| Buchis | |
|---|---|
| Pusat kultus utama | Hermonthis |
| Simbol | lembu jantan putih dengan muncung hitam |
| Sebahagian daripada siri |
| Agama Mesir Purba |
|---|
| Portal Mesir Purba |
Dalam mitologi Mesir, Buchis (AFA: /buxis/; Yunani Purba: Βουχις, Qibti: ⲃⲱⲱϩ, ⲃⲟϩ; Jawi: بوخيس)[1] (juga dieja Bakh dan Bakha) merupakan pendewaan kꜣ ("kuasa, daya hidup", sebutan Egiptologi ka) bagi dewa perang Montu[2] sebagai lembu suci yang disembah di wilayah Hermonthis.[3]:95 Untuk dipilih sebagai penjelmaan Buchis Montu, seekor lembu jantan perlu mempunyai badan putih dan muka hitam. Apabila lembu-lembu ini—dan pada zaman kemudian ibu-ibunya juga—mati, mereka akan dimumiakan dan diletakkan di tanah perkuburan khas yang dikenali sebagai Bucheum.[3]:95–100
Berbeza dengan lembu suci Mesir lain (Apis dan Mnevis), kultus Buchis bermula menjelang akhir zaman firaun, dengan pengebumian terawal yang diketahui berlaku pada tahun pemerintahan ke-14 Nectanebo II (pertengahan abad ke-4 SM). Walau bagaimanapun, empat kultus lembu berbeza yang didedikasikan untuk Montu telah diketahui wujud pada zaman sebelumnya di Mesir Hulu, dan nampaknya Buchis ialah hasil sinkretisme mereka semua.[3]:95 Akhirnya, lembu Buchis dikenal pasti sebagai satu jelmaan Apis, dan seterusnya dianggap sebagai penjelmaan Osiris.
Tidak pasti bila kultus Buchis pupus. Kubur terakhir yang disahkan di Bucheum bertarikh tahun pemerintahan ke-12 Diocletian (sekitar 295 SM),[3]:100 manakala pengesahan terakhir pengebumian Buchis ialah stele yang melaporkan pelantikannya pada tahun pemerintahan ke-33 Diocletian (317 TM) dan kematiannya pada tahun pemerintahan ke-57 firaun yang sama (lebih tepat pada 4 November 340 TM).[nb 1][6][7][4]
Galeri
-
Stele peringatan pengkebumian Bakha dengan ikonografi Hathor
-
Gambar lembu jantan yang sama di bawah Palet Narmer yang dilihat dari tempoh sebelum dinasti.
Nota
- ^ Pemerintahan Diocletian berakhir pada 305 TM (selepas kira-kira 20 tahun memerintah) dan dia meninggal pada 312 TM, namun penulis stele terus mengira tahun dari awal pemerintahan Diocletian seolah-olah dia masih hidup dan memerintah, sedangkan pemasangan dan kematian Buchis ini sebenarnya berlaku di bawah pemerintahan Licinius dan Constans masing-masing.[4][5]
Rujukan
- ^ Černý, Jaroslav (1976). Coptic Etymological Dictionary. m/s. 29.
- ^ W. Max Muller, Egyptian Mythology, Kessinger Publishing 2004, p.160
- ^ a b c d Dodson, Aidan (2004). "Kultus lembu". Dalam Ikram, Salima (penyunting). Divine Creatures: mumia haiwan di Mesir purba. American University in Cairo Press. m/s. 72–105. doi:10.5743/cairo/9789774248580.003.0004. ISBN 9789774248580.
- ^ a b Jean-Claude Grenier, "La stèle funéraire du dernier taureau Bouchis (Caire JE 31901 = Stèle Bucheum 20). Ermant - 4 novembre 340", BIFAO 83 (1983), pp. 197-208
- ^ Stela pengebumian terakhir lembu Buchis
- ^ M. W. Daly, Carl F. Petry, The Cambridge History of Egypt, Cambridge University Press 1998, p.28
- ^ David Frankfurter, Religion in Roman Egypt: Assimilation and Resistance, Princeton University Press 1998, p.72
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Buchis |








