Amun | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Selepas zaman Amarna, Amun berkulit biru, melambangkan hubungannya dengan udara dan penciptaan purbakala. Amun juga digambarkan dalam pelbagai bentuk lain. | ||||||||||||||||||||
Nama dalam hieroglif | Amun:
| |||||||||||||||||||
Pusat kultus utama | Thebes, Hermopolis, (sebagai ahli Ogdoad) | |||||||||||||||||||
Simbol | dua bulu pelepah, Sfinks berkepala biri-biri jantang (kriosfinks) | |||||||||||||||||||
Candu | Oasis Siwa | |||||||||||||||||||
Pasangan | ||||||||||||||||||||
Anak | Khonsu Harpara[2] Tjenenyet[3] Dionysus (Libya)[1] | |||||||||||||||||||
Kesetaraan | ||||||||||||||||||||
Kesetaraan Yunani | Zeus |
Hieroglif | |||||
---|---|---|---|---|---|
Nama |
| ||||
Transkripsi Nama | imn | ||||
Ejaan Nama | yang tersembunyi | ||||
Nama Alternatif | Amon, Amoun, Amen, Imen | ||||
Transkripsi Alternatif | amun | ||||
Ejaan Alternatif | yang tersembunyi |
Amun[a] ialah dewa utama dewa Mesir purba yang merupakan ahli para dewa Ogdoad Hermopolis. Amun direkodkan wujud sejak Kerajaan Lama bersama pasangannya Amunet. Takahunnya di Oasis Siwa, terletak di Mesir Barat berhampiran Gurun Libya, adalah satu-satunya takahun Amun.[5] Dengan Dinasti ke-11 (s. abad ke-21 SM), Amun diangkat menjadi dewa penaung Thebes dan menggantikan Montu.[6]
Pada mulanya mungkin salah satu daripada lapan dewa dalam mitos penciptaan Hermopolis, pemujaannya kemudian tersebar. Selepas pemberontakan Thebes terhadap Hyksos dan dengan pemerintahan Ahmose I (abad ke-16 SM), Amun menjadi dewa utama negara, apabila dia digabungkan dengan dewa matahari, Ra, sebagai Amun-Ra (juga dieja Amon-Ra atau Amun-Re). Dia seorang juga dahulu dianggap sebagai raja segala dewa.[7]
Amun-Ra kekal sebagai dewa utama dewata Mesir sepanjang Kerajaan Baru (kecuali semasa "bidaah Atenisme" pada zaman Akhenaten). Pada zaman ini (abad ke-16 hingga ke-11 SM), Amun-Ra memegang kedudukan sebagai dewa pencipta transendental yang wujud dengan sendiri[8] serta tanpa tolok bandingan. Dia pembela golongan miskin atau yang ditimpa kesusahan serta penting dalam kepercayaan peribadi.[9] Bersama Osiris, Amun-Ra ialah dewa Mesir yang paling banyak disebut.[9]
Sebagai dewa utama Empayar Mesir, Amun-Ra juga disembah di luar Mesir, menurut keterangan ahli sejarah Yunani purba di Libya dan Nubia. Dia disamakan dengan Zeus di Yunani menjadi Zeus Ammon, dan Jupiter di Rom menjadi Jupiter Ammon.
Sebahagian daripada siri |
Agama Mesir Purba |
---|
![]() |
Portal Mesir Purba |
Sejarah awal
Pada tahun 1910, René Basset mencadangkan bahawa kultus Amun pada mulanya membentuk di Libya purba sebelum tersebar ke Mesir purba.[10] Akan tetapi, ini hanyalah hipotesis yang tidak terbukti kerana Amun "pertama kali dinyatakan dalam makam Firaun Unas" (s. 2350 SM) di Mesir dan bukan di Libya.[11][sumber lebih baik diperlukan]
Amun dan Amaunet disebut dalam Teks Piramid dalam bahasa Mesir Lama.[12] Nama Amun (ditulis imn) lebih kurang bermaksud "yang tersembunyi" atau "tidak kelihatan",[13] yang juga dinyatakan dalam gelaran-gelaran yang terdapat dalam Teks Piramid "Wahai Engkau, dewa hebat yang namanya tidak diketahui".[14]
Amun diangkat menjadi dewa penaung Thebes selepas akhir Tempoh Perantaraan Pertama, di bawah Dinasti ke-11. Sebagai penaung Thebes, pasangannya ialah Mut. Di Thebes, Amun sebagai bapa, Mut sebagai ibu dan dewa bulan Khonsu sebagai anak membentuk sebuah keluarga dewa yang dipanggil "Triad Thebes".
