Salbiah Mohamed | |
---|---|
سلبية محمد | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Portfolio | Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Pembangunan Usahawan[note 1] |
Didahului oleh | Wan Norashikin Wan Noordin (Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat) Zainol Fadzi Paharudin (Pembangunan Usahawan) |
Kawasan pilihan raya | Temengor |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Temengor | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Hasbullah Osman (BN–UMNO) |
Majoriti | 3,215 (2013) 3,935 (2018) 1,048 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Salbiah binti Mohamed 7 Mei 1978 ![]() ![]() |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Pasangan | Mohd Faizal Malek |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Salbiah binti Mohamed (lahir 7 Mei 1978) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad sejak November 2022 serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Temengor sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Wanita UMNO Gerik, Ketua Wanita UMNO Perak dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO.
Politik
Pada tahun 2004, beliau telah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO cawangan Gerik. Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Perak dan juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penyelia Komunikasi KEMAS Pengkalan Hulu dan Pengerusi Institusi Perpustakaan Awam Perak dari tahun 2014 hingga 2019.[1]
Keluarga
Beliau merupakan anak kelima daripada 11 orang adik-beradik dan kini merupakan ibu kepada 4 orang anak serta berkahwin dengan Mohd Faizal Malek.[1]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N02 Temengor | Salbiah Mohamed (UMNO) | 9,331 | 59.05% | Mhd Supian Nordin (PKR) | 6,116 | 38.70% | 15,803 | 3,215 | 84.10% | ||
2018 | Salbiah Mohamed (UMNO) | 7,823 | 49.18% | Md Pozi Md Sani (PAS) | 3,888 | 24.44% | 10,910 | 3,935 | 77.47% | |||
Mohd Fadzil Abdul Aziz (BERSATU) | 3,806 | 23.93% | ||||||||||
2022 | Salbiah Mohamed (UMNO) | 8,468 | 43.12% | Mohd Noor Abdul Rahman (PAS) | 7,420 | 37.79% | 19,637 | 1,048 | 71.65% | |||
Ahmad Safwan Mohamad (PKR) | 3,749 | 19.09% |
Anugerah
Nota
- ^ Diandaikan portfolio pada 23 November 2022 memegang jawatan.
Rujukan
- ^ a b "SALBIAH MOHAMED". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Mac 2022.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ Zahratulhayat Mat Arif (2 November 2023). "Perak Mufti Wan Zahidi leads honours list in conjunction with Perak Sultan's 67th birthday". New Straits Times. Dicapai pada 3 November 2023.