Dalam agama Mesir purba, Apis atau Hapis,[a] ejaan alternatif Hapi-ankh, merupakan lembu jantan suci atau beberapa ekor lembu suci[1] yang dipuja di wilayah Memphis, dianggap sebagai anak Hathor, seorang dewa penting antara para dewa Mesir purba. Pada mulanya, ia ada peranan penting dalam pemujaannya, dikorbankan dan dilahirkan semula. Kemudiannya, Apis juga menjadi perantara antara manusia dan dewa-dewa lain yang lebih berkuasa (asalnya Ptah,[1] kemudian Osiris, kemudian Atum).
Lembu Apis merupakan haiwan suci yang penting bagi orang Mesir purba. Seperti haiwan suci lain, Apis bertambah penting saban abad. Semasa Mesir dijajah, pengarang Yunani dan Rom mempunyai banyak perkara untuk dikatakan tentang Apis, tanda-tanda yang mana anak lembu hitam itu boleh dikenal pasti, cara ia disenyawakan oleh sinar dari syurga, rumahnya di Memphis (dengan halaman untuk tempat ia ditempatkan), cara meramal berdasarkan tindakannya, kematiannya, perkabungan akan kematiannya, pengebumiannya yang mahal, dan keraian di seluruh negara apabila Apis baru ditemui. Penggalian oleh Auguste Mariette di Serapeum Saqqara mendedahkan makam-makam dengan lebih daripada enam puluh ekor haiwan, dari zaman Amenhotep III hingga akhir Dinasti Ptolemaik. Pada asalnya, setiap haiwan dikebumikan dalam makam berasingan dengan bandarsah dibina di atasnya. Dari zaman Ramesses II dan selepasnya, lembu-lembu dikebumikan dalam galeri bawah tanah yang saling bersambung.[2][3]
^ abCeram, C. W. (1967). Gods, Graves, and Scholars: The Story of Archaeology. Diterjemahkan oleh Garside, E. B.; Wilkins, Sophie (ed. 2nd). New York: Alfred A. Knopf. m/s. 130–131.
^Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Griffith, Francis Llewellyn (1911). "Apis". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 168.