Kuil di Karnak
Sejarah Amun sebagai dewa penaung Thebes bermula pada abad ke-20 SM, dengan pembinaan Presint Amun-Ra di Karnak di bawah Senusret I. Bandar Thebes kelihatannya tidak begitu penting sebelum Dinasti ke-11.
Kerja pembinaan yang besar di Presint Amun-Ra berlaku semasa Dinasti ke-18 apabila Thebes menjadi ibu kota Mesir purba yang telah bersatu.
Pembinaan Dewan Hipostil mungkin juga bermula semasa Dinasti ke-18, namun kebanyakan pembinaan dilakukan di bawah Seti I dan Ramesses II. Merenptah memperingati kemenangannya melawan Bangsa Laut pada dinding Halaman Para, permulaan laluan perarakan ke Kuil Luxor. Inskripsi Besar ini (yang kini kehilangan kira-kira satu pertiga kandungannya) menunjukkan kempen raja itu dan kepulangan baginda dengan barang-barang yang bernilai dan tawanan. Di sebelah iskripsi ini ialah Stele Kemenangan, yang sebahagian besarnya ialah salinan Stele Merneptah yang lebih terkenal yang terdapat dalam kompleks pengebumian Merenptah di sebelah barat Nil di Thebes.[15] Anak Merenptah Seti II menambah dua buah obelisk kecil di hadapan Tonggak Pedaka Kedua, dan keramat tongkang kembar tiga di utara jalan perarakan di kawasan yang sama. Ini dibina daripada batu pasir, dengan bandarsah atau bilik sembahyang untuk Amun yang diapiti dua bandarsah untuk Mut dan Khonsu.
Perubahan besar yang terakhir pada susun atur Presint Amun-Ra ialah penambahan tonggak pedaka yang pertama dan dinding pagar besar yang mengelilingi seluruh Presint, kedua-duanya dibina oleh Nectanebo I.
Dewa udara
Pada asalnya, Amun tidaklah lebih daripada pendewaan berkonsepkan udara, atau angin, satu daripada konsep asas untuk membentuk permulaan alam semesta, dalam kosmogoni Ogdoad, yang fahaman tersebut amat kuat di Hermopolis. Namanya menggambarkan fungsi tersebut memandangkan namanya bermaksud yang tersembunyi, melambangkan keadaan udara yang tidak dapat dilihat dan begitu juga angin. Seperti semua ahli Ogdoad yang lain, aspek kelelakiannya digambarkan sebagai katak atau berkepala katak. Secara perlambangan, ketidak kelihatan sering diwakili oleh warna biru, memandangkan biru adalah warna langit yang dilihat melalui udara, maka, warna inilah yang diberikan kepada imej Amun.
Seperti konsep lain dalam Ogdoad, dia juga dikatakan mempunyai aspek keperempuanan yang dirujuk sebagai Amunet (juga dieja sebagai Amentet, Amentit, Imentet, Imentit, Amaunet, dan Ament), yang merupakan perkataan Amun bagi wanita. Aspek perempuan lain bagi Ogdoad adalah digambarkan dengan ular, makan Amunet digambarkan sedemikian.
Pencipta

Lambat-laun, sebagai dewa udara, dia muncul untuk bersekutu dengan nafas kehidupan, yang mencipta ba, terutamanya di Thebes. Pada Tempoh Perantaraan Pertama, hal tersebut membuatkan dia difikirkan, dalam kawasan tersebut, sebagai dewa pencipta, yang mempunyai gelaran bapa bapa para dewa, sebelum wujudnya Ogdoad, malah menjadi sebahagian daripadanya. Semakin dia dikenali, dia diberikan isteri (Amunet menjadi aspek perempuannya, bukan isteri), dan memandangkan dia ialah pencipta, isterinya dijadikan ibu suci yang daripadanya alam semesta muncul, yang di kawasan Amun dipuja ketika itu, dikenali sebagai Mut.
