serta tengkuk (kadangkala memanjang sedikit ke belakang) dan mempunyai lapet, dua kepak besar yang tergantung di belakang telinga dan ke hadapan kedua-dua bahu.[2] Ia kadangkala digabungkan dengan mahkota berganda,[3] seperti yang terdapat pada patung Ramesses II di Abu Simbel. Gambaran terawal nemes, bersama-sama dengan ureus, ialah label gading milik Den dari Dinasti Pertama. Walaupun bukan sejenis mahkota, ia tetap melambangkan kuasa firaun.
Rekreasi moden
Golongan okultis "The Hermetic Order of the Golden Dawn" menggunakan penutup kepala yang serupa dengan nemes Mesir purba, yang mereka eja "nemyss", dan merupakan sebahagian daripada "pakaian upacara tradisional" mereka.[4]
Galeri
-
Lukisan moden firaun dengan nemes
-
Bahagian belakang dan atas patung potret firaun Amenemhat III, memakai nemes, s. 1853 – s. 1805 SM
-
Topeng emas dari mumia Tutankhamun memakai nemes, s. 1323 SM
-
Ukiran dari Tempat Suci Kuil Khonsu menggambarkan Rameses III memakai nemes
-
Nemes logam miniatur
-
Maharaja Rom abad pertama TM sebagai firaun (Muzium Louvre)
Bacaan lanjut
- Toby A. H. Wilkinson, Early Dynastic Egypt, Routledge 1999
- Bruce Graham Trigger, Ancient Egypt: A Social History, Cambridge University Press 1983
- Fragment of a basalt Egyptian-style statue of Ptolemy I
Rujukan
- ^ Kathryn A. Bard, Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt, Routledge 1999, p.412
- ^ Watson Early Mills, Roger Aubrey Bullard, Mercer Dictionary of the Bible, Mercer University Press 1990, p.679
- ^ Max Pol Fouchet, Rescued Treasures of Egypt, McGraw-Hill 1965, p.208
- ^ Cicero, Chic; Cicero, Sandra Tabatha (2019). Golden dawn magic : a complete guide to the high magical arts. Woodbury, MN: Llewellyn Publications. m/s. 188. ISBN 978-0-7387-5798-8. OCLC 1089884900.
Pautan luar
Kategori berkaitan Kain kepala Nemes di Wikimedia Commons