Amun kemudian digambarkan dalam bentuk manusia, diletakkan di singgahsana, di kepalanya dipakaikan memakai lingkaran yang muncul dua bulu pelepah yang selari dan tegak, mungkin lambang ekor burung, melambangkan status awalnya sebagai dewa angin.
Disebabkan menjadi lebih penting daripada Montu, dewa perang tempatan Thebes, kekuasaan Montu dikatakan wujud disebabkan dia adalah anak Amun. Walau bagaimanapun, memandangkan Mut mandul, dipercayai yang Mut dan Amun mengambil Montu sebagai anak angkat. Kemudian, disebabkan mengikut bentuk kolam di luar kuil suci Mut di Thebes, Montu telah digantikan dengan Khonsu, dewa bulan.
Raja


Dengan terusirnya pemerintah Hyksos dari Mesir oleh tentera Dinasti Kelapan Belas Mesir, Thebes, iaitu tempat kemenangan berlaku, menjadi bandar yang penting dan Amun menjadi penting di sleuruh negara. Firaun menganggap kejayaan mereka berpunca daripada Amun, begitu juga dengan kemewahan dan suburnya tanah di sekitar kuil-kuilnya. Maka, apabila orang Yunani melaporkan lawatan mereka ke Mesir, Amun sebagai raja para dewa, diperbandingkan orang Yunani dengan Zeus, dan isterinya Mut dengan Hera.
Memandangkan orang Mesir mengatakan mereka ditindas oleh pemerintahan Hyksos, kejayaan di bawah dewa tertinggi Amun, dilihat sebagai kejayaan bagi mereka yang tertindas. Dengan demikian, Amun dilihat sebagai pembela hak bagi mereka yang susah dan miskin lalu diberikan julukan Wazir miskin, dan membantu mereka yang mengembara dengan namanya, sebagai Pelindung jalan. Memandangkan dia mendukung Ma'at, sesiapa yang menyembah Amun perlu menunjukkan yang mereka baik dengan mengakui dosa mereka.
Dewa kesuburan
Apabila kemudiannya Mesir menakluk Kush, mereka memperkenalkan ketua dewa sembahan Kushites sebagao Amun. Sembahan ini digambarkan berkepala biri-biri jantan yang berbulu tebal dengan tanduk melengkung, lalu amun Amun mula bersekutu dengan Biri-biri itu. Malah, disebabkan lamanya keumunculan Biri-biri itu, mereka percaya yang itu adalah bentu asal Amun, dilahirkan di Kush.
Walau bagaimanapun, memandangkan biri-biri terkenal dengan pengawanan, lalu ia dijadikan simbol kejantanan, dan Amun dipercayai menjadi dewa kesuburan lalu mula menyerap identiti Min, menjadi Amun-Min. Penggabungan dan kejnatanan membuatkan Amun-Min memperolehi julukan Kamutef, bermaksud Lembu jantan ibunya, yang bentuknya sering kelihatan pada tembok-tembok Karnak, binaan, dengan cambuk.
Dewa matahari

Memandangkan pendewaan Amun berkembang, Amun lantas dikenali sebagai ketua Dewa yang turut disembah di kawasan lain, Ra-Herakhty, identiti gabungan Ra dan Horus. Pengenalan ini mmbuatkan Amun menjadi Amun-Ra. Memandangkan Ra merupakan bapa Shu, dan Tefnut, dan baki Ennead, maka Amun-Ra juga dikenali speerti bapa mereka.
Ra-Herakhty telah menjadi dewa matahari, lalu menjadi Amun-Ra juga, Amun menjadi bahagian tersembunyi bagi matahari (cth: ketika malam), yang bertentangan dengan Ra-Herakhty yang menjadi bahagian kelihatan memandangkan Amun jelas bermaksud yang tersembunyi. Kerumitan terhadap matahari ini membuatkan orang lebih memilih bentuk asli.
Ketika dinasti kelapan belas, firaun Akhenaten (juga dikenali sebagai Amenhotep IV) memperkenalkan sembahan Aten, cakera matahari, dikenal pasti sebagai Amun-Ra. Baginda menolak simbol dewa-dewa lama dan memperkenalkan agama baru dengan satu tuhan, Aten, cakera suria yang agung. Walau bagaimanapun, perubahan mendadak ini tidak popular terutamanya dengan para paderi lama yang mendapati mereka kehilangan kuasa. Apabila Akhenaten mangkat, namanya dibuang dan dipadam, apa yang diubahnya diubah semula keseluruhannya seolah-olah apa yang dibuat baginda tidak pernah terjadi. Penyembahan Aten diganti semula dan Amun-Ra dikembalikan. Para paderi menyurug firaun muda Tutankhaten (putera Akhenaten), yang namanya bermaksud "bayangan hidup Aten", untuk menukar nama baginda kepada Tutankhamun, "bayangan hidup Amun".
Nota
- ^ Juga Amon, Ammon, Amana, Amen; Mesir Purba: jmn, direkonstruksi sebagai /jaˈmaːnuw/ (Bahasa Mesir Purba dan awal Bahasa Mesir Pertengahan) → /ʔaˈmaːnəʔ/ (Bahasa Mesir Pertengahan lewat) → /ʔaˈmoːn/ (Bahasa Mesir Lewat), Qibti: Ⲁⲙⲟⲩⲛ, rumi: Amoun; Yunani Ἄμμων Ámmōn, Ἅμμων Hámmōn; Phoenicia: 𐤀𐤌𐤍,[4] rumi: ʾmn
Rujukan
- ^ a b Diodorus Siculus 3.62–74.
- ^ Varga, Dániel (2023). The Children of Montu: Harpara and Horus-Shu in Ptolemaic and Roman Thebes. Journal of Ancient Egyptian Interconnections. Vol. 39. p.276.
- ^ Derchain-Urtel, Maria-Theresia (1979).Synkretismus in ägyptischer Ikonographie - Die Göttin Tjenenet. Göttinger Orientforschungen Vol. IV. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag. p.75.
- ^ RÉS 367.[petikan lengkap diperlukan]
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ Warburton 2012, m/s. 211.
- ^ Stark, Rodney (2007). Discovering God: The origins of the great religions and the evolution of belief (ed. 1st). New York, NY: HarperOne. m/s. 405. ISBN 978-0-06-117389-9.
- ^ Dick, Michael Brennan (1999). Born in Heaven, Made on Earth: The making of the cult image in the ancient Near East. Warsaw, IN, US: Eisenbrauns. m/s. 184. ISBN 1575060248.
- ^ a b Arieh Tobin, Vincent (2003). Redford, Donald B. (penyunting). The Essential Guide to Egyptian Mythology. Oxford Guides. Berkley Books. m/s. 20. ISBN 0-425-19096-X.
- ^ Recherches sur la religion des berbères, René Basset. Revue de l'histoire des religions, René Dussaud & Paul Alphandéry (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ "Amun".
- ^ "Die Altaegyptischen Pyramidentexte nach den Papierabdrucken und Photographien des Berliner Museums". 1908. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2022. Dicapai pada 18 Mei 2016.
- ^ Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. Abingdon, England: Routledge. m/s. 21. ISBN 978-0-415-36116-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2024. Dicapai pada 7 Januari 2016.
- ^ PT 276c
- ^ Blyth, Elizabeth (2006). Karnak: Evolution of a Temple. Abingdon, England: Routledge. m/s. 164. ISBN 978-0415404860.
Bibliografi
- (Inggeris)Adolf Erman, Handbook of Egyptian Religion (London, 1907)
- (Inggeris)David Klotz, Adoration of the Ram: Five Hymns to Amun-Re from Hibis Temple (New Haven, 2006)
- (Inggeris)Ed. Meyer, rencana "Ammon" dalam buku W. H. Roscher iaitu Lexikon der griechischen und römischen Mythologie
- (Inggeris)Pietschmann, rencana "Ammon" dan Ammoneion" dalam Pauly-Wissowa, Realencyclopädie.
Pautan luar
- (Inggeris)Wiki Classical Dictionary: Ammon
- (Inggeris)Leiden Hymns to Amun
- (Inggeris)Leiden Hymns to Amun[pautan mati kekal]
- Laman yang menggunakan sambungan WikiHiero
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Mesir Purba
- Laman dengan AFA biasa
- Rencana yang memerlukan rujukan lebih terperinci dari September 2024
- Rencana dengan pautan luar mati dari Januari 2025
- Rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai dari November 2024
- Mesir Purba
- Dewa-dewi Mesir